Ahad, 16 April 2017

Spaghetti Tuna Daun Kari

Assalamualaikum....

Di pagi Ahad ni, ramai ibu2 yang sibuk di dapur ya. Saya pagi ni bukan sibuk di dapur, tapi sibuk gosok kain baju sekolah...
Walau apa pyn dugaan yang datang, hidup harus diteruskan. Bila sekali terhenyak dengan ujian yang menimoa, bertawakkal dan mengadu dengan Yang Esa dan cubalah juga berjuang. Berusaha seolah2 akan hidup seratus tahun lagi....

Hari ni meh story pasal menu ni. Menu simple, tapi kenyang dari tengahhari sampai malam.

Masak simple untuk lunch dihujung minggu macam ni. Rebus spaghetti dalam setengah bungkus dan biarkan dalam periuk rebusan tu. Tak perlu toskan.

Sementara rebus, bolehlah kupas bawang besar sebiji, bawang putih 3 ulas. Hiris bawang semua dan juga hiris cili padi dalam 7 biji.

 Kemudian, tumiskan bahan hirisan dan campakkan dua tangkai daun kari. Bila dah wangi, masukkan tuna flakes dan carrot yang dihiris batang mancis. Gaulkan sebati.

 Masukkan pula spaghetti dari dalam periuk tadi. Biarkan air rebusan masuk sekali dengan spaghetti. Bukan cedok dari periuk yer...air yang menitis2 tu jer. Kita nak basah2 sikit.

Masukkan garam, sedikit serbuk lada hitam dan bila dah sebati semua rasa, bolehlah hidangkan.

Walaupun ada cili padi, tapi tak lah pedas sebab kita dah tumiskan cili tu tadi. Pedasnya dah hilang.

Silalah cuba ya....



.

4 thoughts..:

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

rasa kesedapannya tu Ziela walaupun dengan baca resipi aje, kita jarang letak tuna dlm spaghetti (mmg tak pernah masukkan pun sbb dorg tak makan) tapi sekali pandang ala2 olio ek, mesti sedappppp.

kesoma rai berkata...

assalamualaikum kak, apa khabar.. lama tak membaca blog.. resepi kat blog akak sentiasa menarik dan nampak sedap..

erny firdaus berkata...

sedapnya....boleh cuba...mekasih share...

wan syahida berkata...

wow boleh try ni ..nampak sedap..

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink