Selasa, 22 Jun 2010

Lagenda Budak Setan


Aku pergi tengok Lagenda Budak Setan minggu lepas dengan sorang opismate. Memang teringin sangat nak tengok memandangkan novel tu memang hot dedulu kan. Pendapat aku...kalau ikut standard filem Melayu..aku bagi thumbs up. Berjaya meningkatkan mutu perfileman negara kita. Ada ramai yang komplin macam2 pasal citer tu. Fresno dah jadik Nottingham Uni kat Semenyeh tu la...kenapa Kasyah buat research kat dlm hutan tu masa study la...apa-apa lagi jer lah. Aku tak kisah benda2 mcm tu. Yang penting, jalan cerita mesti memberi kesan pada penonton. Tak semestinya sama sebijik dengan novel. Pendekatan novel dengan filem nie lain.

So, secara keseluruhannya, penghayatan dan mutu lakonan pelakon-pelakon utama sangat menakjubkan. Lisa Surihani memberikan jiwa yang extra dalam cerita nie. And Fazura as usual..aku sentiasa kagum dengan cara dia bawa watak lakonan dia. Lakonan Raja Farah pun dah semakin mantap sekarang. Que Haidar membawa watak gelap yang sangat memeranjatkan sebab berjaya dengan cemerlang menghidupkan cerita ini. Dalam ganas, jiwa dia ada 'taman'...hehehhe And Farid Kamil...this is the best. Segala tingkah dan gestures sangat tepat. Memang aku tabik. Bukan usaha yang sikit untuk mereka jadi sebaik ini. Cuma aku secara jujurnya, rasa amat tidak sesuai menampilkan Asyikin Kamal sebagai Ayu the 2nd. Aku tak tau kenapa...tapi aku rasa lakonan dia tak berjaya menyentuh jiwa. Nampak dah dia cuba buat yang terbaik, tapi tak berjaya masuk dalam jiwa akak deq non.

Apa-apa pun..tahniah kepada semua yang berusaha dalam filem nie. It's a good film.

0 thoughts..:

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink