Peranan Ibu Bapa Bila Anak Menghadapi UPSR

8 comments
Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, hari ini telah selesai hari pertama peperiksaan UPSR untuk anak-anak kita semua kan. Saya dah lepas pengalaman itu dan saya langsung tidak menyesal bila saya all out untuk Adam tahun lepas.

Saya cuba kongsikan apa yang saya lakukan bila Adam menduduki peperiksaan tahun lepas. Mungkin boleh diguna pakai, tapi mungkin juga tidak sesuai untuk orang lain atas faktor2 yang berbeza.

Adam ialah anak tunggal saya, maka apa saja yang boleh saya lakukan untuk dia, saya cuba sedaya upaya. Saya tak bela dia, saya hanyalah ibu hujung minggu untuk dia, tapi bila menjelang waktu penting begini, saya berusaha berulang alik dari KL-PD sekerap yang boleh. Kadang2, saya sekadar duduk menemankan dia belajar walau saya sampai tertidur2. Kalau dia nak air milo, nak roti kapit telur sambil mengulangkaji pelajaran, saya sediakan walau dah lewat malam. Saya cuba senaraikan apa yang telah saya lakukan tahun lepas dengan dia.

1. Saya bantu beliau buat latihan. Caranya ialah duduk di sampingnya dan sama2 buat latihan itu dengan minda kita sahaja. Bila dia salah, kita betulkan kemudian. Bila dia telah selesai satu bahagian. Jadi, dia tak akan rasa terganggu bila buat latihan. Biarkan dia buat habis2, baru kita semak bersama dengan dia dan terangkan apa yang dia salah. Saya juga sering ingatkan Adam, jangan kedekut berkongsi ilmu. Ilmu itu, Allah yang punya. Satu ilmu kita kongsikan, InsyaAllah 10 lagi Allah kurniakan. Adam anak yang mendengar kata. Bila rakan2 yang lain tak mahu bantu rakan2 kelas corot, Adam selamba duduk semeja dan kongsi apa yang dia tahu. Lama2, rakan2 dari kelas hujung, yang sedikit slow, yang samseng tapi mahu belajar, yang pemalu...mula rasa yakin untuk membuka mulut dan bertanya itu ini dengan Adam. Saya senang hati melihatnya. Confirm apa yang dia tahu tak akan luak sedikit pun. Inilah kelebihan akal untuk manusia.

2. Pastikan dia dapat rehat yang cukup, dan juga senaman yang cukup. Pemantauan makanan dan minumannya kalau boleh, lakukanlah seawal yang boleh. Anak2 muda seperti Adam...makannya nak sedap saja. Tapi kami limitkan fast food, air berkarbonat, maggi dan apa2 processed food. Kami mulakan dari awal tahun. Banyakkan air suam untuk dia dan buah serta sayur-sayuran. Maka gigihlah saya memasak untuk beliau. Setiap kali memasak, saya ikut pesanan kakak2 blogger yang ada pengalaman anak2 ambil peperiksaan, untuk berselawat, membaca Al Fatihah dan mendoakan anak dengan ikhlas sepanjang masa memasak itu.

3. Bila anak2 telah agak letih, tak salah untuk rehatkan dia. Bawalah dia berkelah, atau mandi laut, atau sekadar berehat di hotel. Biar dia menikmati alam semulajadi dan bernafas dengan udara segar. Saya cuba elakkan dari menonton wayang dengan dia dalam tempoh itu.

4. Seboleh mungkin, mohonlah dengan Allah pada sepertiga malam. Lakukanlah tahajud dan mohonlah apa sahaja pada Allah s.w.t. Kalau tak boleh setiap hari, seminggu sekali, atau 2 minggu sekali atau sebulan sekali. Kalau tak boleh juga, sekali sekala pun tak apa. Selain daripada itu, kita juga jagalah pertuturan kita, tingkah laku kita selain daripada mengawal anak2 saja. Hubungan kita dengan guru2 anak, dengan ibu bapa kita, dengan ibu bapa mertua....semuanya harus ikhlas. Kalau sebelum ini kurang, inilah masanya untuk memulakan mendidik diri sendiri.

5. Pada hari2 Adam menduduki peperiksaan, saya mengambil cuti selama seminggu. Pagi, saya bangun awal, solat dan doakan sedikit untuk beliau. Siapkan breakfast untuk dia. Tapi Adam bukan jenis yang boleh breakfast, so saya sediakan air milo dicampur dengan beberapa sudu quaker oat untuk dia alas perut. Saya suapkan sambil dia bersiap.

6. Selepas menghantar dia ke sekolah, peluk dan cium, selawatkan dan doakan dia di atas ubun2nya, saya pulang ke rumah. Bersiap untuk sediakan makanan untuk waktu rehat. Adam akan makan bersungguh waktu rehatnya tu. Jadi, saya siapkan heavy food sikit. Sandwich tuna, sandwich telur hancur dengan mayo, bihun goreng dengan ayam dan sayur, atau spaghetti dengan ayam atau tuna.

7. Bila dah siap, saya pula bersiap dan segera ke sekolah. Kalau boleh, sebelum jam 9.00 pagi saya mesti dah berada di sekolah. Saya duduk dan tunggu beliau di kantin sekolah bersama bekal makanan, handphone dan bahan bacaan saya. Sementara menunggu, bacakanlah Yaasin dan mohon agar dipermudahkan untuk dia. Dah habis, sambunglah dengan surah2 lain. Kemudian, kita bolehlah nak buat kerja pejabat di lap top, atau membaca apa saja sementara menunggu beliau. Yang penting, kehadiran kita di sekolah. Dan dia tahu bahawa mamanya ada untuk meminjamkan sedikit kekuatan kepadanya.

8. Selalunya, bila waktu rehat, calon2 peperiksaan akan berpusu2 beratur membeli makanan di kantin agar mereka tidak membuang masa bersedia untuk kertas seterusnya. Tetapi Adam terus menuju ke arah saya, peluk dan cium dan duduk minum dan makan sambil bercerita tentang soalan itu. Bukan sahaja dia, malah kawan2nya juga penuh dimeja kami. Sambil makan, sambil mereka turut bercerita dengan saya. Dalam hati saya, rasa kasihan dengan mereka. Adam ada mamanya yang tunggu, dapat berkongsi rasa dan kisah. Dan mama mereka pula tunggu di rumah, maka mereka tumpang mama Adam dengan penuh rasa gembira juga. Alangkah baiknya kalau ibu bapa mereka turut berada di situ memberikan secebis kekuatan kepada anak2 yang polos ini. Tapi itulah, masing2 ada komitmen sendiri, ada priority sendiri. Penilaian itu hak mereka.

9. Daripada tahun lepas, saya mendapat whatsapp yang sama tentang jangan membincangkan soalan yang telah lepas. Saya cuba, tapi Adam dengan rakan2nya tak berhenti bercerita dan berbincang. In fact mereka rasa seronok dan yakin dan redha dengan apa yang telah berlalu. Jadi, maaf, bukan semua anak2 kita akan cepat hilang motivasi bila membincangkan soalan. Yang sebenarnya, setiap individu berbeza. Yang penting, kita beri semangat. Mereka dah berusaha. Sebaik mana..sekuat mana, itulah diri mereka sendiri. Yang penting, kita cuba tanamkan konsep redha dengan ketentuan Ilahi. Fahamkan mereka apa rasanya bila dah berusaha, kita kembalikan diri kepada Allah. Menyerah kepada Allah, memohon dengan Allah dan bersangka baik dengan Allah walau apa pun keputusannya.

10. Saya sentiasa setia menunggu Adam di sekolah di setiap hari peperiksaannya. Walau ada guru2 yang cuba memujuk saya pulang kerana katanya, tiada apa yang dapat dilakukan dengan hanya menunggu di kantin sekolah, tapi saya jawab dengan senyuman. "Anak saya tahu saya ada disini. Ini sahaja yang termampu saya lakukan demi kasih saya pada dia". Dan jawapan itu sudah cukup untuk menghentikan soalan yang lain. Ada juga guru2 yang sekejap-sekejap duduk berbual dengan saya. Itu sudah cukup, walau hanya saya seorang saja ibu yang menunggu anaknya di sekolah itu. Biarlah..... Kita tahu apa yang kita mahu.



Oh, panjang lebar, bukan? Tapi, ini hanyalah cara saya sahaja yang saya belajar sedikit di sana dan sedikit di sini. Saya gabungkan itu dan ini, dan saya come out dengan steps ini. Setiap orang, caranya berbeza. Masyarakat, kemudahan sekolah, kerjasama ibu bapa...semuanya berlainan. Ikutlah yang mana elok. Kalau ada yang sesuai, saya alu2kan anda turut sama berkongsi dengan saya. Atau kurang sesuai, adjustlah yang mana perlu.

Adam Alhamdulillah mendapat 5A, itu adalah kurniaan Allah. Tapi, usaha tetap perlu. Bila dah usaha, walau tiada A sekali pun, hati tetap akan puas, kan? Yang penting, redha.

Untuk anak2 semua, teruskan perjuangan ini. Anyhow, this is not the end of the world. There's a long journey waiting for you.... Yang penting, focus, lakukan yang terbaik, dengan ikhlas dan tenang.

Good luck dearies....










.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

8 thoughts..

aizamia3 berkata...

Terima kasih kak Aziela share di sini..
Tahun depan lebih mencabar kerana tiada lagi UPSR.. dan dak Kakak adalah perintis bagi tahun depan..
Moga anak2 yg menghadapi UPSR tahun ni dapat menjawab dgn tenang insyaAllah..

Aula Mommy Razim berkata...

Pengorbanan dan doa seorang ibu juga memainkan peranan.
Ibu saya dulu pun tunggu masa UPSR ambil cuti semata mata nak pastikan saya mudah dan awal ke sekolah.

Tahniah semoga nanti saya juga boleh lakukan benda yang sama untuk anak saya nanti


Wanita dikecam kerana Jerawat

Lee berkata...

Hello Aziela, just dropped by to say hello. Minta ma'af I am not able to tulis any comment as you know bahasa saya da la out of tune kan. Yang takut tulis kalau silap keluar macham nak mintak tangan kawain pulak. Itu la lecheh sikit.
Begitu la.
You have a nice day and simpan satu lagu dalam hati.

If you not busy main golf or mandi ke laut Telok Chimpedak, drop by my pondok, bawak your handkerchief or box of tissues.
Best regards,
Lee.

che mid berkata...

Cantik je susunan ayat aziela. Tentu aziela seorang yang tenang dan cool. Tak macam CM, gabrul je ha ha..

Tentang bincang soalan lepas exam, fikiran anak masih lagi terikat pada exam paper tu. Jadi tentulah mereka nak bercakap pasal tu. Cuma kita kena pastikan mood mereka tu tak menurun dan betul2 bersedia untuk paper seterusnya.

Jom baca entri baru I..pasal tak jadi kawen he he

zoul dahan™ berkata...

Lama tak baca coretan Aziela di sini.
Satu pengalaman yg sangat menarik.

Saya pun tengah pening dengan anak yg nak ambil PT3 bulan depan.
Semua subjek susah katanya.
Langsung tak konfident.
Tak macam masa UPSR.


Kakzakie Purvit berkata...

Setiap ibu-bapa punya misi dan cara masing-masing dalam mendidik anak mereka Ziela. Semua mahu anak berjaya. Kalau masih tak tercapai itu atas kehendakNya juga.

aiman mania berkata...

besarnya pengorbanan seorg ibu sanggup berulang alik semata2 nak teman anak belajar...moga anak akak dapat keputusan cemerlang ..amin ......^^

adianiez AIDA berkata...

alhamdulillah.
tahniah.
aida pun in shaa Allah akan buat sehabis baik utk anak2 bertiga tu.