Jumaat, 6 Oktober 2017

Idea Bekal Ringkas : Nasi Goreng Cina

Assalamualaikum...

Saya sejak kebelakangan ni rajin sikit dari biasa untuk menyediakan bekal makanan untuk hubby dan saya sendiri.  Paling penting...untuk hubby la. Adam biasanya sarapan di rumah. Dia tak nak bawa bekal langsung..

Antara idea yang rungkas ialah nasi goreng cina. Mudah, ringkas dan mengenyangkan. Hubby pula tak makan pedas. Jadi menu ni memang saya tak letak cili langsung.

Walaupun ringkas, tapi manalah tau kalau2 ada yang baru nak berjinak2 di dapur kan. Boleh la cuba resepi ringkas saya ni.

Meh tengok cara saya....


Nasi Goreng Cina.

Bahan-bahan:
2 cawan nasi sejuk
3 ulas bawang putih dicincang
2 ulas bawang kecil cincang
2 sudu daging/ayam yang dipotong kecil
1/2 cawan mix vegie
2 biji telur
2 st lada sulah
1 st minyak bijan
1 st kicap cair
Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara:
1. Panaskan kuali dengan 2 sudu minyak masak.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
3. Masukkan ayam/daging dan gaul hingga masak.
4. Masukkan nasi, mix vegie, lada sulah dan kicap cair. Gaul hingga sebati selama seminit.
5. Ketepikan nasi dan pecahkan dua biji telur. Gaul hingga telur masak dan gaul sebati dengan nasi.
6. Masukkan minyak bijan dan perasakan garam.
7. Sedia untuk dihidangkan.

Sesuai juga untuk anak-anak kecil. Tapi kurangkan lada sulahnya ya...

Selamat mencuba semua.



.


4 thoughts..:

Nurzakiah Hanum berkata...

bestnya anum suka nasi goreng

Kakcik Nur berkata...

Kakcik selalu juga buat nasi goreng ala-ala nasi goreng Cinam tapi kakcik letak juga sedikit cili api yang ditumbuk kasar. :)

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Ini masakan yg laju2 makan sebab sedap sangat. Eh, Adam dah tak dok asrama ke?

Nabila Syifa berkata...

Rajinnya.kita nk.jugak bawa bekal tp xsempat sbb pagi2 buta 6.00 pg dh kena gerak g kerja.kdg2 jalo rajin bawa jugak bekal tapi last2 ngantuk nk bgun awal pg panaskan lauk

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink