Akhirnya Tiba di Sik

4 comments
Assalamualaikum.....

Allah...baru saya perasan...rupa2nya saya masih belum sambung lagi trip ke Sik kami.

Lepas makan di Tasik Raban, kami teruskan perjalanan.

Ini keadaan masa selepas tol Ipoh tu.  Bukan main stuck lagi...tak bergerak. Tu yang kami terpaksa melencong ke jalan lama tu.


Berpandukan waze dan google, dapatlah kami tiba di Sik. Ternampak replica MH370 di depan halaman rumah seorang penduduk. Bagus betul semangatnya kan..


Dan akhirnya, saya dengan mak yang dah hamper 20 tahun saya tak jumpa. Alhamdulillah. Dapat minum sama2, dapat sembang sama. Tapi tak boleh lama sebab itu hanyalah cuti hujung minggu. Saya cuma nak menziarahi mereka sahaja...mohon ampun dan maaf serta merapatkan semula ukhuwah. Kami disitu untuk 2 jam saja. Kemudiannya, terus bertolak pulang.

Sangat letih, tapi Alhamdulillah tercapai juga hasrat saya nak bawa anak dan suami untuk diperkenalkan kepada mereka. Hubby seronok...Adam pun seronok. Alhamdulillah.

Kami plan, kena cari masa untuk spend more days dengan mak dan ayah di Sik. Kena kumpul cuti, kena plan macam2. Semoga dipermudahkan...Amiin,

Alhamdulillah, habis dah kisah kami ke Sik.


.

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

4 thoughts..

che mid berkata...

Assalamualaikum Aziela sayang

Selamat hari raya maaf zahir bathin. Seronoknya ke Sik, tapi sekejap sangat la pulak ya. Insyaallah lain kali berziarah lagi.

Eray Majid berkata...

moga akan dapat lebih masa bersama keluarga tersayang

aizamia3 berkata...

Walau cuti tak lama tapi sekurang-kurangnya dapat juga berjumpa. Pasti moment tersebut akan diingati oleh mak di Sik.. ;)

OKje berkata...

Tasik Raban ni mcm femes jee. Selalu jugak dengar.
Mak angkat ye Aziela