Sambungan dari entry sebelum ini....
Ketika sepupu saya melangsungkan pernikahan di Sungai Buluh, anak buah saya pula dimasukkan kehospital kerana jangkitan paru-paru setelah seminggu demamnya tak kebah. Kami bertambah risau...nak menjalankan kenduri si adik, dan adik yang seorang lagi pula anaknya di hospital. Admit di KPJ Seremban.
Tapi syukurlah pada hari majlis adik saya berlangsung, doctor benarkan anak buah saya ni dibawa keluar sekejap.
Maka, glemerlah Danish di kenduri kahwin makciknya kerana tangannya masih berbalut sebab masih ada IV line untuk drip. Ibu Danish ialah adik pengantin, yang mana adik bongsu saya. Bertugas sebagai seorang guru. Bapanya, mempunyai perniagaan sendiri..kecil-kecilan. Alhamdulillah, selesa mereka sekeluarga.
Isnin, selepas kenduri kahwin pada hari Ahad, kami berkemas di PD. Saya pula bergegas ke Melaka untuk bantu persiapan untuk adik ipar pula. Di Melaka, Mommy betul2 harapkan saya dan hubby. Arwah Ba dah pergi..pengantin pula belum balik Melaka. Saudara mara sebelah Ba, dah tak larat juga dan jauh2 semuanya....jadi kami tak nak susahkan mereka. Sebelah Mommy, semuanya berbangsa Cina. Itupun mereka datang juga bertanya, apa yang nak dibantu. Tapi tak lah kami minta bantuan mereka tu. Jadi, betul2 Mami, saya dan hubby serta Firdaus dan Adam. Adam pula dah dihantar ke asrama lebih awal untuk dia berehat.
So, Selasa pula, saya dan hubby pergi kerja. Kerja sebelum mula bercuti pada hari Khamis berikutnya sehingga minggu hadapannya untuk majlis adik ipar. Since kereta saya di PD, maka pagi tu saya hantar hubby ke Nilai dulu dan lepas tu ke ofis saya pula di PD.
Dalam pukul 10.00 pagi, mak saya call. Dia tanya, ada tak adik bongsu saya call? Saya kata tak ada. Saya dah berdebak debuk. Danish kah? Anak kecil itu masih belum beransur baikkah?
Mak kata, adik bongsu saya beritahu, suaminya jatuh di KPJ tu. Mak pula tunggu ayah balik rumah sebab ayah pergi pasar. Mak tinggal di rumah terpaksa tunggu ayah. Ayah pula tak bawa handphone.
Saya tak sedap hati. Saya terus ambil cuti kecemasan dan segera bergerak ke KPJ Seremban. Call adik lelaki saya, minta datang ke hospital untuk temankan adik bongsu saya, Ida. Adik yang baru berkahwin, dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk kenduri di sebelah sana pula. Mereka hanya adakan kenduri di kalangan keluarga mereka saja.
Tiba di KPJ, saya call Ida, ada di mana? Katanya di ICU... ALLAHU.....
Kenapa di ICU? Jatuh macam mana?
Tiba di ruang menunggu ICU, Ida terus tinggalkan saya untuk jaga Danish sementara dia masuk ke dalam untuk berjumpa doctor. Tak lama kemudian, dia keluar semula. Saya tanya apa kisahnya?
Rupanya, suaminya bukanlah jatuh. Suaminya tidur di wad Danish malam sebelumnya. Menjaga anak itu. Sementara itu, Ida di rumah dengan baby kecil yang baru nak mencecah usia setahun ketika itu. Paginya, Ida hantar baby tu ke rumah pengasuh, dan bergegas ke KPJ untuk gantikan suaminya di wad Danish.
Adik ipar saya ni ada business appointment di officenya. Jadi, rakan kongsi adik ipar saya iaitu abangnya sendiri fetch dia di hospital. Jadi, selepas bersiap di wad Danish, dia terus turun dengan lif kerana abangnya dah sampai. Tapi, di dalam lif, entah kenapa terasa dadanya sakit. Keluar dari lif, dia duduk sebentar di kerusi di lobby KPJ sambil cuba bertenang.
Kebetulan, sisters dan matron baru selesai mesyuarat dan nampak beliau duduk sambal memegang dada. Bila di tanya kenapa, katanya dadanya sakit. Jadi, mereka bawa wheelchair dan tolak adik ipar saya ke emergency room yang beberapa langkah saja dari situ. Adik ipar saya terus diperiksa, ct scan dan kelam kabut di tolak ke ICU.
Doktor kata something wrong dengan salur pernafasan beliau...Allahu Akbar.
Jadi, sambil menunggu di ICU, saya dan Ida bacakan surah Yaasin untuk keadaan kembali baik. Tak lama kemudian, adik lelaki saya tiba. Maka, 3 beradiklah kami di situ.
Dalam 5 minit kemudian, nurse datang. Katanya doctor nak jumpa Ida. Ok lah... Saya dan Ida dah bincang....kalau perlu masuk balloon, buat by pass....ok kan jer. Lagipun saya dah tolong confirmkan insurance coveragenya...Insya Allah tak ada masalah. And agent insurance tu pun bergegas juga bertolak untuk datang ke hospital.
Jadi, Ida masuk ICU dengan persedian untuk memberikan kebenaran operation atau apa2 saja...sekiranya diperlukan.
Tak lama kemudian, Ida berlari keluar ke arah saya...sambil memanggil saya. Saya berlari dapatkannya....
Kenapa.....?
Bersambung.......
.
5 thoughts..
dugaan kan kak. apa sambungan nya tu. harap2 takde apa lah
Ya Allah..
Cemas akak membacanya ziela..
Semoga adik ipar segera sembuh dan tiada yg serious..
alamak.. penuh debaran entry Ziela kali ni. Harap semuanya baik2 shaja... risau plak nak tggu sambungannya
Alaaa,tgh best baca ade plak sambungannye.... semoga semuanya baik2 belaka ye...;-)
Allahuakbar.. berdebar-debar saya.. (sanggup baca yang ni dulu sebelum baca entry terkini)
Catat Ulasan