Berbuka dengan mee segera

3 comments
Haip... bagi salam dulu. Assalamualaikum semua.....

Ok...megi yang sempoi. Permintaan anak bujang yg dah lama tak dapat makan megi. Al maklum....musim exam kena butakan pandangan ke arah megi..kah..kah..kah..

Sorry, gambar pun gelap dan malap

Ha...bukan mee segera sempoi keluar dari peket. Tapi gigih juga la menumis, berbawang, bercili bagai dan campur ayam juga, Tapi campak mix vegie jer.

Tapi mama tetap kena prepare lauk dan nasi juga. Tak puas anak bujang tu makan megi semata. Mama zalim kan, bagi anak berbuka dengan megi jer.. hahahaha. Yang sebenarnya sampai rumah dah lewat sangat. Sempat siapkan yang ni jer lah. Lepas maghrib baru start bersilat semula…

Siapa pernah buka puasa dengan mee segera juga?
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

3 thoughts..

Nurzakiah Hanum berkata...

sedap gak kan :)

aizamia 3 berkata...

Pernah.. on request by anak-anak jugak dan kenyang sampai malam. Lepas tu repeat sahur pun makan megi juga.. :)

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Pernah berbuka puasa dgn mee maggi cup kat 7E. Masa tu nak berbuka kat kedai nasi kandaq tapi panjang giler beratur padahal dah nak masuk wktu berbuka. lalu terpaksa lari buka kat 7E dulu smpi line clear.