Alhamdulillah, selamat sudah kita semua menempuh Ramadhan dan Syawal. Dah habis Syawal, baru saya nak kongsi kisah2 Syawal kami. Kononnya nak kumpul semua gambar2 dan kisah2 Syawal...boleh cerita berjela dalam satu entry...tapi nan hado. Tetap sikit kisahnya...gambarnya pun ciput jer. Well...jadilah daripada tak ada kan....
Alhamdulillah, tahun ni saya berkesempatan berhari raya di pagi raya dengan keluarga di Port Dickson selepas beberapa tahun spend time di Melaka. Syukur adik beradik ipar semuanya memahami selepas saya request dari mereka.
Tapi bila raya di PD, memang busy sangatlah. Petang mantai, saya bantu mak sediakan bahan untuk masak sambal goreng jawa style kami di PD ni. Bahan2nya memang banyak dan sebahagiannya perlu digoreng dulu seperti tauhu dan tempe.
Sekuali besar
Sambal goreng kami ni, tak letak suhun dan kicap seperti sambal goreng jawa biasa Di kampung saya ni, sambal gorengnya ada tauhu, tempe, babat hitam (perut lembu macam tuala tu), hati dan pedal ayam, udang dan juga bahan2 tumis lain seperti cili besar hiris, bawabg, halia dan juga akhir sekali santan pekat. Nanti lah kalau ada masa saya buat entry tentang resipi sambal goreng kami ni.
Makan dengan ketupat palas yang dibawa oleh adik ipar, rendang dan simbah dengan kuah kacang.
Tgh hari tu kami bergegas balik melaka. Itupun sempat juga selesai beraya di 3 buah daripada 5 buah rumah wajib. Semuanya rumah pakcik makcik saya di kampung tu juga.
Anyway, baru 5 minit di rumah Mami, seppupu hubby 2 beradik sampai dengan keluarga masing2. Alhamdulillah, terasa juga meriahnya.
Selepas hari itu, saya dan hubby dah sangat sibuk dengan kerja. Hubby pula kebetulannya dah mula bekerja dengan syarikat lain di Nilai. Maka secara mudahnya kami sekarang tinggal di PD bersama mak ayah saya. Again.....hanya dapat jenguk rumah Melaka pada hujung minggu saja.
Oleh itu, bila saudara mara dah beberapa kali tanya bila yg kami akan ada dirumah untuk mereka dtg beraya, kami terus pilih sabtu minggu ketiga. Saya bukan buat open house. Sekadar jemput saudara mara merapatkan ukhuwah.
Dengan kesibukan kami, memang saya tak masak pun. Beli saja.
Nasi ayam satu tyb penuh dan satu periuk..
Nasi ayam ni habis licin lincau malam tu. Suka saya. Lagipun, menu tak banyak.... hehehe. Dah alang2 berkumpul sekeluarga, saya berhajat untuk adakan tahlil ringkas untuk arwah2. Maghrib hari tu, diimamkan oleh Adam. Alhamdulillah...ramai. Rezeki kami murah malam tu.
Selain dr itu Mommy pun bawa dishes juga. Mee hoon goreng yang sedap, puding karamel dan pengat pisang.
Pengat pisang marveles.
Menu sangat sedikit, tapi Alhamdulillah semuanya habis dan sedap. Tapi saya beritahu hubby, nxt year kalau nak buat lagi saya kibar bendera putih awal2. Sila order saja dari katerer. Penatnya ya rabbi....dengan tenaga yg semakin menyusut ni, memang saya terus terang mengalah.
Mak Su saya dan adik bongsu saya dengan baby in the house. Aiman yang baru 3 bulan.
Oh, mengapa saya pilih tarikh itu? Sebab 2 hari sebelumnya ialah birthday hubby dan minggu tu, minggu Adam boleh balik bermalam bersama keluarga.
Surprise birthday kek utk hubby...and he loved it. Pun just nice for everybody.
Dah malam masa ni. Masing2 makan beround2. Selesa sebab dlm lingkungan keluarga sendiri. Keluarga saya dan hubby.
Walaupun simple, walaupun sekadar biasa2, saya tetap gembira kerana rumah kami bersinar dengan ukhuwah.
Alhamdulillah....
.
6 thoughts..
pengat pisang tu nampak sedap sangat
hihihi.. masak nasi aje pun penat kan Ziela... betullah.. akk pun sekarang dah tak brp larat nak ambil tempahan mcm dulu.. mmg faktor usia tu
meriahnyerr., inikanraya ;p
Issh..bila la nak jumpa ni. Raya aji ok tak...
oh ya, entri pasal abah dah ready, pi singgah umah ya..
Alhamdulilah adoi sedapnya makanan semua.
Beli takpa yang penting sedap.
Wanita dikecam kerana Jerawat
seronoknya berhari raya..kemain menyelerakan makanan tuh ..hohohoohh...
klik klik nuff dia..jemput sggh ke blog saya ^^
kalau ada iklan menari2 klik lah ..hohoohohh :)
Catat Ulasan