Menu Sahur 2017 -1

6 comments
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, telah seminggu berpuasa, dan semoga beroleh pahala yang diredhai Allah.

Org lain ramai share menu berbuka, tapi saya asyik share menu sahur jer. Bukan apa...kalau berbuka, saya jarang memasak. Tak sempat. Tiba di rumah dah pukul 6.30 petang. Jadi...kami makan yg simple2 jer. Beli mee atau kuih muih...cukup lah.

Ok...menu di atas ialah sardin masak lemak cili padi. Tapi masak seperiuk, cilinya 3 biji jer. Haippp....bulan puasa x boleh makan pedas2. Saya campur kacang buncis dan ubi kentang.

Kemudian goreng sayur campur. Sweet beans campur capsicum merah. Tumiskan sikit bawang putih dan merah. Rangup2, segar2 sayuran utk bersahur.

Ok..esok pening semula nak fikir menu lain...hehe.

.

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

6 thoughts..

aizamia3 berkata...

Setakat ni ok lagi, belum terlajak sahur. Harapnya maintain sampai dekat raya nanti hendakNYA.

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

fikir menu sahur sebenarnya lagi susah dari fikir menu berbuka, betul tak??

Salam Ramadhan Ziela

syakillaazam berkata...

Menarik menu sahur akak

Jemput singgah ke blog killa ye 😘😘😘😘http://www.syakillaazam.my/tip-kesihatan/mengapa-orang-obesiti-tidak-berasa-kenyang/

aizamia3 berkata...

Bila sahur, en. Hb tak berapa minat nak makan nasi. Tapi beliau takdelah demand mana pun. Apa yang dihidangkan itulah yang dimakan.

Azian Elias berkata...

ingatkan sahur puasa 6 tadi.. bila tgk tarikh, laaaaa.. ramadan yee...
i kalau sahur, just suka susu yg berendam kurma..
then roti kot cam tu. kunun mission mengurus. raya, menggemuk pulak dia.

nini berkata...

Selamat hari raya =)