Tahniah Kak Ida Blogger 1001 Resepi

11 comments
Assalamualaikum.....

Ramai dah blogger yang buat entry kan. Kita jer yang lambat. Ala...macam biasa la...ambik feel dulu begitu.

Pada 25hb Disember yang lepas, Alhamdulillah... kita telah memenuhi undangan dari blogger masak2 tersohor yang dikenali sebagai Kak Ida dari blog 1001 resepi. Kalau anda klik link tu sekarang, mungkin dapat message permission denied. Harap2nya Kak Ida hanya berehat seketika dari dunia blog lah yer.... Tak meriah rasanya tanpa Kak Ida. Oh, anyway...majlis ini adalah majlis resepsi perkahwinan anak sulung Kak Ida iaitu Ika dengan jejaka idaman Malaya beliau iaitu blogger Ariff Shah yang juga tersohor dalam dunia blog dan juga dalam media. Sama cantik, sama bijak pandai dan sama tinggi budi pekertinya. Alhamdulillah. Sayangnya, kita tak ambil gambar pengantin. Segannnnn. Maklumlah...kita bukan siapa2.


Kita hanya pergi berdua dengan Adam. Malangnya, snap gambar Adam masa makan, gambarnya blur habis. Sayang betul. Masa kami tiba, pengantin sedang makan. Dah selesai acara kemuncak. Memang sengaja datang lewat sikit sebab mesti ramai orang masa acara kemuncak. Saya segan hokeyyy! And, bila makan, kita dengan Adam dok meja belakang2 sikit. Senangggg nak cari muka2 yang dikenali, tapi memang kita tak kenal sesiapa langsung pun, kecuali tuan rumah.

Eh..adaa. Kita kenal Kak Nannie. Blogger masak2 juga. Kak Nannie ni adik kepada Kak Ida. Bila kita tegur Kak Nannie, dia tanya kita nie siapa. Oh, saya hanya silent reader saja. Maaaakkk....malunya I...!

Tapi memang Kak Ida dan Kak Nannie dan seluruh ahli keluarganya tak sombong2. Semua mesra... Kita rasa selesa nak lepak lama2 kat situ.


Kak Ida yang riang dan bahagia.


Jom...jom...cerita pasal makan. Ha..memang, kita sukaaaa cerita pasal makan sebab kita enjoy makan. Tengok saizlah kan...oppps. Dewan di adakan di Dewan Merak Kayangan. Dewan Felda, so memang katerer guna Felda juga lah kan. D'Saji. Seperti yang semua sedia maklum.... memang sedapppp!

Menu nya simple, tak sarat. Kita suka. Ada nasi minyak, ayam masak korma, rendang tok, fillet ikan masak sweet sour, dalca sayur, acar rampai dan papadom. Kita dan Adam makan slowly...ambil our own sweet time dan menghayati setiap rasa yang ada.


Pinggan kita


Kita ambil semuaaa, kecuali ayam masak kurma. Kita memang kuranggg sikit masak kurma nie...tapi Adam memang sukaaaaa. Oh, semuanya sedap. Nasi minyaknya guna beras basmathi. Panjang2. Lembut, moist dan wangi. Tidak berminyak sangat walaupun namanya nasi minyak. Makan nasi sahaja pun rasa puas sangat.

Dalca sayurnya berlambak dengan sayur. Pekat dengan kacang dhal. Namun, tak la pekat sampai jadi pes. Just nice. Rasanya pun tak terlalu berempah dan juga tak terlalu mild. Memang seimbang semua rasa. Sayur2nya pun empuk, lembut tapi tak benyek. Maknanya tukang masak tu masukkan sayur2an ikut giliran dan timing yang perfect.

Kita suka acar rampainya. Krap krup bila di kunyah. Rasanya juga seimbang. Ada semua rasa manis yang tidak ketara, tangy tapi tidak masam and surprisingly rasa fresh sayuran tu outstanding walau dah dilebur dalam kuali.

Oh, fillet ikan sweet sour. Kami makan last sekali. Tak elok kan, setiap suapan ke mulut tu bercampur makanan darat dan laut. So, kita dengan Adam makan yang lain2 dulu. Hehehehe. Adam sibuk tanya : Ma, the fish... oishii? Eishh...sabar...mama tengah menikmati rendang tok nie. Bila akhirnya makan fillet ikan tu, terus makan dan makan dan makan. Alamak..dah habis. Nak ambil lagi, tapi segannn. Hehehehe. Sweet yes, sour yes...tapi semuanya mild. Yang menyerlah ialah rasa ikan tu. Ikan tu langsunggg tak rasa memuakkan. Kadang2 ada kan...bila kita makan fillet ikan yang di salut tepung nie, makan 2-3 strips jer dah rasa muak. Isi ikan tawar lah...tepung salut rasa kapur lah... kuah manis sangatlah...kuah masam sangat lah... kuah cair sangat lah...dan macam2 lagi. Tapi ini, ikan tu isinya masih intact lagi. Tepung salutnya pun nipis dan sedang elok agar isi ikan tidak hancur. Memang katerer tu cari fillet jenis yang ada harga sikitlah rasanya. Berbaloi bayarannya kot yer.

Saved the best for last. The rendang tok. Aduhaiii....star of the day. Sangattttt sedap. Kita jarang berkesempatan makan rendang tok nie, kecuali di buffet Ramadhan. Maklumlah, bukan senang nak menghasilkan rendang tok yang sedap. Kak Ida pula memang anak jati Perak, maka sudah pastilah piawaian untuk rendang tok nie sangat ketat kan. Dan hasilnya memang marveles. Dagingnya lembut, empuk dan penuh dengan rasa rempah. Lemak dengan kelapa dan rempah ratus zaman berzaman tu memang mesra dengan daging tu. Tak ada shortcut kalau nak buat rendang tok. Er.... pakai pressure cooker, short cutlah sikit kot. Tapi memang kita menghayati setiap ketul daging tu. Rasa macam ada dalam kenduri kawen di kampung2 pula. Kita makan slowly...kunyah sambil cuba detect rasa apa lagi yang ada. Memang sedap. Oh, yang ni Adam tak makan sebab dia memang tak makan daging.



Deretan buffet tray yang kemas.

Makanan sentiasa di top up oleh katerer. Sentiasa di pantau. Tak jumpa punya senduk yang berlengas dengan minyak. Senduk yang tenggelam dalam dalca pun tak ada. Sesetengah majlis kan, senduk2 sayur, dapat sudip pula kan...hehehehe. Kita nampak managernya sentiasa ke sana ke sini bagi memastikan kekemasan, kebersihan dan kecukupan... Eh, ada ekk. Maksudnya, dia pastikan lauk yang kurang atau dah nak habis cepat2 di tambah.


Sambil makan, kami dihidangkan dengan slide show gambar kedua2 mempelai. Kita pula yang tersengih sorang2 menontonnya. Sweet okay. Sangatttt sweet. Betul2 terasa macam putera raja mengahwini puteri jelita yang akhirnya happily ever after endingnya. Oh...Amiin.


Ha...jangan lupa desert.
Desert simple juga. Buah tembikai dan honey dew serta the humble cheese cake. Cheesecake tu asalnya 2 ketul. Kita makan separuh dan separuh lagi Adam makan...katanya nak rasa. Walhal yang lagi seketul tu memang untuk dia. Konon takut tak sedap, nanti makan tak habis. Sekali suap jer...bulat matanya memandang kita. Maa....Oishiii! Daripada tak nak bangun ambik desert, terus tegak jer dia menonong ambik piring dan scoop cheese cake tu. Ishh, Adam...Adam.

Oh, kita pula lebih teruja dengan bubur kacang tu. Inilah dia...best in the world. Aduhh...lemaknya, manisnya, semua sederhana tapi menjadikan sedapnya cemerlang melampau. Kita ambil tak sampai satu senduk pun. Nak rasa jer. Tapi memang sedappppp. Kalau tak istighfar banyak2, haruslah kita pergi cedok lagi agaknya.

Tengah2 makan desert, hati rasa tak puas. Takkan takder sorang blogger pun kan. Aishh....walaupun tak pernah berbincang tapi kita konfiden yang Serikandi Tanah Jauhar ni pasti dijemput. Cuma, beliau ada atau tak jer, ataupun dah balik? Bila message beliau, katanya dia on the way. Yesss! Ada kawan. Kita dengan Adam tunggu la juga... Nak jumpa beliau dan nak jumpa anak daranya iaitu Iman.




Yeay...seronoknya dapat jumpa Kak Sari. Dapat juma Iman depan2 dan dapatlah jumpa ER juga. Iman sangat sweet ok. Ala-ala gadis pingitan gitu. Senyum sentiasa, malu2, tapi lembutt sangat. Wah..jauhnya beza dengan Adam walaupun jarak umur mereka tak jauh berbeza. Ini pula kali kedua kita bertemu Kak Sari. Dapat borak2 sikit. Selalu bertukar2 komen di blog jer. Bukan senang nak jumpa tau. Kak Sari menetap di JB.. Jauh tu dengan KL. Hehehehehe. Meriah kita borak dengan beliau.

Lepas berbual sedikit, kita pun minta diri la nak balik. Nak gerak ke Kuantan terus sebenarnya masa tu.

Alhamdulillah, berbagai rintangan yang ada, tapi kita kuatkan hati, tetapkan pendirian nak juga pergi wedding nie. Tapi kalau tanpa izin Allah pun, kita akan redha lah. Syukur kita tiba juga.

Kepada pasangan bahagia,

Pinjam gambar daripada sahabat baik pengantin lelaki : Bro Framestone

Semoga berbahagia sehingga Jannah.

Amiin.

.




Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

11 thoughts..

Unknown berkata...

wahh..diorang bertemu jodoh melalui blog ke kak..menarikk..hehehe..sama cantik sama padan..

pandai betul akak buat ulasan makanan.. saya yg terpejam pejam mata membayangkan rasanya..hahaha...

adam pandai cakap jepun?!! oishii..hehehe..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

kan dah kataaaaaaaaaa... Ziela kalau bab menghuraikan tentang kelazatan makanan tu memang hebatlaaaa... hihihi. Setuju sgt dari A sampai Z apa yg Ziela story tu. Mulakan, kita takut juga makanan tinggal tepi2 jer (biasa kena mcm tu klu dtg jemputan lambat) tapi memang sangat-sangat berbaloi w/pun lewat dan jauh... eh, yang penting memenuhi jemputankan.. apalah akak ni, pikir pasal makan plak, hihi. Video tu.. akak suka sgt tapi lupa nak tulis dlm post tu.. hihi.

Unknown berkata...

akak... saya blogwalking :))
belum sempat baca tulisannya :) .

Aziela berkata...

@Rai Ourkizuna Akak pun tak pasti macam mana...agaknya macam gitu2 la kot. Boleh bayangkan rasanya? Syukur... Adam pandai 2-3 patah jer Rai...hahahahah. Aka, Auo, yame (sebab masuk karate, fuyu, mazuie, oishii, okane...heheheehehe

Aziela berkata...

@Seri Kandi Tanah Jauhar Alahai kak...sharing is caring...hahahahaha. Video tu best kan....tersengih2 saya. Hahahahaha

Aziela berkata...

@Miz Tia Iya Tia. Kabare? Happy New Year Tia ya...

Emma berkata...

tahniah :)

Dr K berkata...

so,maknanya...menantu blogger, mak mertua blogger lah ni..hihihi..

moga mereka kekal hingga ke syurga...Oh..kak SK pun ada datang..:)

ummiross berkata...

Salam Aziela...

Seronok kan dapat pergi kenduri rakan2 blogger kan,disamping menjamu selera dapat menjalin ukhwah juga.

Happy new year..

t.a.t.a berkata...

Punya la panjang akak cerita pasal food nya, gambar pengantin bawah sekali eh. Hahaha.

Selamat tahun baru kak.

kkida @ 1001resipi berkata...

Salam Aziela....baru ada masa kkida nak blogwalking....terima kasih sudi dtg majlis eka n ariff...sorry sangat kkida tak sempat layan ziela dan seri sembang2...infact kkida tak sempat sembang dgn sapa pun...ramai kawan yg hadir...cuma dapat jumpa masa masuk dan keluar aje....Insyaallah jika aziela free boleh kita jumpa nanti...boleh sembang panjang2...ok...