Bantuan Banjir : Keperluan Wanita dan Kanak-Kanak

8 comments
Assalamualaikum.....

Pantai Timur masih di landa banjir lagi. Sesetengah tempat dah mula surut airnya. Tapi, musim hujan ini baru sahaja bermula. Ianya berlarutan sehingga ke bulan Februari atau March. Cuma mungkin terasa teruknya pada peringkat awal ini kerana semua mangsa tidak bersedia.

Rakyat Malaysia, badan2 korporat dan kerajaan sudah mula bergerak. Enjin dah mula panas, kata orang tu kan. Syukur Alhamdulillah. Makanan dan pakaian pun sedang mencurah2 masuk. Syarikat kami sendiri pun telah mula bergerak menghantar bantuan dari syarikat dan petugas ke Kemaman. Dan Insya Allah, hari ini atau esok pula, kami akan menghantar tilam kepada mangsa banjir di Hulu Terengganu. Maklumlah, yang pulang ke rumah selepas membasuh rumah semuanya terkedu. Tilam, selimut, pakaian semuanya lencun berendam dalam air. Tilam yang kami hantar walaupun tak mewah, mungkin dapat menampung serba sedikit kekurangan itu. Takkanlah mereka nak tidur atas lantai sejuk2 macam ni kan. Kasihan pada anak2 kecil, orang2 tua dan ibu2 yang baru melahirkan bayi.

Selain daripada itu, kekurangan yang diperlukan sekarang ialah peralatan wanita dan kanak2. Contohnya tuala wanita, pakaian dalam, alat kelengkapan solat, pakaian bayi dan kanak2 serta PAMPERS. Pampers ni memang sangat bernilai dalam musim banjir dan hujan nie. Takkan nak pakai lampin kan...bila pula nak kering, mana nak dapat stok kain lampin pula. Kasihan anak2 kecil nie. Jadi, kalau ada saluran bantuan di tempat anda, sudi2kanlah menyumbang beberapa keperluan ini.

Atau, ada rakan blog kita semua ada membuka saluran. Tapi maaflah, kita yang terlewat buat entry. Tarikh tutupnya adalah pada 11hb Disember, hari Rabu iaitu esok. Atau anda mungkin boleh hubungi langsung blogger yang mulia hatinya ini iaitu Che Mid di talian 013-3672459. Atau lebih mudah kalau anda singgah di blog beliau iaitu CHE MID.


Che Mid dan ahli keluarganya.



.
.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

8 thoughts..

Unknown berkata...

kawan saya pun nak ke kawasan yg dilanda banjir.. insya allah saya tengok apa yg boleh disumbangkan buat mereka..

Kakzakie Purvit berkata...

Memang sedih melihat keadaan mereka Ziela. Tapi nampaknya dah ramai yg balik tapi sangat sulit dgn pembersihan yg ditunjukkan... sedih betul..

lieyalatif berkata...

kementerian lieya pun ade buat kutipan derma utk mangsa banjir ni kak...sedikit sebanyak boleh laa kami2 dari jauh ni hulurkan sumbangan...harap kurang sikit beban mereka kan kak....

sedeh tgk keadaan dieorg ...ade yg mmg totally lost rumah....abis semua barang2....aduh dugaan besar pada dieorg....moga Allah kurniakan sinar pada mangsa banjir.....

Qashmere berkata...

Alhamdulillah ramai yang nak membantu mangsa banjir...syukur

aby berkata...

salam aziela ..
berat mata memandang berat lg bahu memikul .. itu la keadaan nya ..
semoga dengan bantuan yg dihulur dapat meringankan sedikit bebanan yg mereka hadapi ..

Aziela berkata...

@Kakzakie Mereka mohon bantuan water jet , tapi masalahnya sampai licin rak di kedai dan supermarket. Kami ganti dengan barang lain.

Aziela berkata...

@lieyalatif Dugaan untuk mereka...yang untungnya peniaga2 di KL sebab orang hulur bantuan, beli kat kedai.

Aziela berkata...

Kepada semua, terima kasih di atas sokongan anda semua. Semoga rakyat Malaysia akan terus saling membantu tak kira apa keadaan sekali pun.