Cara Memohon MRSM Jurusan IGCSE Ting 1 2016

13 comments
Assalamualaikum.....

Sekejap saja masa berlalu. Diam tak diam, Adam dah habis setahun di MRSM. Alhamdulillah. Namun, perjalanannya masih jauh dan penuh berliku.

Esok, keputusan UPSR utk calon tahun 2015 akan diumumkan. Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman kami dalam memohon MRSM Adam tahun lepas.

Bagi pelajar cemerlang yang memiliki 5A, kalau benar dia dah nekad untuk sambung di asrama, apa salahnya beri peluang. Jangan pilih, apply jer semua. MRSM, SBP, SMKA....apply saja semua. Ada panggilan utk ujian, pergi saja. Dah dapat tawaran, baru pertimbangkan semula.

SBP dan SMKA, apply online saja. MRSM pun sama, tapi ada stepnya.

1. Sebaik terima slip dan permohonan di buka, pergi segera ke mana2 pejabat MARA. Bawa slip UPSR dan kad pengenalan. Di sana dapatkan nombor pin untuk permohonan online. Jangan lambat sbb takut lah kalau ditutup ke, habis ke kan.

2. Study dulu jurusan MRSM yang diminati. Ada 3 jurusan iaitu Sains, Ulul Albab (sains + tahfiz) dan IGCSE ( sains + Cambridge ).



3. Cari pula lokasi pilihan utk jurusan pilihan. Senaraikan 5 pilihan.

4. Isi borang dengan tenang dan berhati2. Anda hanya ada beberapa peluang saja utk edit sebelum submit.

5. Isi borang dgn tepat dan jujur. Hantar segera setelah siap.


Adam dulu, tanpa kami sangka memilih jurusan IGCSE yg mana kami semua tak pernah tahu kewujudan jurusan itu. Bila search...mak oiiii Cambridge tu nakkk. Boleh bawa ke? Dah la English kami ni semua so and so jer. Tp Adam nekad nak cuba. Dan saya terus pandang Adam dgn penuh pilu. Anakku dah besar, dh tahu apa yg dia nak. Baik...percayakan dia. Maka apply lah.

Kami mohon pusat temuduga sama ada di Alor Gajah atau Jelebu. Pilihan ketiga ialah Bt Pahat. Tapi disebabkan kami lewat submit, 2 pilihan utama dah penuh. Maka dapatlah di Batu Pahat. Oh, selepas submit jer borang, terus dpt tarikh dan lokasi temuduga. Jgn lupa print dan bawa sekali.

Kami dapat masa 2 minggu utk bersiap sebelum temuduga. Saya google sana sini. Dapatlah bayangan dan tipsnya. Maka bermulalah sesi persiapan utk Adam.

1. Revise kembali subjek maths, sains dan english. Kami terpaksa speaking siang mlm dgn dia. Sampai tersasul2 nenek atuk punya grammar.

2. Buat anggaran soalan yg akan ditanya. Antara tips yg saya terima, lagi bnyk pelajar bercakap dgn lancar, lagi disukai oleh penemuduga. Jadi, saya draftkan soalan dan jawapan utk Adam. Dia kena cuba ingat dan jawab. Tak hafal pun tak per. Soalan mcm berikut :
A. Tell me about yourself (include strength, academics, family background n interest)
B. What is your hobby and ambition
C. What do you know about IGCSE. Ni antara soalan penting.
D. Prepare utk soalan isu semasa. Adam prepare utk GST dan STAGG Police Team masa tu. So every day dia kena baca english newspaper and kami akan discuss tentang intipati berita2 tu.

Sehari sebelum intvw, kami dah tiba di Batu Pahat. Sewa homestay. Malam tu, buat revision lagi dgn atuk nenek pula. Atuk berlakon jadi interviewer.

Lepas tu berlatih cara jalan, cara senyum, cara bersalam dan eye contact dgn panel interviews. Cara duduk menjawab soalan, di mana letak tgn, kaki bengkok berapa darjah, posture badan, shoulder square...semua lah.

Hari intvw, ada tiga section rupanya. Section pertama, ujian maths, sains dan english. Computerized..bukan bertulis yer. So latih anak guna keyboard dan mouse.

Section 2, IQ test. Computerized juga.
Section 3, baru intvw.

Dlm intvw, yes..semua yg saya senaraikan di atas, mmg ditanya. Kalau ada 3 saat calon diam, dia akan tukar soalan. Kalau masih diam, dia akan akhirkan sesi temuduga with bye and tq.

Adam sedikit sangkut di soalan level akhir iaitu current issue. Soalannya ialah :
What is your opinion about the landslide tragedy in Cameron Highlands?

Hambekkkk.... Bukan What Do You Know yer...tapi What is Your OPINION! Aduhai...budak 12 tahun...ambik masa sikitlah. Tp more than 3 seconds, so dia tukar soalan. Dia tanya opinion about Suzuki Cup pulak. Mujur Adam kaki bola. Laju jer lah dia jawab.

Habis semua english questions, Adam kena mengaji, satu page Al Qur'an. Ok...this is new too. Tapi mujur juga Adam tahu mengaji. Syukur.

So, inilah serba sedikit tipsnya.

Oh, kalau ada yg gagal permohonan SBP, tak bermaksud anda adalah pilihan saki baki yer. Bila result dah ada, pihak SBP dan MARA akan berbincang utk meng'agih'kan pelajar pilihan mereka. Maka, apa saja tawaran yg anda dapat, sama ada terima dgn syukur atau bersedia untuk 50% kemungkinan tidak dapat langsung.

Of course, disamping berusaha, mohonlah, doalah dan percaya dgn ALLAH. Kalau gagal, ada yg lebih baik menanti, Insya Allah.

Selamat Maju Jaya semuanya.





.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

13 thoughts..

che mid berkata...

Ayat terakhir tu cantik sekali..ada yang lebih baik menanti. Insyaallah..

So, selalu le turun Batu Pahat pulak ya.. tapi tak le jauh dari Melaka..macam kampung sendiri je kan he he

Lydia Miza berkata...

Tq kak atas tips yg sgt lengkap


Si kakak interview pg smlm sblm gerak ke singapore ni pun antara yg dia kena buat adalah mengaji.

Kak.. Senyum kambing saya baca akk tulis sup kaki katak kat komen td. Haha sy smpi smlm dh mlm mkn mamak je la sbb tak tau nk tuju mana first time ke sini. Payah je tgk smua kedai cina ngeri lak saya

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

memang waktu sesuai Ziela berkongsi tips ini. Tapi ramai anak2 skrg tak mahu tinggal di asrama sbb di rumah lebih selesa.. (mengata Iman tu sebenarnya.. haha)

Perlis Online Lemang berkata...

tips yang bermanfaat ;)

Kakzakie Purvit berkata...

Perancangan disusun dan diatur namun sebagaimana Ziela kata apa pun juga pada DIA pengatur segalanya kita serahkan setelah berusaha dan berdoa.

gadisBunga™ berkata...

Adam pandai jugak pilih aliran ye kak? Alhamdulillah...

Dan keluarga juga supportive semuanya. Bertuah Adam! :)

Tapi takpe kak, sangkut kat current issue tak mencerminkan apa-apa pun. Dia dah buktikan banyak benda di situ. :)

aizamia3 berkata...

Teringat kenangan entry akak berhadapan dengan situasi sebelum semasa dan selepas Adam dapat tawaran.. ;)
Apa-apapun terima kasih atas sedikit info hala tuju bagi lulusan UPSR.

Lee berkata...

Hi AZiela, as my bahasa is out of tune and limited I'm not familiar with what you mentioned here, something to do with Adam's studies.
Hope he has exceeded your expectations. And one day he can come to Canada for further studies.
You keep well, best regards,
Lee.

che mid berkata...

Alahai sian adik akak ni, dah nangis dengan Adam nangis lagi baca entri akak. Akak percaya setiap titis airmata yang gugur adalah kerana kecintaan pada Allah dan pada anak. Manisnya dah ada pun Aziela, cuma yalah.. kita ni kadang-kadang cuma nampak yang besar je he he. Insyaallah Adam akan jadi anak soleh.

Tapi tengok gambar Adam, macam dah kurus ek.. sebab dah bujang kut ya..

ANIM berkata...

oo..Adam ada kat MRSM Bt Pahat ya...tak jauh dr rumah saya di BP..
pekena nasi beriyani gam la aziela bila turun bp

p/s hebat sungguh preparation mama Adam sbelum Adam interview..
banyak homework yang dibuat...byk tip berguna diberi..

Dr K berkata...

Saya berniat, kalau ada rezeki, nak anak saya masuk ke aliran UlulAlbab tu....tak pun IGSCE...

Mak ai...soalan dia " opinion tentang landslide di CH"
Saya yang dah tua ni pun garu kepala nak fikir jawapan! Haha

Amri Mat Saaid berkata...

salam..anak saya Nur Husnina bersekolah di sekolah rendah agama integrasi swasta di selangor apply semua kecuali SBP (mmg x layak)..tak prepare apa pun sbb masa tahun 5 dan tahun 6 dah belajar cara ntbu di pusat belajar bahasa inggeris...pilih pusat temuduga MRSM KKB..mrsm pilihan 1. KKB2. Parit.3 Langkawi..Alhamdulillah dapat MRSM Parit..boleh balik selalu rumah opahnya di Parit..lepas tu dapat juga tawaram dari Maahad Tahfiz Integrasi Sains Selangor (MITS Sepang) under JAIS..anak saya pilih MRSM..

AtomAnt berkata...

TQ so much for the tips and info.