Jumaat, 11 Mac 2016

Lauk orang laut...

Assalamualaikum.....


Bukan ler nelayan, cuma duduk di persisiran laut jer.

Balik dari PD, lalu pengkalann elayan di Pengkalan Balak tu, beli sekali stok ikan utk mami.

Last week nampak ketam segar bugar baru naik dari lauk. Beli sekilo. Mami masak mlm tu. Lagi kaw kaw kalau mami masak. Tak boleh lawan punya.


Hidangan malam tu. Ketam, ikan dan opkos sayur goreng.

Ketam masak lemak
Ketam tu mami yg pilih. Isi padat weh...sodap bangat. Kuah pun sedang elok pedas, pekat, lemak, manis dgn air ketam and masam dari belahan tomato.
Isi ketam pun kenyal, harum dengan bau serai dan berkelopak putih berseri isinya. Aduhai...teringat2 lagi ni.

Ikan daun baru goreng garing.


Ikan daun baru ni mcm ikan bawal, tapi isi dia lebih tebal. Boleh gugel rupabentuk dia yer. Hubby dolu2 masa memancing pernah dapat sekaligus seploh ekor. Terus balik, goreng n makan panas2. Mmg sedap betul.

Ikan ni isinya tawar sebenarnya. Kebanyakan org masak sweet sour, tapi kalau kami, lumir dengan kunyit dan tabur garam lebih sikit. Kulit kasi garing, isi moist berasap gitu..

Ok...mlm tu semua orang makan dengan sangat fokus pada makanan. Bercerita pun pasal makanan juga.

Kena repeat lagi la rasanya.


.

3 thoughts..:

makchaq berkata...

Sedapnya ketam masak lemak...
Tapi anak3 makchaq malas makan ketam.... depa ambik kuah ja.. ketam kalau kita kopek baru nak makan..

aby berkata...

salam aziela ..
klu tangan pandai masak ..
bagi apa pun jadikan!!!
apatah lg bagi ketam ...
memang sedap sungguh la ..

Mrs Velentine berkata...

sedapnya ketam tu..huhu

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink