Ikan Bakar Pulau Pinang

8 comments
Assalamualaikum.....

Dah lama sangat terperam gambar2 ni. Ini adalah trip tidak dirancang kami 3 beranak. Jalan2 ke Selangor, terlajak terus sampai ke Pulau Pinang. Bermalamlah juga satu hari di situ.

Hubby contact semula kawan lamanya. Amoi Penang yang ckp loghat Penang dgn fasih dan lemah lembut. Terpesona saya dengar dia bercakap. Saya tak pernah tahu yang loghat Penang boleh dilaguk as n dengan mendayu begitu.

Anyway, beliau bawa kami makan ikan bakar. Asyik ikan bakar Melaka jer...meh rasa Penang style pula. Kawasan ni ditepi pantai dekat2 dengan shopping complex AEON tu.

Simple, tapi sedap. Sangat berperisa. Sambil makan, sambil menikmati angin kaut dan dapat tengok jambatan Pulau Pinang. Awesome view.
Bukan restoran besar. Hanya kedai2 biasa. Harga? Sama standard Melaka lah...so tak ada lah gerun sangat.

Lain kali kami nak dtg Penang lagi...


.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

8 thoughts..

Farah Waheda Wahid berkata...

tiba-tiba jadi teringin nak makan ikan bakar...

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Ikan bakar tu lah selalunya pembuka selera...

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

kadang2 pi Penang plan nak makan macam2.. jumpa nasi kandaq terus lupa segala.. hahaha. Sebenarnya kitorang dah serik selepas terkena sembelih makan ikan bakaq Penang.

Unknown berkata...

sedapnyaa ikan bakar.. berbunyi plak perut ni haaa
KULIT LEMBUT, GEBU DAN CERAH DENGAN ESP

Kakzakie Purvit berkata...

Ikan bakar salah satu dish yg digemari masyarakat kita
Tak kiralah di negeri mana pun mesti boleh jumpa ikan bakar
cuma style bakar dan jika ada pencecah itu yg membezakan

wakgelas berkata...

sedapnya ikan bakar ., ;p

aizamia3 berkata...

Kalau pencicahnya sedap, sedaplah keseluruhan ikan tu.. ;)

Lee berkata...

Hi Aziela, Holy Smoke! Ini da tentu tiga pingan longar tali pingang dishes, ha ha.
Wish I can join you all. Rosak la nama mak saya see me eat.
Best regards,
Lee.