Selasa, 22 Oktober 2013

Resepi Maggie Ketam

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, ada sedikit ruang untuk kita menjengah blog. Hubby pun dah beransur sihat. Walaupun sarafnya masih belum pulih sepenuhnya, tetapi setiap hari ada perkembangan positif. It takes time. Sedikit demi sedikit. Terima kasih Doktor Zoul sebab melegakan hati kami. Terima kasih di atas doa2 semua, sama ada yang tertulis, mahupun yang mendoakan di dalam hati. Kami sangat menghargainya.

Oh yer, cerita pasal maggie ketam.

Ingat tak tentang kita story yang kami makan megi ketam di pantai Tok Bali Kelantan yang lepas? Tak ingat? Miss baca?

Klik SINI.

Hubby tiba2 teringat. So, dia kata apa yang susahnya nak masak megi ketam tu. Kalau masak sendiri mesti lebih sedap gamaknya kan.

Maka sebelum kejadian bisa sembilang tu, kami sempatlah terjah pasar basah di Pengkalan Balak. Alhamdulillah. Ketam2 baru naik dari laut semuanya besar2. Beli ngam2 3 ekor jer sebab kami 3 orang jer di rumah. Lagipun, kita tak berani nak masak banyak sebab ini percubaan pertama. Takut tak menjadi, nanti membazir jer.


Gambar muqaddimah


Kita jenguk2 dulu lah resepinya yer. Ikut style kita lah nie. Anda boleh olah mengikut kesesuaian masing2.

Bahan2:

4 peket     Maggie perisa kari
3 ekor       ketam
2 ulas        bawang putih di hiris
1 labu        bawang merah besar di hiris
2 sudu besar rempah kari ikan (gaulkan dengan sedikit air dan jadikan pes)
2 pokok     sayur sawi (asingkan batang dan daunnya)
2 sudu        Minyak untuk menumis.
Air secukupnya
Garam secukup rasa


Cara2:

1. Tumiskan bawang putih dan merah yang dihiris sehingga wangi dan kekuningan.
2. Tumiskan pes rempah kari bersama-sama dengan serbuk rempah maggie. Masakkan hingga terbit minyak.
3. Bila dah wangi dan rempah dah masak, masukkan air sebanyak mana yang suka. Kalau suka pekat, ikut sukatan air di peket Maggie. Kalau nak cair sikit, lebihkan 1 atau 2 cawan air.
4. Bila dah mendidih, masukkan batang sawi dan ketam. Masakkan dengan api perlahan selama 3-5 minit.
5. Masukkan mee maggie dengan daun sawi. Besarkan sedikit api ke sederhana.
6. Rasakan dengan garam jika perlu. Kalau pekat, lebih baik tak perlu masukkan garam sebab serbuk maggie tu dah cukup garamnya.
7. Bila mee maggie dah lembut, tutup api dan hidangkan segera. Kena makan segera masa panas2.



Maggie Kari Ketam

Taraa...dah siap kan. Bila di tambah serbuk kari yang 2 sudu tu, kuahnya jadi sedikit pekat dan terasa berempah. Kalau makan masa hujan2, atau masa cuaca sejuk, memang perfecto lah jadinya.

Hubby dan Adam makan sampai licin. Termasuk mangkuk si tukang masak pun licin hingga tak bersisa. Hehehehe. Tapi hubby tetap komplin. Katanya dia nak yang kurang pekat sikit. Nak hirup2. Kita dengan Adam pula suka jer yang pekat nie. Memang dah lama terbayang nak makan mee kari yang pekat dan resepi nie memang tepat seperti mana yang kita inginkan. Tapi next time nak buat juga yang cair sikit, ikutkan juga lah kehendak hubby. 

Oh, lagi satu. Nak masak resepi nie, paling penting, ketamnya mesti fresh. Kalau ketam dah dok dalam freezer seminggu dua, confirm tak best rasanya. Tak kiralah masak macam mana sedap pun. Tapi kalau ketam fresh, rebus dengan air paip, hiriskan bawang dengan cili campak masuk periuk pun boleh jadi sedap hingga ke dasar periuk.

Rai Ourkizuna bolehlah cuba masak sendiri di rumah lepas nie yer...hihihihi.

Selamat mencuba kepada semua. 

.

31 thoughts..:

Rai Ourkizuna berkata...

akak macam tetau je husband saya ngidam ketam tau.. hehehe.. nak carik ketam nak carik ketam...

thanks share resepi kak..

che mid berkata...

Maaf lah, lama tak singgah sini.. asek sibuk ntah apa-apa..

amboi, cik maggie tu, bukan main bergayutan atas cik tam...

Kakzakie berkata...

Syukurlah masalah sedikit ringan Ziela. Moga terus beransur sembuh.

Maggi ketam kena sesekali sedap ni:)

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Aziela, agaknya kalau kita guna serbuk kari maggi yg dlm bungkusan tu pun okey, kan.. ehhh, rasa macam nak try plak resepi ni, mesti meletops!! Betullah, ketam kalu dah masuk freezer isinya mengecut dah.. kurenglah sedapnya..

aizamia3 berkata...

Alhamdulillah, masa entry hari tu pasal abg akak tu, saya ada cerita kat ciklan.. dan kami mendoakan moga abg akak cepat sembuh hendakNYA..

psstt: nak balik kampungler cenggini, singgah rumah akak nak makan ketam tu.. hehehe..

IndaMarya berkata...

saya memang gila dgn katam..dari dulu smpai la ni...masak apa pun kalau ada ketam saya suka..

Daddy Ziyyad berkata...

Lama saya tak buka blog...tak tahu pun kes suami awak kena sengat bisa semabilang eh? Semoga cepat sembuhnya...

Saya mmg selalu baca pasal maggi ketam ni...gi KB last year, puas cari kat mana Tok Bali tu...sampai ke sudah tak jumpa...hahaha....takpa lah, boleh try resepi awak ni...ketam pun dah lamaaaaaaaaaaa tak makan...:)

piqa da bajitos berkata...

dah lama tak try masak ni
em em sedap

Aziela berkata...

@Rai Ourkizuna Ye ker? Tanya shujin tu dulu, dia nak makan ketam masak apa...hehehehehe.

Aziela berkata...

@che mid Saya pun minta maaf kak, lama juga tak blogging. Terima kasih masih ingat sini.

Aziela berkata...

@Kakzakie Terima kasih kak. Alhamdulillah... Sekali sekala ok lah kan kak.

Aziela berkata...

@Seri Kandi Tanah Jauhar Eh...boleh Kak Sari. Nanti supnya jadi sedap...hirup2 jer. Jus ketam tu yang buat kaw tu.

Aziela berkata...

@aizamia3 Terima kasih2 banyak Ina. Terharu akak. Kim salam kat Cik Lan sekali yer. Eh, nak datang, kena inform sebab nak cari ketam fresh.

Aziela berkata...

@IndaMarya Boleh ralit kalau makan ketam nie kan IM.

Aziela berkata...

@Daddy Ziyyad Yes...boleh sajerrr.. hehehehe. Tok Bali tu pun kami jumpa secara tak sengaja. Paling mudah, ikut simpang dari Besut/Jerteh. Kalau dari KB, boleh tahan juga jauhnya.

Aziela berkata...

@piqa da bajitos Kena makan rilek2, santai2. Baru feeel. Hehehehe

Umaira Jannah berkata...

best2 nieh leh try .....

Hasnida Hashim Ungku berkata...

sedapnyer ketam tu..nyummy

Azian Elias berkata...

Sedap tu.. Maggi Kari Ketam. nnt boleh suggest kat chef i ni. hee

Rozita berkata...

sedapnya kak... terliur.. masak di kuantan satu mangkuk boleh..hehe..

t.a.t.a berkata...

confirm saya makan megi dulu bagi habis, pastu baru layan ketam tu. pastu jangan dok sibuk suruh saya cepat habis makan ya, sebab kalau makan ketam memang ambil masa yang lama. nak kopek lagi. nak hayati nya lagi.

Cho Zila berkata...

boleh buat bisnestu... sedapkan...

makchaq berkata...

Salam Aziela
Dah jarang2 bw makchaq terlepas cerita hubby aziela kena sengat sembilang... memang bahaya, kawan makchaq pernah kena..3 bulan baru boleh berjalan betui... Alhamdulillah hubby dah ok...

Makchaq malas masak ketam, budak2 semua malas nak kopek.. mak jugak nak kena tolong.. jadi tak payah la makan...

elly nadyra berkata...

nyesal bukak blog akak time lunch
terus rasa lapar tau

NzA berkata...

nyum..nyum..nyum...sedapnya aziela...ketam tu feveret akak...

Azham Vsvc berkata...

Terliur...sedap betul nampaknya!

Uncle Lee berkata...

Hello Aziela, wow! Ini la best! I have never seen Magee me cooked this way. I must try it next day.
For me, looking at your this fabulous dish, I'll be saying, "Aziela, may I have another bowl of your mee".
Have a nice day, keep well.
Lee.

TiranaAduka berkata...

tapau satu leh?

zulaikha megat berkata...

assalam ziela...lama nyer tak menyinggah sini..

bila sebut maggie rasa biasa jer..tapi bila ada ketam yang biasa jadi wallahhh ..nmpak luar biasa..harus kena cuba ni..

moga suami ziela cepat sembuh yer..

Kakcik berkata...

Sedapnya... :)

iamNurul berkata...

Jalan-jalan mencari resepi..terima kasih :)

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink