Rabu, 29 Oktober 2008

Perhentian : Last Day

Ha...sementara ada masa seciput nie, aku abiskanlah catatan perjalanan masa ke Perhentian Island arie tuh.


Hari nie, memang dah confirm last day. No more activity. No activity. Bot akan tiba jam 10 pagi untuk angkut we all pulang ke tanah besar. Sebelum pukul 10...nampaklaa ada beberapa kerat yang amik kesempatan untuk layan perasaan sambil menghirup udara pulau buat kali terakhir. Breakfast, kol 8 pagi....mcm biasa...food punyalaa banyak dan sodap. Bukan breakfast dah...jadik brunch dah. Then..lepas tu sampailaa semua bot. We all pun naiklaa bot beramai2. Satu bot 10 orang. And this time, perjalanan bot sangat seronok sebab tak bumpy langsung macam masa datang tu. Tapi sebelum naik bot...manager cocohut remind semua orang..jangan terbawak balik batu karang, salah di sisi undang2. Walaupun aku tau mesti ada yang seludup...malas aku nak strict sangat. Masing2 dah besar....pandai2 laaa tanggung.


So..selamat tinggal Perhentiaannn......


Aku ada niat untuk datang lagi, tapi personal trip. Tak moh ikut company..sebab tak boleh enjoy sakan. Kalo ikut company, aku kena buat keje jadik organizer. Next time...pegi utk enjoy sakan.

SAper nak ikuuuuttttttt. Tak susah...bayor kat aku 400...aku siapkan semua from the moment jejak kaki di jetty.


0 thoughts..:

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink