Ini kisah lama...
InsyaAllah, saya akan cuba update apa yang dah tertinggal sebelum2 ini. Tapi besar kemungkinan tak mengikut turutan.
Ini kejadian beberapa bulan yang lepas. Kebetulan, memang waktu sekolah Adam untuk pulang bermalam. Dua hari sebelum tu, saya call dia macam biasa untuk sembang2, tapi dia tengah tak larat. Rupa2nya ciri birit. Tapi dah pergi klinik, warden dah bawa katanya. So, dia rehat di sick bay asrama saja.
Esoknya, dia muntah2 pula. Sementara tunggu kami dating fetch dia untuk balik rumah. Jumaat petang tu Nampak dia dah ok sikit. Malam tu saya bawa dia keluar makan. Nak makan roti canai jer katanya...dah lama tak makan. Ok lah..sebab tak pedas dan berempah, saya layankan juga...
Tapi bila balik rumah, dia mula berulang alik ke toilet semula. Pukul 4.00 pagi dia dah lembik. Saya dah runsing. Ambilkan air...minum setengah cawan, muntah semula. Sapu minyak angina, picit2kan kepala dia. Aduhh...luluh jiwa tengok dia mcm tu,
Nak bawa ke hospital mlm tu, tak sampai hati nak kejutkan hubby. Hubby balik lewat...kerja banyak sangat. Esoknya kena masuk meeting pula walaupun weekend. Tersepit saya antara jadi ibu dan isteri.
Tapi Adam bertahan juga. Esoknya lepas subuh, saya baru perasan suhu badannya dan tinggi. Demam...!
Saya suruh dia siap untuk ke hospital. Packing baju dengan kelengkapan ke hospital mcm toiletteries, pinggan dan sudu garfu, sweater, baju 3 pasang dan bantal kecil.
Tapi, nak keluar rumah pun lambat sebab dia takut dia tercirit dalam kereta. Asyik ulang alik ke toilet jer.
Pergi ke Mahkota. Tanya kat kaunter, nak pergi doctor mana...terus naik. Doktor kata memang Adam dah dehydrate teruk dah. Ada kuman dalam ususnya dah ni, kata doctor. As predicted, admitlah kan...
Mama jer lah yang teman di hospital. Kena masuk air..bagi dia rehat. Ubat banyak. Dia tak lalu makan, tapi pujuk juga dia makan sup dan roti. Kalau tak makan, nanti gastrik pula. Lepas makan dan ubat, dia terus tidur. Kejap2 saya check suhu dia. Mujurlah dapat single room. Dapat juga saya berehat selesa sedikit.
Petang tu dia dah getting better. Terus dia bangun untuk siapkan homework. Lagipun exam menjelang tiba. Sedih tengok dia sakit2, tapi buka juga buku. Bangga pun ada juga. My son has grown up...sobsss. Independent. Kalau nak pergi toilet, dia buka drip dia sendiri. Dia suruh nurse tolong ajar sebab kesian tengok nurse dengan mama dia kejap2 datang buka drip, pasang drip.
Bila penat, dia tidur semula. 2 malam dok hospital. Alhamdulillah, cepat sembuhnya...
Once a while, memang ada hiccups dalam menjalani kehidupan. Ini antara dugaan kami. Lagipun, papanya busy kerja. Saya suruh hubby teruskan kerja sebab saya masih boleh handle.
Ting tong ting tong, dah nak hujung tahun. Setahun ni, cepat sungguh masa berlalu. Begitulah usia kita yang semakin meningkat kan...
.
.
9 thoughts..
semakin cepat masa berlalu
Begitulah kalau dikatakan kehidupan tak adanya semuanya lancar hatta sebaik manapun kita cuba susun-atur sebab kita ni sebenarnya tak ada apa pun. Semua atas qudroh dan irodahNya..
Assalam.. apa khabar Ziela?
Terkejut baca tajuk.. rupanya cerita lama semasa lama menyepi.. tentunya Adam dah sembuh dan spt biasa kan.
Ziela masih kerja lagi???
saat mendebarkan dalam keadaan tersepit kan kak..alhamdulillah semoga dipermudahkan semuanya..alhamdulillah anak pun dah makin sihat. semoga terus sihat-sihat aje semua org kak..
Tabahnya Mummy Adam ni.... :) Kagum sungguh Wa bila baca cerita ni
Alhamdulillah Adam semakin baik.
Risau bila anak2 tak sihat ni.
Moga akak dan en. suami juga sihat hendakNYA.
mujur dah sihat ye kak... mmg kejap je masa berlalu... rasa tak sempat nak buat semua benda...
lemah betul bila anak2 masuk spital, kak.
risau rasa hati.
good la Adam. walaupun sakit, masih ingat keje skola. alhamdulillah :)
Betullah tu Aziela....selagi boleh handle kalau boleh mmg tak payahlah nak menyusahkan hubby. Kita pun paham keje dia mcm mana...
Rajin Adam ni, sakit sakit pun tetap buat keje sekolah
Catat Ulasan