Dugaan Itu Amat Perit..

12 comments
Assalamualaikum.....



sambungan dari entry sebelum ini.....



Saya berlari ke arah Ida bila dengar dia panggil saya. Adik lelaki saya terus lari masuk ke ICU. Saya dapatkan Ida yang dah terjelepok longlai sambil meratap menutup mukanya dengan tangan.

Saya berdebar-debar....

Kenapa?

Kritikal kah?

Nak kena transfer hospital kah?

Apaa....?

"Ida, kenapa? Doktor cakap apa? Apa yang jadi?" saya tanya bertubi2.

Ida pandang saya dengan tangan masih menekup separuh mukanya sambil menggeleng2 kepala.

NO...!!

Saya nafikan dalam hati...

"Apa? Tak faham.... Man kenapa?", saya bertanya lagi...

Ida jawab dalam suara yang tersepit : "Dia dah tak ada Long.... "

ALLAHU AKBAR....

Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Roji'un...


Anak ini tak faham apa2. Dia hanya memandang ibunya dan Mak Longnya ini yang menangis...

Hibanya hati saya memandang Danish. Sambil teresak, saya kata pada Danish :

"Danish, abah dah tak ada. Danish anak lelaki..anak sulung. Lepas ni tanggungjawab Danish jaga ibu, jaga adik ya..."

Dia memang tak faham. Umurnya baru 2 tahun 9 bulan. Tapi dia mengangguk, menatap saya dan duduk diam terpaku di kerusi itu dengan tangannya masih ada IV drip.

Saya tak tahu nak buat apa. Nak masuk dalam ICU dan dapatkan penerangan dan penjelasan, tapi Danish tiada siapa yang jaga...

Selang seminit, keluar dua orang nurse pelatih, menawarkan diri untuk menjaga anak kecil ini sementara kami semua masuk ke ICU...

Dan di situ, saya tak akan lupakan pemandangan itu.

Tubuh yang terbujur kaku, masih sedang di usahakan untuk di beri CPR oleh petugas2 ICU. Mereka bergilir2. Ada 2 pasukan CPR. Namun akhirnya, depan kami, usaha itu dihentikan. Mereka mula membuka semua wire dan saluran getah pernafasan arwah.

Dan di situ, Ida memeluk arwah suaminya dengan tenang, mendakap dan meletakkan pipinya di dada sang suami sambil tangan memeluk erat tubuh yang kaku...cuba untuk menerima hakikat.

Jumpa dengan doctor, saya mohon supaya diteruskan. Marilah doctor, kita cuba lagi. Tapi hampa. Doktor hanya geleng2 kepala....

Kata doctor, dah satu jam mereka usahakan CPR, tapi he didn't come back. He went peacefully, doctor kata. I am sorry... Doktor pun kecewa.

"So, what happened, Doc? He's my brother, " saya kata dalam esak yang tertahan. Walaupun arwah ialah adik ipar, tapi kasih saya sama seperti adik kandung saya sendiri.

Penjelasan doctor : Terdapat satu ketulan darah beku yang tersangkut di saluran darah dan pernafasan di antara paru2 dan jantung. Darah beku tu dah melepasi paru2, tapi tak berjaya melepasi jantung. So, darah tak dapat di pam oleh jantung, dan tiada oksigen terhasil. Slowly, jantung berhenti dan itulah pengakhirannya.

Adik ipar saya seorang yang menjaga kesihatannya. Dia selalu exercise, tidak merokok dan mengawal pemakanannya. Tiada kencing manis, darah tinggi dan kolesterolnya pun ok cantik.

Saya tanya, dari mana darah beku tu datang? Doktor jelaskan, ia mungkin dari luka lama di mana2 bahagian badan, dan dari saiz kecil, ianya berjalan bersama darah biasa ke seluruh badan. Dari saiz kecil, dia accumulate darah2 beku kecil yang lain, snowballed into bigger size and stuck there. Proses ini memakan masa bertahun2 lamanya.

Allah..itu ketentuan dari Ilahi... Tiada sebab kalau dah itu ajalnya.

Dugaan ini sangat perit.

Saya cuba bantu apa yang boleh....cuba cari van jenazah...

Saya dan adik lelaki tak nak beritahu mak ayah sebab takut ayah terperanjat kerana ayah sedang drive yang ketika itu mak ayah dalam perjalanan ke hospital.

Mak cik2 saya kebetulan tiba di hospital bersama senyuman sebab tak tahu apa yang terjadi. Mereka datang untuk melawat Danish.

Bila saya peluk makcik sambil menangis, dia pelik. Kenapa? Matanya memandang Danish yang terkebil2 memandang kami. Anak ini ok jer..kenapa menangis, agaknya itu yang di fikirkan.

Saya hanya boleh sebut Man, dan menggawangkan tangan menandakan tiada. Tapi mereka tak faham. Apa? Tanya mereka.

 Saya kata : He's gone...

Dan kami mulalah menangis disitu... Dan selepas itu, semua orang telefon sana dan sini untuk memberitahu. Dalam pada itu, ibu arwah pula tiba dengan adik beradik arwah...juga untuk melawat Danish...

Dan semua orang terkejut dan menangis...

Dalam pada itu, sementara pihak hospital menguruskan jenazah, kami kena tahu di mana mahu dikebumikan jenazah.

Dan Ida, dalam esak tangisnya, memohon kebenaran dari keluarga mentuanya untuk membawa jenazah ke kampong kami di Port Dickson untuk dikebumikan. Mereka dengan murah hati memberi izin. Bawalah...kata mereka... Tahu betapa dalamnya cinta Ida kepada suaminya... Mereka baru 5 tahun berkahwin. Sedang asyik menyulam cinta, membina bahagia..

Dan saya pula segera balik ke PD, menyiapkan rumah untuk menguruskan jenazah. Angkat kerusi, bentang tilam, siapkan kain batik lepas, sediakan air untuk mandikan jenazah dan berbagai2 lagi. Hubby pula terus ke Kuala Klawang untuk menjemput Adam pulang.

Saya mohon kebenaran dari guru homeroom Adam, tapi dia tak benarkan. Allah...sampainya hati tak benarkan anak saya menatap jenazah Pak Cu nya untuk kali terakhir. Tapi ada ibu kawan Adam PM saya, beri nombor telefon Pengetua sekolah. Saya telefon dan mohon kebenaran. Pengetua suruh datang terus ke sekolah dan ambil Adam bawa pulang. Allah...terima kasih Tuan Haji. Semoga Tuan Haji diberkati Allah...

Jadi, hubby ambil Adam dan saya minta hubby beli sekali lauk pauk bungkus untuk kami mengalas perut dalam urusan jenazah.

Mak ayah pula, ambil adik Danish di rumah Pengasuh yang mana usia si kecil, genap setahun selepas 2 hari pemergian abahnya.

Alhamdulillah, jenazah dikebumikan selepas Asar....

Satu kejutan kepada semuaaaaa yang mengenali arwah kerana tiada khabar yang beliau sakit, tiba2 saja dipanggil mengadap Ilahi.

Daripada masa arwah turun lif dan sakit dada, sehingga ke nafasnya yang terakhir, segalanya berlaku dalam tempoh 2 jam sahaja.
 Betapalah kekuasaan Allah. Ajal maut itu rahsia Allah....

Allahu Akbar.


Al-Fatihah...

Dan peristiwa ini berlaku selepas 3 hari adik perempuan saya bernikah, dan 4 hari sebelum adik ipar saya berkahwin.

Kerja?

Pada masa itu saya tak nak fikir tentang ofis...


.






Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

12 thoughts..

kakrose berkata...

alfatihah..

aizamia3 berkata...

Kak.. sedihnya saya baca kisah ni kak.. dalam masa dua jam.. dua jam. Sedih tengok wajah Danish. Allahuakbar.. Kuatkanlah hati isteri arwah dan berikan mereka kekuatan dan kesihatan dalam menjalani rutin harian. Tabahkanlah hati mereka. Takziah buat mereka sekeluarga kak.
Al-Fatihah buat arwah.

Tanpa Nama berkata...

Salam
Ujian yang tidak disangka.
Didoakan semoga adok azie dapatak menguatkan semangat nya. Membesarkan anak tanpa suami.
Takziah buat adik azi dan azie sekeluarga. Word cannot be enough to express the sympathy. Semoga Allah set mengampuni,merahmati serta melapangkan kubur arwah.
Amin.

Eray Majid berkata...

Allahu...memang benarlah janji Allah, ajal tak lambat atau cepat walau sesaat. moga awah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. moga Allah ampunkan segala dosa2nya.

pB berkata...

Innalillah ....

kematian yang datang mengejut lebih perit dari kematian akibat sakit lama ...

Arysa Nasir berkata...

Allahu...
salam takziah untuk keluarga...
mengalir airmata saya...
dapat merasainya walau pasti perasaannya tak akan pernah serupa...

Fazleyatul Aini berkata...

slam takziah. dah janjinya.. semoga arwah ditempatkan dikalangan yg beriman

Lee berkata...

Hi Aziela, just dropped by say hello. How you doin'? Sorry unable to reply to your posting, but my bahasa suda out of tune.
You have a great week, keep well.
Lee.

Kakzakie Purvit berkata...

Innalillah... sungguh kakak dpt rasa apa yg dirasa. Airmata kakak luruh sama tapi itu kehendak Allah. Kena redha. Al-fatihah..

Terima kasih titip doa buat almarhum bapak kakak.

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Allahu Akbar!!!!
(Speechless)

Innalillahiwainnailaihirojiuuuunnnn.. salam takziah buat seluruh keluarga

Jepun Mari berkata...

Innalillahiwainnailaihirojiuuuunnnn..
SALAM TAKZIAH,sedih mengenangkan anak kecil yg tak tahu apa2

Rozita Ceritaita berkata...

maaf kak baru dapat singgah untuk baca berita sedih ni.. salam takziah untuk akak sekeluarga... semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah hendaknya... amin...