Jumaat, 12 November 2010

Kenangan Indah Terakhir bersama Kak Ruby



Gambar yang atas sekali tu agak gelap...tapi aku nak masukkan juga...sebab itulah gambar terakhir Kak Rbi dengan Adam. We all ada family day Kelab last time. Masa tu awal bulan 7 tahun nie. Aku dengan Kak Rubi memang dah janji nak pergi sama-sama. Both of us sangat excited nak bersuka ria di theme park tu. Inilah first time nak bersukaria main air dgn anak2 we all. Pagi2 lagi...pukul 10 we all dah sampai ke situ. Sampai2 terus amik2 gambar nie semua. Yang kecik pakai baju kuning tu, cucu sulung Kak Rubi. Yang apit dia tu..of course la Adam dgn cousin dia, merangkap anak buah aku la. Sajer angkut sekali...kasi meriah2 sikit.
Sepanjang ada kat sana..memang sangat seronok. Kak Rubi pun nampak masih sihat lagi kat situ. Main air sepuas2 hati...bahagia sungguh la kami masa tu. Lunch pun masing2 tak der malu segan dah. Dinner malam tu...pun makan dengan seronoknya. Petang tu lepas check-in, dia bawak Adam pergi apartment dia dulu...petangg baru Adam balik apt aku. Lepas rindu betul dia dengan Adam. Esok paginya masa breakfast...Adam tak duduk makan dgn aku..dia makan dengan Nenek Rubi dia. Tulah gambar terakhir dia dengan Nenek Rubi dia tu.
Pulang dari Gambang nie, Kak Rubi masuk kerja dalam 2 hari. Tapi lepas tu, dia terus sakit...berpanjangan MC ...keluar masuk hospital... hinggalah ke akhir hayatnya.
Walau bagaimanapun, kami di opis memang tak ada rasa ralat. Kami rasa kami dah puas spent time together dengan dia. Sedih, gembira, marah, kecewa, gossip, semuanya kami dah buat bersama. Aku percaya, ahli keluarga dia pun tak ada rasa ralat. Dah puas bersama bergembira dengan dia, dan mereka beruntung sebab sempat mencurahkan bakti membalas jasa-jasa ibu mereka hingga ke penghujung.
Kak Rubi nie, muncul hanya sepintas lalu dalam kehidupan kami. Tapi, persinggahan kehidupan dialah yang memberikan kesan yang amat tegar dalam hati insan yang pernah disentuhinya.....
Akak.... jangan pernah rasa sunyi... sebab Insyaallah kami akan sentiasa kirimkan tanda ingatan....

0 thoughts..:

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink