Assalamualaikum.....
Weekend 2 minggu lepas, kami realisasikan perancangan kami untuk ke Kedah. Jumaat tu, saya mengambil cuti untuk menghadiri mesyuarat Muafakat di sekolah Adam. Kemudian, petangnya sejurus selepas hubby habis kerja, kami terus menuju ke Kedah. Pasrah dengan keadaan badan yang terlalu penat. Kami berserah pada Allah, mana yang sesuai, kami berhenti tidur. Kalau larat, teruskan saja perjalanan.
Kami sebenarnya menuju ke Sik. Saya ingin menziarahi ayah dan mak angkat yang sudi menerima saya dalam program Baktisiswa di situ lebih dari 20 tahun yang lepas. Seminggu menjadi anak mereka dan sepanjang pengajian adalah 3 kali ulang menziarah mereka. Tapi lepas graduate, lepas kerja, lepas berkahwin dan ada anak...langsungggg tak pernah. Terlalu banyak halangan. Yang paling utama, bila masa itu ada, kewangan tak mengizinkan, atau terhalang dengan kesihatan.
Namun, setiap tahun dalam bulan puasa, saya pasti akan menelefon mereka bertanya khabar. Entah berapa kali hilang nombor telefon dan alamat, tetapi ada saja rezeki saya untuk mendapatkannya kembali.
Anyway, malam tu, hubby tak boleh tahan mengantuk. Saya lagilah lunyai rasanya. Adam dah lama hanyut. Saya pujuk hubby keluar di Slim River. Carilah mana2 hotel bajet kalau ada. Tapi tak ada. Felda Residence lagilah penuh sampai ke Selasa, katanya. Maklumlah, cuti sekolah baru bermula, kan.
Teruskan perjalanan ikut jalan dalam. Kami tiba di Tapah. Tiba2 Nampak hotel bajet yang baru dibuka di kawasan rumah kedai yang baru. Cuba tanya kekosongan. Ngam2 tinggal satu saja bilik kosong. Oklah...belasah saja. Hotel ni, dekat lot kedai yang ada Watson. Satu saja Watson di Tapah tu. Simpang masuknya seberang balai polis Tapah.
Esok pagi, kami teruskan perjalanan. Kalau ada warung atau gerai yang menarik, kami berhenti lah. Menuju ke arah jalan nak masuk Plus highway, di sebelah kanan, Nampak deretan gerai yang meriah. Asap berkepul2 naik ke langit. Eh, dah tertarik dah ni. Lepas parking....lihatlah......
Berrrr....bagai jenis lauk pauk
Ketam, ikan, daging, ayam..semua ada...
Eksotik okeh. Asam rebus batang keladi. Orang veteran suka ni...
Nangka muda masak lemak..
Telur ikan.....
Patin Tempoyak. Dah kate ade di Peghok...
Ulam segar bugar
King of the menu...gulai kawah yang sedang mendidih..
Gulai daging kawah dengan batang pisang. Batang...bukan umbut yer..
Saya tak pernah rasa. Ini first time saya rasa. Sedapppp. Tapi mungkin ada yang lebih sedap. Daging kenyal, tapi tak keras dan liat. Batang pisang tu surprisingly sangat lembut, juicy dan cheesy. Kenapa saya kata cheesy? Sila rasa sendiri...hehehehe
Ini lauk hubby. Tak ada nasi. Sayur dan ayam bakar yang baru diangkat dari bara api. Haruss....sos pun sedap sangat.
Ayam tu hubby punya tadi. Saya punya pinggan, sayur, sambal dan telur ikan. Telur ikan toman dik oiiii. Cari di pasor pun x jumpe .. Telur tu kami makan bertiga. Adam tak berapa boleh terima, tapi mak apaknya bukan main finger licking good dik. Halusss..moist..lembuttt sangat. Lain dari telur tenggiri
Last but not least....siput sedut gulai dengan pucuk paku... Perghhhh...semua menggoda jiwa...
Lepas ni buat trip Cik Kiah untuk makan kat Tapah ni yer.. Itupun kalau dah tergoda la...
Inilah kedainya..
Ok, nanti saya share lagi yer...
.