Khamis, 8 Julai 2010

Makan di Melaka : Nasi Ayam Sg. Udang

Ini recommendation aku untuk sesiapa yang suka makan nasi ayam Hainan. Kedai nie terletak dalam area Sg. Udang, Melaka. Kalau dari Melaka menghala ke Masjid Tanah, kedai nie seblah kanan dekat traffic light nak masuk ke Bertam yang ada Econsave baru tu.

So far, inilah kedai yang agak famous dan agak ramai orang datang makan. Cuma ada sesetengah Malays nie, diorang x leh terima sket Nasi Ayam Hainan nie sebab dah terbiasa dengan nasi ayam Melayu style. Takder apa yang different sangat la. A few differences tapi big different to them yang tak biasa. Differences nyer adalah seperti berikut:
1) Nasi nyer almost takder kaler sangat. Just a tint of yellowish jer..compared dgn sesetengah nasi ayam biasa tu kaler kuning.
2) Ayam kat sini dihidangkan dengan disusun atas hirisan timun dan dicurahkan kuah kicap cair dicampurkan dengan minyak bijan. Kalau nasi ayam Melayu kan ayam tu hidang atas daun salad di samping timun hiris. Kuah kicap pekat serve asing kan.
3) Cili nasi ayam nie, agak cair sikit. Cilinyer cili merah yang diblend dengan bawang putih dan halia yang banyak. Boleh tambah halia kalau nak. Rasanya pedas sikit-sikit and masam-masam sikit. Kalau Melayu punya, kuah cili tu dimasak pekat dan rasa manis-manis sikit.
Sup sama jer...tak ada beza pun.
Anyway..kedai nie sentiasa penuh dengan orang kalau time lunch hour. Memang tak ada jual lain..semata2 nasi ayam. Pilihan minuman pula air bali dan mata kuching. Air tak banyak choice sangat la kat sini.

Tapi we all satu family memang suka sangat makan kat sini. Nasi dia..perghhh...sangat harum dan sangat lembut. Healthy food la kat sini. Timun dia pun sangat crunchy.

Ini hidangan seekor ayam...perghh...






Tapi kedai nie, Sunday tutup yer.....

1 thoughts..:

naTamieR berkata...

nyam nyam...looks sooo delicious...

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink