Haih...sekejap jer dah hari Jumaat kan. Saya pula masih x sihat. Dah 2 minggu tak kerja. Last week warded sebab ada infection under skin di keting kaki sebab terjatuh di tangga pejabat. Nak cepat sangat sebab banyak yg nak dikejar, sampai tersadung di tangga. Tak luka pun. Tapi malamnya saya sampai x boleh tidur sebab sakit sangat. Esoknya terus bengkak dan bengkak dan akhirnya sampai demam. Maka bertapa lah saya dalam hospital seminggu.
Anyway, meh cerita pasal birthday Adam last year. Bulan Jun masa tu. Hubby belanja besar utk anaknya. Kami dinner di Genn Restaurant di Grand Lexis P. Dickson.
Haih...sayang benar kat anaknya yg seketul ni. Kalau ikutkan saya, makan2 kat ikan bakar jer. Tapi hubby kesian. Anaknya dah la duduk asrama... jarang ada dengan kami. So, belanja lah apa yg dia suka. Adam mmg suka sangat Japanese food walau dia x pernah jejak kaki ke Jepun pun.
Inilah Adam dgn tersenyum simpulnya. Chef siapkan sepotong kek utk dia...buat syarat. Kami x beli birthday cake sbb Adam x suka and tak ramai yg suka dlm family. Selalunya membazir jer..dok beku dalam peti ais sbb tak ada sambutan.
Restoran ni, kami baru discover sejak2 saya mula kerja di PD. Hubby suka. Approved dengan kualiti hidangan dan layanannya. Chefnya pula sangatlah friendly dan baik. Selalunya dia akan tanya komen tentang dishes selepas kami makan. Profesional...bersedia utk improve. Anyway, nanti saya buat entry khas lah untuk restoran ni.
So, utk majlis Adam ni, lepas dapat persetujuan dari family kami di PD, saya dan hubby terus datang dan berbincang dgn chef utk perancangan menu. Disebabkan resto ni hanya ala carte menu jer, kena lah kami buat persediaan sikit. Lebih kurang 13 orang yang hadir. So plan menu apa yg keluar dulu. Second round, third round and dessert.
Of course kena ada sushi. Ini soft shell crab sushi. Sedapnya...Masya Allah... Sushi yang lembut dan mampat. Crab yang rangup diluar dan sangat berkrim isinya. Dihidangkan dengan sos mayo yang light saja. Ini..starter dulu. Kasi warm up.
Adam bahagia dengan adik2 sepupunya. Dia suka children, tapi tak ada adik. Mujurlah ada sepupu2 yang kecik2 lagi.
Antara main dish...of course lah sashimi kan. Ini, sashimi perut salmon. Feveret kami sekeluarga sepanjang masa.
Selain daripada ini, ada juga hidangan nasi goreng garlic dan seafood berserta dengan beberapa menu lain.
Antara yg dapat sambutan ialah grilled roll beef. Kepingan nipis daging yang juicy, membaluti sayur sayuran dan dihidangkan dengan salad dan bawang putih goreng yang sangat rangup. Makan pula dengan seafood fried rice ataupun salmon fried rice dia. Subhanallah...sedap yang amat.
Last but not least, mestilah mama nak mengabadikan kenangan bersama anak tersayang kan.
Tahun ni, tahun gawat. So, tahun ni Insya Allah mama nak gigih memasak. Kalau larat, hidangan set dinner lengkap. Kalau tak larat, makan lempeng cicah sambal sardin yo lah...hahaha.
Oh...ada yang nak datang PD? Cubalah singgah resto ni. Di Grand Lexis hotel ya...bukan Lexis Hotel. Nanti tersalah pula. Dah la dedua hotel ni sebelah menyebelah. Pergi tkt 3 untuk resto ni. Nama chef ialah Chef Hosaini... sangat friendly with vast international experience but yet so humble.
So guys...enjoy your weekend...
9 thoughts..
Semoga Adam mampu menjadi anak soleh dan merealisasikan impian mama/daddy.
Mama/daddy akan buat apa juga demi Adam begitulah bila dah jadi parents.
wahhh special sgt sambutan utk adam kak....menu tu yg buat special..seronok adam...boleh geng dgn aunty nie suke gile2 sushi.... aunty suke pi sushi zanmai jek sbb sedap2 sushinyer...udon pun sedap2.....
moga adam sentiasa sihat dan diberkati Allah taala...happy birthday adam....
Sanah helwah habiby (belated)..
Semoga seiring dengan bertambah usia.. bertambah keimanan selain dari Allah jaga & kurnia dengan limpahan kesihatan yang baik.. dipermudahkan setiap urusan.. dilapangkan akal fikiran dalam menuntut ilmu dan akhir sekali semoga menjadi anak yang soleh..
Ameennn..
Hepy besday Adam... sedap n special jer juadah2nyer..
salam aziela
dah besar panjang adam tu ..
PT3 tahun ni .. sama dgn hero aby farish
apapun hepi besday utk adam tu yer
Assalamualaikum, Adam.. Belated Happy Birthday buatmu.. hihihi. Semoga panjang umur, diberi kesihatan yg baik dan berjaya dlm kerjaya Adam nanti.
Wahhh.. memang special betul utk Adam ni, akk ingatkan pi mkn tiga beranak aje.
Dalam family akk plak, kek birthday mesti beli sebiji yg besar sbb semua org suka mkn kek. Biasanya tak habis terus, cuma suku jer yg habis pd hari majlis, lps tu kami bahagi2 utk bawa pi sek, pi ofis, utk simpan sikit mkn mlm2, mmg licin la, tak pernah membazir, hehehe.
Happy birthday Adam..
suka japanese food ye.. sama mcm bang luqman..
suka sesangat.
dah lain rupa Adam...makin hensem...hihi
Assalamualaikum Kak Aziela,
Besar dah Adam.. Semoga Adam terus maju jaya.. :-)
Catat Ulasan