Buku Dr Zoul Dahan Wajib Ada

2 comments
Assalamualaikum semua...

Hari ni saya nak cerita sikit pasal buku lah ya.
Dah lama saya tunggu dan dah terima pun. Alhamdulillah...sangat..sangat..sangat best.


Ya....wajib ada dalam simpanan dan bacalah. Fahami...selusuri kisahnya dan pahatkan dalam ingatan. Apa yang terkandung dalam buku ni adalah kisah benar Dr Zoul di blognya  http://zouldahanblog.blogspot.my/



Saya memang jadi follower tegar blog Dr Zoul bertahun2 lamanya. Sangat interesting. Membuka mata dan hati tentang susah payahnya seorang doktor. Dulu saya ingat doktor klinik ni senang. Tak ada shift, tak payah layan kerenah orang atasan, ada bisnes sendiri, waktu kerja sendiri dan bebas menjana pendapatan sendiri. Tapi bila baca postingnya lepas satu dan satu... terbukalah mata hati dengan jerih perit nya.
Juga, saya panjangkan buku ni pada Adam, agar dia tahu...nak belajar untuk jadi doc dah tentu susah. Dah jadi doctor pun susah juga. Sama juga dengan apa2 kerja sekali pun. Kenalah bersusah dahulu...



Saya dapat autograph dari beliau...Yeayyyyyy!!!!!!

Suka...suka....sukaaaaa sangat. Gembira sebab Dr Zoul adalah seseorang mendapat penghormatan saya. Walaupun tak pernah bertemu, tapi rasa bebas bertanya dan berbicara. Doktor yang friendly dan tak berlagak.

Kalau tak jumpa kat bookshops, contactlah Doc Zoul sendiri melalui blog beliau. Beli direct dan In sha Allah dapat autograph.





.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 thoughts..

aizamia 3 berkata...

Bila baca entry akak ni, terus laju-laju saya bukak blog Dr. Zoul untuk menyelusuri tiap entry beliau.. ;)

Zoul Dahan berkata...

Dah setahun buku ini berada dipasaran.
Tahun ini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur,
buku ini masih ada dalam carta 10.
Maklumlah buku Diagnosis6 dah keluar.
Tapi bukan saya yang tulis.

Bila umur dah makin banyak,
masa nak menulis makin kurang.
Blog pun dah makin jarang dijengah.

Terima kasih Aziela.
Semoga Adam terus gigih berusaha untuk menjadi seorang doktor.
InsyaAllah.