Masak Hujung Minggu : Mee Telur

26 comments
Assalamualaikum.....


Hujung minggu kami kan ker singkat rasanya. Masa untuk di rumah sangat terhad. Namun, kadang2 sempat jugalah nak tenggek kuali sejam dua...

Salah satu hujung minggu kami yang terkejar2 tu, kita sempat masak mee telur. First time sebenarnya, tapi belasah jer lah. Tak ada resipi pun. Main campak2 jer.

Inilah Mee Telurnya


Rebus mee ni dalam beberapa minit sehingga lembut. Kemudian, toskan dan terus siapkan kuahnya.

Kebetulan dalam freezer, ada kulit udang yang kita guna dulu. Teringat pesan Chef Wan. Rebus dan guna air udang tu untuk masak mee atau kuay tiaw. Maka, kita pun buat lah.

Yang lain2 tu, biasa jer. Tumis bawang kecil dan bawang putih hiris sampai wangi, masukkan batang sawi, masukkan air rebusan udang sikit... Bila didih, masukkan sotong, fishball dan biarkan mendidih kejap. Lepas tu boleh la masukkan sos2 yang kita nak. Kicap, sos tiram, perasa... adjustlah untuk kesesuaian tekak anda. Last sekali, masukkan mee dan daun sawi. Siap untuk di hidang.





Hubby tak berapa nak makan. Dia tak suka ada air rebusan udang. Adam makan semangkuk. Kemudian kita memang dah pack untuk nak bawa ke rumah mommy. Tengok2, ada ipar duai sekali. Alhamdulillah, sekejap jer habis. Firdaus makan 2 mangkuk. Adam repeat lagi...hubby pun repeat lagi.

Senang jer nak buatnya.

Mee telur nie tak sama macam mee kuning. Dia tak licin sebeb tak ada minyak macam mee kuning. So, bila gaul dengan kuah, kuahnya melekat menyaluti mee tu. Saiznya kecil, kasar sikit dari mee hoon. So, kanak2 pun mesti suka makannya. Bahan kering, sesuai lah untuk stok di rumah. Rasanya, kita pun nak stokkan di rumah. Untuk emergency sekiranya ada tetamu datang mengejut.

Tak nak cuba ke?


.


Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

26 thoughts..

msredcheesecake berkata...

tak pernah guna mee telur... sama ke rasanya cam pasta tu?

t.a.t.a berkata...

Nak jugak cuba. Tapi kan kak saya cuba yang dah dimasak aje la. Hahaha.

KakNi berkata...

thank you for sharing dear

aizamia3 berkata...

psstt: nak bagitau kat ciklan pasal mee ni.. hehehe..

Unknown berkata...

mee telur ni buat dari telur ke kak..? tak pernah dengar.. paling paling pun saya dengar mee sua.. tu pun tak pernah rasa lagi..

pst.. donat tu boleh je ganti fresh milk atau full cream milk. gantikan dengan jumlah air tu.. saya buat donat tu tak guna penerap pun.. bentukkan dgn tangan je.. hehe..

asyifamustaffa berkata...

X pnh cuba...bole la nnti try beli...nak gak tau rasanya...

Suria Amanda berkata...

X PERNAH BUAT LAGI NI...NAK CUBA LA...

Dr K berkata...

Saya selalu ke tesco...tak pernah perasan pulak mee telur tesco ni...boleh la minta wife saya cuba buat...saya tau makan je..haha

ellynadyra berkata...

tak pernah tau lak kewujudan mee telur ni, telurnya celah mana?

aby berkata...

nampak mcm sedap ..
boleh la cuba resipi tu ..
lagi pun tk memerlukan kos yg tinggi

lieyalatif berkata...

kak!!! lieya nak cube sgt2 sbb budak2 kat umah ni suke makan mee...tapi tak penah jumpe plak mee telur nie...nanti pi tesco nak try cari la kak....lieya ni jarang pi tesco...selalu pi carefour jek....senang kalo ade mee ni kan kak leh buat stok kat umah.....

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

rajin Ziela simpan kulit udang, akak kalu siang udang kadang nak simpan tapi akhirnya ke tong sampah jugak.. hehe. Pnah juga rebus kulit tu siap2 tapi mcm hubby Ziela juga, tak boleh berapa nak masuk air rebusan udang ni..

Sukma berkata...

tak pernah try lagi...nice sharing nanti singgah tesco boleh ler beli....

Aziela berkata...

@msredcheesecake Lain....pasta tu kenyal sikit. Yang ni tak...

Aziela berkata...

@t.a.t.a Ha...dah agak dah...hahahahaha

Aziela berkata...

@KakNi Sihat Cantik Welcome.. :)

Aziela berkata...

@aizamia3 Sila...sila...hehehehhe

Aziela berkata...

@Rai Ourkizuna Akak awal2nya dapat tahu dari CMG. Oh, boleh yer...bentuk pakai tangan jer..hehehehe

Aziela berkata...

@asyifa mustaffa Boleh di pelbagaikan masakannya. Versatile

Aziela berkata...

@Amanda Suria Sila..sila. Boleh bawak bekal ke opis....

Aziela berkata...

@Daddy Ziyyad Ishhh....nasib baikkk dapat wife macam Mommy ZZZ tu. Untung betul. Semua dia masak sedappp jer.

Aziela berkata...

@elly nadyra Telurnya dah di bungkus dik... Kasi surprise...hahaha

Aziela berkata...

@aby Oh..mee ni memang tak mahal. Masaknya pun mudah. Saya yang kelam kabut di hujung minggu pun sempat masaknya. Cubalah nanti yer.

Aziela berkata...

@lieyalatif Kat carefour pun akak rasa ada tau Lieya, tapi brand lain lah... Cuba try test tengok yer...

Aziela berkata...

@Seri Kandi Tanah Jauhar Iyerlah kak. Saya pun lepas nie malaslah nak simpan lagi. Walaupun orang lain kata sedap, tapi bila hubby tak berapa berkenan, saya rasa macam gagal jer

Aziela berkata...

@Sukma Haron Saya beli kat Tesco Cheng jer kak...hehehehe