Alhamdulillah...syukur yang teramat sangat sebab dah selesai Birthday Party untuk anak bujang aku tuh... Majlis berjalan lancar. Semuanya sederhana but it was fun. So far tak terima sebarang complaint at all. Boleh di katakan 98% perfect la. Nak kata 100% tu x la...sbb maybe ada mana-mana cacat cela yang aku x nampak dan x dengar. Schedule pun berjalan lancar, guest datang ok and paling penting...makanan cukup..hahahah. Aku cukup risau makanan tak cukup atau leftover banyak sangat. Ini..semua just nice. And semua kata food Alhamdulillah sedap...heheheh. Saper lagi cooknya kalau bukan mak. TQ mak...hehehe. Aku? Aku tolong kacau2 kuah..blend2...rebus2...hihihi.
Anyway, sebelum party nie, aku amik masa berminggu-minggu juga untuk plan dan organize. Macam organize team building company dah aku rasa. And I do not have clear idea on how to organize a moderate, simple birthday party for a boy dalam suasana rakyat sederhana di Malaysia. Kalau peringkat org kaya2 tu..senang. Appoint jer organizer...semua diorang buatkan...bayor jer laa duit. Ini...bajet agak limited...tapi nak buat meriah. Maklumlah..sekali seumur hidup dia..hahah. Birthday lain..mak aku kata...gie makan ikan bakar kat Bagan Lalang jer..hihihi....
Back to the topic. While planning, aku sangat banyak menghabiskan masa di internet..cari panduan mcm mana nak organize a good birthday party. Tapi tak banyak link yang aku jumpa. And bloggers pun x banyak yang cerita mcm mana nak organize this. So, aku combine sana sikit..sini sikit..trial and error things...tanya sana sini...and this is hasilnya. Aku dah niat, kalau party nie success...aku nak share sikit perjalanan and process organizing party nie. So, here's the checklist.
1.) How big is the party = how many guests
- Mine : invite classmates Adam and families. Tapi tetiba..my dad dah invite aunties and uncles...meriah gak. And I include my close friends sekali.
2.) Decide date and time of the party.
- Aku buat weekend, walaupun birthday dia weekdays...supaya guest boleh attend.
3.) Decide menu
- Since kita dah decide time...kita boleh select menu based on the time. Aku buat tea time. Agak sesuai la untuk main game dan beramah mesra. Benefitsnya : aku sempat lagi buat last minute preparations pagi tu and some more...orang balik dari jemputan kawen, terus lepak kat rumah aku.
-Menu aku : Nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, mee goreng, karipap, kek gulung, rojak, and kuih cara berlauk.
4.) Decide aturcara program. Untuk lebih teratur, kita kena tetapkan nak buat apa selepas apa. And aturcara program nie sangat penting untuk tetamu jemputan plan jadual diorang juga. Kita kena letak la kat dalam invitation card tu kan.
5.) Choose cakes and terus buat tempahan. Kalau nak special, usually paling lewat pun kena tempah 1 week earlier.
6.) Plan untuk games. At least ada 3 jenis games untuk kanak-kanak. Baru rasa meriah. Kalau tidak..agak dull sikit. Paling tidak pun, adakan tayangan video cartoon untuk children, ataupun aktiviti karaoke untuk adults. Tapi aku dah booking clown. So, clown tu dah ada package games sekali.
7.) Plan for goodies bag. Nak letak apa dalam goodies bag. My case, aku bagi door gift untuk children yang dtg. Adam sambut tetamu depan rumah...we all siapkan meja kecil untuk letak door gift. Tau apa doorgift we all bagi? Heheh..topi party tu dengan alat-alat mainan untuk party. Ala...yang wisel gulung2 tu la..benda clap2 la..wisel bulu2...benda2 mcm tu la... Goodies bag...we all bagi sebelum diorang pulang. Dalam goodies bag tu isi junk food, cakes, bekal makanan sikit and air kotak.
8.) Dah decide semua benda tu, apa lagi..buatla invitation card. My case, aku minta tolong officemate, Mr. Aidilangelo untuk design card seperti mana aku tepek dlm posting before this. Tapi x sempat hantar ke printer utk print card. So, hubby print jer atas A4 paper, and laminate. This card can be used later as book marks. Just tebuk lubang, buat ribbon. Another souvenier for guests.
9.) 3 days after bagi invitation card, aku minta Adam survey in the class...baper org yang x boleh dtg. So, out of total yang boleh datang and tak sure dtg atau tak tu, aku deduct lagi 50%. Sebab? Kat Port Dickson, esp from his school ( Adam skolah luar bandar ), aku sure ramai parents yang yang tak berapa biasa dengan this party. Some more anak dlm cuti skolah...maybe ramai yang ada last minute plan masing2.
10.) Make sure every plan and things are within your budget. Sometimes boleh terbabas kuar dari bajet asal.
11.) Kalau tempah kek..follow up 3 days before actual date. Bayar deposit to confirm the order.
12.) Kalau tempah clown macam aku, pun bayar juga deposit untuk confirmkan reservation. Make it clear dengan clown what comes in the package. Cthnya..package yang aku amik dgn Clown Labu nie, ada free flow balloons, simple magic shows and 3 games. Prizes, mmg tuan rumah kena siapkan sendiri. Tp sangat memuaskan hati. Sbb harga yg sama, clown lain x buat magic show, atau ada shorter time than him and buat 2 party games only. And to my surprise, besides prizes yang kita sediakan, Clown Labu distribute other small little prizes for the children.
13.) Plan and design macam mana nak decorate rumah for the party.
14.) Dapatkan bantuan and kerjasama from close relatives for the party. Mcm aku, from the night before, dah panggil cousins dtg utk tolong siapkan goodies and decorations. Sajer x nak buat awal sbb nak kan suasana meriah tu planted firmly in the house.
15.) Bersilatlah bersungguh2 di dapur for food preparations. Kalau pakai katerer lagi senang. Siapkan paper plate dengan table for food jer.
16.) Lastly...enjoy the moment. Make sure u and hubby as the host mix well dgn semua guests.
Ok ker? Ada questions..angkat tangan...send me e-mails yer..heheheh. Jom layan pictures....
Ini birthday cake yang direquest khas oleh Adam. Dia nak gambar Lightning McQueen nie and nak kek chocolate. So, this is chocolate moist cake yang teramat sedapnya from
Kak Naz. Semua orang tanya order kat mana. TQ yer Kak Naz....
Muka birthday boy yang happy sebab kawan2 dia datang....
This is our fam's pic dgn clown tu. Clown tu namanya Labu and he's from Klang. Very..very..very nice and very..very...fun. Anybody's interested, boleh contact dia. Clown Labu :
mr.mun63@yahoo.com (012-376 2002)
Atuk dengan nenek adalah VIP Adam for that day. TQ Mak Ayah....luv u guys...
Yes...Atuk Adam memulakan bacaan doa selamat.
Ameenn... Atuk, Nenek and family from Malacca adalah antara tetamu yang hadir...
Ha...ini geng atuk2...pakcik-pakcik....
Makan time...al-maklumlah...buffet...tempat duduk..free seating yer ladies and gentlemen...heheheh
Masa nie tetamu belum datang semua..so, budak2 nie sangat seronok sebab dapat full attention from Clown Labu.
Makan yer adik-adik..abang-abang. My menu..simple la yang teramat nyer. Tapi mengenyangkan and satisfying....
Ini..magic show from mr labu. It's in his package. Clown lain..ada yang x bagi tau magic show nie. And clown labu organize 3 games for the children as well. Semua children happy.
Harap-harapnya...any parents yang ada intention throwing birthday party for their children, bolehlaa amik sedikit experience aku untuk basic knowledge. Nanti pandai-pandailaahhh add-up yer....