Nama penuh dia : Pn Robiah binti Hamid. Dalam gambar nie, orangnya yang ditengah-tengah... pakai tudung warna hitam. Gambar nie diambil 2 tahun lepas, semasa jamuan berbuka puasa syarikat di KL Convention Center.
Kitorang kat opis semua panggil dia Kak Rubi. Entry nie kira tertunggak juga lah. Nak ambil masa untuk letak entry tentang dia.
Anyway, dia masuk company, kerja sebagai seorang tea lady. Sekian lama, akhirnya kami jumpa seorang tea lady yang memenuhi impian. Bukan apa, tea lady yang sebelum dia...alaa..manusia kan..macam2 perangai. Tapi dia nie memang sangatlah sesuainya. Sebab apa? Sebab tea lady kan biasanya macam mak-mak.... dia buatkan air...time makan, dia panggil kitorang...kejap2 kang cek meja we all..ada habuk sikit mula la dia sibuk nak bersihkan.... And secara tak langsung, semua staff pun dah jadi macam manja...mula la naik lemak masing2...kejap2 kang cari dia...nak mengada-ngada. Kadang2 stafff yang datang keje naik motor...basah kena hujan..dia dah sibuk soh pegi iron baju..keringkan...buatkan air panas...
Kalau time dia free, dia tak lah duduk melanguk..termenung. Ada jer keje yang dia buat...tak pun, dia dok kat meja dia..baca magazine... atau menjahit ke, mengait ke, paling tidak pun dia tolong potongkan kertas recycle kecik2 utk kitorang buat tulis notes.
A few months after dia masuk opis.... atas galakan we all..dia bwk sarapan utk jual kat opis. Tak bnyk sangat..sekadar isi perut2 we all. Dia pun dapatlaa pocket money sikit. Maklumlaa...tea lady nyer gaji tak berapa nak banyak. Tapi dia masak mmg sedap. Menu pun berganti2. Nnt ptg2 dia round opis...tanya2, survey2, esok pg nk sarapan apa. Dia biasanya bawak 1 makanan berat and 2 jenis kuih. Biasanya dia bawak nasi lemak yang sangat best, ada lauk ayam sambal..kadang2 ayam rempah pedas... telur goreng mesti ada. Kadang2 dia bwk spaghetti, kuey tiaw goreng, mee hoon goreng, nasi goreng, nasi pattaya. Lepas tu ada kuih cara berlauk, karipap, wadey(paling bnyk permintaan), kuih badak, keria, talam, and the latest menu pujaan ramai : Popia Sosej Bercili. Perghh..sampai ke hubby pun order. Khamis aku order, Jumaat pagi dia bwk, Jumaat ptg aku bwk balik bg hubby. Masih crunchy lagi dia punya kulit popia. Kulit popia dia home made. Lepas tu semua org dlm opis komplen...seluar sendat..baju sendat..asyik makan sedap2. Tapi ordernyer tetap macam2. Lepas tu selalu laa we all buat jamuan makan2 kat opis...order kat dia. Nasi hujan panas, nasi beriyani la..lauk2 kampung la... mee rebus..laksa...semua ada la. Enjoy sangat. Sampaikan company punyer ejen insuran pun senyap2 sampai awal appointment....terus lepak kat pantry kitorang...melantak nasi lemak dia... Memang selamba habis...demi untuk makan nasi lemak Kak Rubi.
Tapi dia selalu sakit. Dia datang kerja naik motor. Kadang2 balik petang...hujan..dia redah juga. Dia risau nnt anak dia lambat makan... Dia ada anak 2 orang lagi yang bersekolah dan tinggal dengan dia. Because of redah hujan..usually dia akan demam. Tapi ada one time dia selalu sangat demam walaupun x redah hujan. So, aku paksa dia pegi hospital sbb demam dah few days x elok gak. Dia tak nak..cam biasalah..dia kata demam biasa. Aku call laki dia...paksa laki dia bwk ke hospital. Sampai ke tahap paksa taraf mak tiri la kiranya. Memang betul pun..dia kena tahan wad. Maka aku pun 2 days later pergilah melawat. Kebetulan masa melawat tu...husband dia kena panggil dengan doc. dan ajak aku ikut skali. Masa tu lah doctor sahkan dia ada liver kanser. Doc x nak bg tau stage baper... Anyway, dia transfer ke HUKM for further treatment lepas tu. HUKM sahkan dia Stage 3 dah masa tu. Operations...Ct Scan, MRI, chemo, dan segala jenis rawatan dan prosedur mengisi hari-hari yang berlalu dalam kehidupan dia. Kedatangan kerja pun dah semakin on dan off lepas tu. Tapi we all tetap support dia. Tak pernah nak berkira dengan exceeded MC...kerja2 dia dan sebagainya. Mgmt pun sgt membantu. Kita hire part time cleaners utk buat kerja2 dia memandangkan dia sering x dtg. Walaupun dia dtg kerja...kami semua paksa dia berehat...jgn buat keje...yang penting dia mesti happy. Kanser nie, musuhnya adalah segala elemen negatif dalam diri. Kalau tension, sedih...mesti sel tu akan merebak dengan pantas. Tapi kalau gembira, tenang dan redha... doctor pakar pun terkejut bila tgk sel tu reduce dengan banyak. So, sejak dia disahkan ada kanser, we all sering teman dia borak2, duduk2 minum kat pantry, share cerita2 dan dia pun selalu bercerita dengan kitorang. Ada yang mana kitorang boleh beri pandangan, kita cubalah nasihatkan. Yang mana isu2 tak tercapai dek akal, kitorang beri kata semangat jer. Tapi itulah yang selalu Kak Rubi rindukan. Dia selalu cakap dengan anak2 dia, dia nak datang ofis. Walaupun doktor suruh rehat dalam hospital semua. Tapi dia perlu ke ofis untuk menenangkan fikiran, untuk melayan gelak ketawa kitorang dan untuk dapatkan keyakinan diri bahawa dirinya masih lagi diperlukan di mana2.
Dia sangat sayangkan kanak2. Pantanglah ada saper2 yang bawak anak ke opis..dia layan macam cucu dia sendiri. Suapkan makan, temankan main, bawak tengok ikan kat kolam..tidurkan.. semua lah. Antaranya ialah anak2 Kak Ana, anak2 Rahmah dan anak aku sendiri. Adam pun memang rapat dengan dia. Kalau time bawa ke ofis tu, aku x layan pun x per..nenek Rubi ada. Kalau dah lama tak jumpa Adam, mesti Jumaat nnt dia kirimkan kuih cara berlauk...feveret Adam.
And, Hari Raya tahun lepas, 2009 merupakan Hari Raya terakhir untuk dia menikmatinya. Dia macam tau2 jer itu mungkin Hari Raya terakhir dia. Dia janji nak datang raya kat rumah aku di Melaka. Sebelum raya, dia dah hadiahkan aku baju kurung sepasang dan Adam plak, baju Melayu sepasang...sedondon dengan baju anak2 dia semua. Entah bila masa dia cari kain, bila masa dia ukur, dia jahit, memang aku tak tahu langsung. Tapi aku sangat suka baju tu. Ada poket.... aku suker. And seperti yang dijanjikan, Hari Raya pertama tu, walaupun dah malam, dia mmg betul2 datang rumah aku. Dia bawa semua anak2 dia seramai 7 orang, termasuk menantu2 dia, dan cucu2 dia sekali. Meriah sangat aku rasa masa tu. Dan nampak dia sangat happy masa tu.
Lepas tu, bila birthday Adam baru2 nie, dia datang all the way from KL to PD semata2 meraikan sekali birthday Adam. Tapi dek terlalu busy, aku tak sempat bergambar dengan dia dan amik gambar Adam dengan dia. Sayang sungguh.
Sebenarnya, masa awal2 kerje, dia sangat benci kat aku. Maklumlah..aku nie kan garang ala-ala mak tiri kat opis tu. Tambah pula ada musuh2 aku yang mempengaruhi dia sekali. Tapi bila dia dah kenal aku....dia jadi sangat rapat dengan aku. Baru dia faham aku nie garang, tapi aku ikhlas..Insyaallah. Ini, dia sendiri yang cerita. Kalau tak..aku x amik port pun...yang penting nawaitu aku tu tak tersimpang. Bila dah kenal, kami jadi sangat rapat. Kadang2 aku bwk bekal..kadang2 dia...kadang2 beli sesama kat cafe...tapi makan tetap bersama dengan geng2 lain. Macam dalam gambar kat atas nie, jamuan buka puasa kan..lepas jer jamuan tu, aku terus hantar dia ke hospital sebab dia dijadualkan kena buat kanser treatment esoknya tu. Walaupun ada anak2 dan husband, tapi aku volunteer hantar dia. Apalah salahnya...bukan jauh pun HUKM tu.
Tapi, tahun nie, sakitnya semakin teruk. Sangat sering dah dia keluar masuk hospital. Selain daripada tu, anak2 dan husband dia pun usaha juga bawa berubat tradisional merata-rata. Tapi hakikatnya, we all tau, dia sebenarnya sangat susah hati tentang sesuatu perkara. Satu kesedihan dan tekanan inilah yang menjemput kembali pengaktifan sel-sel kanser tu. Yang mana ianya turut mengundang elemen-elemen negatif dalam psikologi dia dan memberi efek pada kesihatan dia secara total. Apakan daya, kami hanya mampu mendengar... Dia yang sepatutnya bangkit dan berjuang, tapi sifat dia yang terlalu baik hati tu menang dalam peperangan emosi dia sendiri. Dia korbankan diri...macam lilin yang membakar untuk menyinari hati orang-orang yang disayanginya.
Masa bulan puasa, keadaan dia semakin tenat. 2 hari sebelum raya, kami sempat melawat dia di hospital beramai2. Masa tu tak tenat lagi mengikut kata ahli keluarga, tapi kebetulan masa kami dtg, doktor sedang berhempas pulas membawa dia 'pulang' ke alam realiti. Dia baru lepas menjalani pembedahan usus yang bocor dan pendarahan dalaman dan terus tak sedarkan diri, atau boleh dikatakan separa sedar. Aku bawa Adam jumpa dia...mungkin untuk kali yang terakhir ( memang betul pun yang terakhir ). Tapi dia x sedar. Kami semua yang melawat, lelaki perempuan...Adam...semua dah tak mampu membendung kesedihan masa tu. Terburai air mata semuanya di situ juga...mengundang hiba para doktor dan pesakit2 lain yang menonton masa tu.
Hari Raya tahun nie, kami semua sambut dengan kerisauan dan kebimbangan tentang dia. Setiap kali fon berdering, setiap kali sms masuk, fikiran aku terarah pada dia seorang. Rupa2nya bukan aku seorang...semua ofismate pun macam tu juga. Bulan Syawal tahun nie, sangat perit kami lalui dengan berita tenat dan nazak daripada hospital. Tapi Kak Rubi tetap berjuang...semangat dia kental. Setiap kali tenat, doktor cuba sedaya upaya berikan rawatan...dia pasti kembali pada kami...berjuang untuk meneruskan sisa-sisa masa yang ada. Seolah-olah selama ini, tiada masa yang cukup untuk dia habiskan bersama orang-orang disekelilingnya. Sebaik dia kembali sedar, mesti bertanya apa khabar semua orang disekeliling..paksa anaknya menyampaikan berita pada kami semua di ofis... yang dia sudah sihat...
Namun, pada hari terakhir Syawal 2010, dia pergi dengan tenang...selepas puas menyampaikan amanat, wasiat dan pesanan2 terakhir. Aku ingat lagi, kali terakhir aku temankan dia dihospital..sepanjang hari masa dia nazak, aku iringkan dengan Bacaan Yasin agar dia tenang dan redha. Sebaik dia buka kelopak mata dan nampak aku di sisi, dia terus nangis : Kenapa tak tunggu akak...dah tak sayangkan akak ke...? Aku peluk tubuh dia yang dah bersalut dengan wire bermacam2 tu...dan kata aku sentiasa tunggu dia diluar wad...cuma tak dibenarkan masuk lama di unit kritikal tu. Dia paksa husband dia buka oxygen mask dari mulut dia...tapi kami bantah sebab tahap oxygen dia sangat kritikal. Tapi dia merentap2 dawai mask tu...dan terbuka jugalah... Rupa-rupanya..sebaik tanggal oxygen mask tu..dia terus peluk cium aku sepuas hati, diiringi dengan tangisan hiba. Seolah2 tahu yang itu mungkin merupakan pelukan dan ciuman kasih yang terakhir untuk aku. Setelah puas, baru dia benarkan oxygen mask kembali terpasang.
Hari Selasa minggu depan, hari sebelum Aidil Adha, genaplah 40 hari dia meninggalkan kami semua. Namun kasih sayang dia masih jelas terasa. Tiap kali masuk pantry, tiap kali terpandang cawan dia...tiap kali mendengar bunyi dentingan sudu didalam cawan, pasti bayangan dia muncul di mata hati kami. Tahlil yang kami sedekahkan beramai2 dari ofis...rasanya tak cukup untuk menemankan dia di alam sana.... Apa-apa pun aku yakin...Allah mengasihi dia...
Al-Fatihah untuk Kak Rubi... ( aku masih belum dapat sebut perkataan 'arwah' depan nama dia lagi... )
Semoga dia beroleh kebahagiaan abadi kurniaan Allah... Amiin...