Anyway, sorry la...aku memang sangat2 busy. Minggu nie ada lega sikit la.....
Busy sebab apa? Ha....rentetan daripada story aku konpius tu kan....dah start cuti sekolah 2 minggu kan. Aku adala juga plan nak bawak dia jalan2 sehari ke.....tapi aku mcm busy la. Laki aku pun busy. So, Adam ikut adik aku lepak kat Kuala Pilah...about 5 days juga la. Tp, 2nd last day tu, aku tido umah adik aku....sajer nak spend holiday time dengan Adam.
That nite, dia demam. And sebenarnya...dia non-stop bercakap pasal kebimbangan dia pada sekolah. Macam2 la. Takut cikgu marah kerja tak siap...takut cikgu marah dia buat lukisan tak cantik...takut ustazah marah sebab dia tak habis salin doa.... Macam2. And kebimbangan dia tu sangat melampau, sampai kita yang adult nie semua ikut rasa tension. And kebimbangan dia makin hari makin parah.
Every morning, bangun tidur jer dia nangis, takut cikgu marah. Tengah2 malam, dia bangun, suluh torchlight kat jadual skolah dia...dia kata dia takut masuk kelas BM. And finally the next week tu, 2nd week of school holiday tu....dia demam. Aku jaga Adam kat melaka masa weekend.
Mcm biasa, Sunday nite, bawak balik PD. Kebetulan mak aku ada laa pegi rumah ada makcik tu kat Melaka. So, aku ingat bolehlah ajak makan2 dgn parents aku...lepas tu bolehlah laki aku transportkan aku ngan Adam dgn mak aku jer.
Adam masa tu tak larat. Dia sangat tak terdaya nak bangun untuk dinner. So, terpaksa laa aku ngan laki aku dukung dia bergilir2. Takut nak tinggalkan dlm kereta sebab kedai tu ialah medan ikan bakar terapung kat Kuala Linggi. So, parking keter kat tepi pantai..and kena lalu jambatan panjanggggg tu ke tengah laut sikit. And we all makan la...sambil Adam teruskan tidur dia kat satu bench tu. Dia jarang mcm tu. Tapi aku suspect dia maybe ngantuk sgt sebab makan ubat. Tapi hati aku x sedap.
Tgh2 makan...aku gi juga raba kepala dia. Mmg panas sangat. Aku dah x senang duduk. Aku discuss ngan laki aku, we all nak bawak balik ke Ayer Keroh...tgk hospital buat apa. Sbb dah masuk seminggu dia demam mcm tu...antibiotik pun dah habis makan. Mak aku tak agree....mak aku soh bawak balik umah dulu....dia kata boleh tuam...sok pagi kalau x ok bwk gi jumpa doktor lain. Tapi aku nie kan cepat panik. Aku tetap nak bawak gi spital gak.
So, aku pun pecut la kereta malam tu. Reach Pantai Hospital lebih kurang kol 1 pagi. Diorang check temperature dia...dah 40 degrees. Staff nurse semua dah kelam kabut....mandikan dia...masukkan bullet....balut lagi dengan towel basah..... Adam dah nangis jerit2 sebab dia takut tengok semua orang panik. And dia muntah2. Sekali tu muntah dia ada darah. Adoii....menggeletar aku masa tu. Tapi doktor check...darah tu sebab tonsil dia sangat bengkak and dah luka ulcer2 yang kat tonsil dia. So, mmg no choice..terpaksa warded. Kena masuk drip sebab dia nak telan air pun nangis2. Sesaper yang pernah kena tonsil nie, tau la mcm mana sakitnya nak makan...nak minum.
So, duduk lah aku kat hospital tu for the whole week. Adam pun x pergi mana2 lagi sampaila skolah buka balik. And sepanjang di hospital pun dia selalu nangis sebab takut nak jumpa cikgu dia. Dia sangat tertekan.
Adam keluar hospital 2 days before skolah buka. Dia rehat kejap kat rumah. So, 1st day tu, aku hantar la dia ke skolah, tapi......
Dia tak nak masuk skolah. Dia nangis2, jerit2, lari nak masuk kereta balik. Aku tak tau apa nak buat. Aku terpaksa tunggu nak cakap dengan guru besar dia. Tapi guru besar tu datang lambat sangat. Aku gie jumpa guru Pk jer. And aku blame skolah...apa yg cikgu dia buat sampai budak tu jadi terlalu takut and , sampai demam2. Kira dah usik kesihatan anak aku. Ini dah kira melibatkan nyawa anak aku. Aku tetap akan blame sekolah...sbb kalau anak aku yang malas nak ke sekolah....bukanlah di pertengahan tahun. And dia takkan la sampai amik torchlight tengah2 malam...check timetable skolah. And dia takkan belek buku skolah dia berpuluh kali just to make sure tak ada benda lain yang dia terlupa nak buat.
That day memang really big drama. Perhimpunan hari Isnin skolah tu terganggu. More than half cikgu skolah tu try pujuk dia. Sampai pakcik kantin pun ikut cuba pujuk dia. Tapi aku tetap tinggalkan dia kat skolah. Dia ckp, dalam pada nangis tu...cikgu BM tu pernah pukul dia sebab dia tak siapkan kerja skolah. Dia menulis lambat sikit...so dia tak sempat salin. Aku dah tengok buku dia. Banyak ok....nak kena salin. Sampai 3 pages tau. Apalaa yang budak darjah satu, baru start skolah a few months boleh buat. Kena salin karangan, soalan2, and contoh2 peribahasa. Takkan cikgu tu tak boleh kaw tim? Bukan Adam sorang la...budak lain pun ada kena...tapi effect pada Adam sangat teruk. Malanglah cikgu tu sebab tahun nie ada anak murid macam Adam. Budak yang dah pandai pk...kenapa aku kena rotan...aku kecik lagi..aku belum boleh menulis dengan pantas....and bla..bla..bla....
Selepas diselidik, rupa2nya, kes sebenarnya begini. Adam dan beberapa orang rakan sekelasnya di rotan di depan kelas sebab buku latihan BM hilang. Mereka cari, kami cari di rumah, cari lagi merata2, tapi tak jumpa. Aku pergi cari di kedai2 buku, tak ada juga.
Last2 aku jumpa cikgu tu sendiri dan minta maaf sebab anak aku terrrhilang buku tu. So, nak beli kat mana? Sebab aku dah puas tanya merata2 kedai buku, semuanya dah kehabisan.
Cikgu tu sombong, kooo. Dia nak tak nak jawab soklan aku dengan muka yang garang dan sombong tanpa senyuman : " Memang buku tu dah tak ada stok! Saya pun tak tau bila nak ada stok baru. Siapa suruh pelajar hilangkan buku?"
Wah..! Eksyen ekk...cakap dengan ibu bapa pun cenggitu. Kita punyalah bersopan santun bercakap dengan dia.
Takper, aku usahakan juga di KL. Last2 kawan2 aku pun ikut cari. Ada satuu jer kedai di Melawati yang ada jual. Kebetulan, dalam masa yang sama, Adam call. Dia kata dah jumpa. Cikgu tu yang salah letak di bilik guru. Tapi cikgu tak cakap sorry pun. Satu, tuduh pelajar macam nak rak hilangkan buku, walhal dia yang hilangkan. Kedua, dia rotannnnn budak2 tu!
And Adam masih trauma untuk ke sekolah.
So, aku n family aku fight dengan pihak sekolah. Of course sekolah tak nak admit kesalahan dia. Of course akan blame we all. Dia akan kata Adam terlalu di manjakan sbb anak tunggal. Well...they are totally wrong. We all tak manjakan dia macam tu.
After few days aku complaint, no action from school. Bapak aku pulak jumpa gurubesar dia. Wait for a couple of days...still mcm tu. Tak ada action. And Adam still macam tu...menangis jerit2 x nak pergi skolah. Tapi we all tetap tinggalkan dia kat skolah...dgn guru kelas dia. And dia mmg menangis kat kelas...and tak boleh belajar apa pun sebab asyik nangis. And cikgu BM yang dia takutkan tu...x pernah langsung call we all untuk discuss...apologize memang jauh sekali la kan. Silap laa skolah tu. Diorang buat diam jer even after we all complaint. Dia ingat mak bapak aku dok kampung....tak tau laa apa action yang kita boleh buat kot.
Skolah Adam nie pun skolah kampung and adik aku yang cikgu tu pun kata skolah nie tak ikut prosedur. Aku dah prepare surat and dah list segala kesalahan skolah tu. Adik aku ada hantar Adam ke skolah and check sendiri skolah tu. Dia nyer guru kaunseling tak buat kerja, cikgu kelas dia tak ikut prosedur and guru besar dia lewat amik action, lebih lama dari yang ditetapkan dalam polisi perguruan.
Aku ingat nak bagi masa dalam 2 hari lagi seblom aku shoot surat komplen ke Kementerian, tapi bapak aku sudah hilang sabar daaa pada suatu hari tu. Pagi2 tu bapak aku antar Adam and dia nangis gak...panjat balik motor...x nak masuk skolah. Yg pelik, kat rumah dia ok...pakai baju skolah semua. Tapi sampai jer skolah..dia mcm phobia sangat.
Then bapak aku hilang sabar...dia cari cikgu BM tu. Jumpa cikgu tu tengah mengajar budak kelas darjah lain. Bapak aku menonong masuk....tanya nama cikgu tu....confirm cikgu yang betul...terus bapak aku tengking cikgu tu. Memang pucat lesi muka cikgu tu. And still..dia tak apologise kat Adam. Berani lagi dia ugut Adam, konon2 Adam menipu. Dia kata dia bukan rotan kuat pun....sikit jer. Apa hallll cikgu nie. Sikit pun rotan laaaa. Kalau dia rotan sbb anak aku buat salah besar kat skolah....aku x der hal. Ini...sbb buku hilang yang mana cikgu tu sendiri yang salah letak. Hangin gua beb. Bapak aku warning cikgu tu : Saya nak kes nie selesai hari nie jugak.....sebelum saya bawak perkara nie ke pihak atasan..!!!
Tgh hari tu....guru besar dia panggil...bawak bincang...presentkan option diorang. Ok...adalaa effort kan. Tak banyak, sikit. Ini kalau tak...buat derk jer. Opss...lupa plak. Lepas bapak aku tengking cikgu tu...baru Adam nak masuk ke kelas. Sbb dia dah nampak cikgu tu tak boleh marah atuk dia. So, dia rasa secure sikit.
Tapiii...cikgu kelas Adam, bawak Adam ke bilik guru...rupa2nya cikgu BM tu tengah nangis sbb bapak aku tengking dia tadi. Apa purpose cikgu kelas tu pun aku x paham. Nak soh anak aku rasa bersalah ke? Saper yang salah?
And sebenarnya cousin2 aku dulu semua cikgu tu yang ajar gak. Memang dia ternyata cikgu yang paling garang. Semua budak2 skolah tak suka dia langsunggggg. Selama nie dia buat sewenang2nya pada budak lain agaknya...tapi parents x pernah ngadu. Maklumlaa...orang kampung. Diorang ingat anak diorang jahat sangat kot. Silap laaa dia ajar anak aku. Memang satu turning point dalam hidup dia. Aku harap lepas2 ni, dia dapat gunakan pendekatan lain untuk attract kecemerlangan anak2 murid dia.
Tapi..sepanjang sebulan tu...aku berulang alik dari PD ke KL. Sbb anak aku needs my morale support. Boleh tak....cikgu kelas dia soh mak bapak aku bawak Adam ber'ubat' sbb kononnya takutlaa skolah tu ada 'gangguan'. Eishhhh.....tak paham aku. Mentaliti macam ni pun ada? Kementerian pendidikan needs to improve her teachers.
Takder pun aku bawak. Sbb aku yakin ini bukan 'gangguan' halus. Ini gangguan management skolah tu. Tapi, aku buatkan juga la air penawar untuk anak aku sendiri. Bukan apa pun...baca yasin jer...kita doa sendiri. Kita kan ibu dia....
Last week, Alhamdulillah dah ada perubahan. Tapi, cikgu BM tu tetap x tegur Adam. Last2 Adam yang beralah...dia tegur cikgu tu. Dia buat2 tanya soklan. Sbb Adam rasa tak seronok nak belajar dengan cikgu yang ignore dia and pandang dia pun sambil jeling2. Ishh....anak aku budak ke...atau cikgu tu tak cukup kasih sayang? Tapi bila Adam tegur tu...last2 dia ngaku la. : Adam...cikgu marah budak yang nakal jer. Dulu tu cikgu dah salah.
Ok...kes close. Now, aku dah tak perlu berulang alik lagi. Penat woo berulang 200km everyday. penat badan, minda, poket....semua la....eishhh.
Itu la sebabnya aku dah lama tak posting dlm blog nie. Hopefully lepas nie semua akan aman damai kembali.
.
6 thoughts..
Penat aku baca bersungguh2 sampai bayang dalam kepala...
Aku baca balik pun penat...semua pakai shortcut jer story. Kalau nak buat ayat karangan...pergh...boleh jadik dokumentari tu woooo
WA TAMMAT ;)
KISAH AZILA LAGI TRAGIS DR KISAH SAYA. SABAR JELAH, DAH SALAH TAKNAK NGAKU. EGO TINGGI SGT, SALAH KE CIKGU MINTAK MAAF NGAN MURID KLU DAH JELAS DIRI SENDIRI YG SALAH
AMBIK SEBIJIK KENA TENGKING NGAN SI ATOK.HAHAHA
Fuh.. boleh tahan cikgu tu.
Ada lagi ke dia mengajar kat situ ke dah pencen..?
Panas hati rupa2nya buku tu kat bilik cikgu..
Kenapa akak tak panjangkan isu ni ke KPM. Tgk apa pulak tindakan dorang..
@Irfa Hahahahaha...semoga jadi pengajaran pada dia. Irfa punya kisah macam mana pula?
@aizamia3 Cikgu tu sebaya dengan akak. Dah kahwin lama tapi tak ada rezeki ada zuriat. Tapi itulah, kuasa Allah. Dia meninggal dunia, 4 tahun selepas kes ini.
Catat Ulasan