Pertunangan Adik Bongsu

5 comments
Assalamualaikum.....


Alhamdulillah, selesai lagi satu majlis untuk keluarga kami. Memang tahun ni tahun pertunangan la untuk kami. Sepupu saya 2 orang bertunang tahun ni, dan ini pula adik ipar saya yang bongsu. Errr...sorang jer adik ipar yang saya ada pun...hehehe.


Ain, nurse di wad medical, Hospital Kuala Lumpur. Tak ingat wad mana...tapi wad tingkat atas2 la.. Insya Allah berjodoh dengan jejaka Kuala Lumpur yang mana keluarganya berasal dari Batu Kikir, Kuala Pilah. Habis menantu Mommy semuanyaaaa orang Kuala Pilah. Bapa saya di Sawah Lebar, kakak ipar di Dioh, ini bakal adik ipar di Batu Kikir. Senang, satu selera...hehehehe


Majlis sederhana sahaja. Dah terlari dari jadual dek sebab beberapa perkara. Tapi yang penting, dah selamat, selesai. Syukur Alhamdulillah. Bakal ibu mertua menyarungkan cincin. Baik dan ramah. Senyum saja orangnya.




Hantaran pun tak banyak. Buat yang ringkas2 saja. Ikatnya setahun, tapi dengar2. niat pasangan ni mereka nak cepatkan. Baguslah. Maka tahun depan ialah tahun perkahwinan pula. Sepupu, adik...mungkin semuanya jadi 4 majlis perkahwinan. Yang dah confirm, sorang bulan 2 nanti.

Bakal adik ipar saya ni pun, sempoi saja. Boleh masuklah .... Lepas majlis, dia datang, makan dengan saya dan hubby, dan terus balik ikut keluarganya.

Adam sepatutnya tak boleh balik minggu tu, tapi saya tulis surat rayuan untuk mohon pertimbangan. Maklumlah, keluarga kami kecil. Arwah Ba dah tak ada dan saudara mara sebelah Ba tak berapa rapat dengan kami. Mommy pula berbangsa Hokkien, so, betul2 ada hubby adik beradik bertiga ini saja. Bila ada Adam, saya tumpang kekuatan anak lelaki saya. Memang boleh harap. Masa perbincangan Adam duduk sebelah Tok Sidang tau...hehehehe. Macam tu lah nak jadi khalifah. Kena latih untuk handle segala2nya.

Anyway...tak ada gambar food. Lupa sungguh2. Kami order pada caterer saja. Lauknya sedap2. Nenas masak lemak cili padi dengan ikan masin kurau, ayam goring berempah yang marveles, ulam2an, asam pedas daging dan tetel..perghh..lembut dan juicy betul dagingnya...ada fruits and kuih muih.

Sibuk sangat masa majlis, memang kaki sampai tak berasa lagi....Tapi Alhamdulillah, syukur semuanya berjalan lancar.










.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

5 thoughts..

aizamia3 berkata...

Tahniah buat Ain dan pasangan..
Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. ;)

Kakzakie Purvit berkata...

Alhamdulillah... janji sepakat sudah termeterai tinggal tunggu saat disatukan utk ikatah yg sah. Insya-Allah kakak doakan sama..

che mid berkata...

Asam pedas tetel..teringin nak makan laaaaa...
tahniah pada adik ipar yang baru bertunang, suka tengok kale baju dan veil nya..sweet je..

aiman mania berkata...

meriahnya family dia.......tak lama lagi makin bertambahlah ahli keluarga secara rasminya..huhuuhuhuuhh......moga segala urusan berjalan lancar ^^

adianiez AIDA berkata...

tahniah.
bakal dpt adik ipar la :)
keluarga semakin besar in shaa Allah.