Ketam dan Udang Tg Langsat

7 comments
Assalamualaikum.....


Ini kisah yang dah basi juga lagi ni...

Masa ni ikut hubby outstation ke Pasir Gudang.

Oh, untuk pengetahuan, hubby saya dah berhenti kerja. Dia sangat tertekan dengan komitmen kerja. Dah beberapa bulan sebenarnya. Dia dalam proses untuk mencuba cabang rezeki yang baru, iaitu perniagaan. Itu, nanti lah saya ceritakan ya...

So, lepas kerja, hubby belanja saya makan di Tg Langsat. Ini kali pertama kami ke sini lepas google sana sini.

Ada ketam masak cili yang sedap katanya. Ok jom try....


Nampak macam kering jer kan. Tapi Masya Allah....sedapnyaaa ketam ni. Saya makan semata2 dengan nasi putih saja. Memang sangat puas hati. Isi ketam lembut, juicy dan manis, tanda ketam masih segar. Salutan cilinya terasa pedas tetapi sedap. Bukan pedas yang menggigit tali perut tu. Memang kami masuk list untuk datang lagi.

Hubby order mee bandung udang.
Tak sedap!

Muka senyum sebab kena paksa. Dah order, makan jer lah. Udangnya tak fresh dan kuahnya jadi terjangkit dengan air udang yang dah tak fresh. Sila cernakan sendiri....


Yang penting, ketam bercili dia sodap...

.

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

7 thoughts..

SalbiahM berkata...

kedai ni patut fokus masak ketam je kot pada pandangan saya.ewah, macamlah pernah pergi. haha. memang stress kalau order tapi tak sedap.nak nangis makan

Anum berkata...

power :) nyum2

adda syuhada berkata...

sedapnya ketam...

Hsna Rahman berkata...

yee saya dapat cerna dgn baik dan boleh bayang caner rasa dan baunya... agak geram jugak tuh

lieyalatif berkata...

nampak mee bandugn die mcm sedap je kak...pekat...rupenye kureng kak yek....takpe laa at least kite tau dah ape yg tak okey, ape yg okey kat situ kan...

ketam die betul nampak menarik kak...sedap kokak tu....

in sha Allah kak...moga segala urusan dan perancangan husben akak dipermudahkan dan dimurahkan rezeki...

Nisa berkata...

Aww kesian hubby. Bukan rezqi dia untuk dapatkan mee bandung yang sedap. Boleh try lagi kot nanti. Kalau ketam dah sedap, mungkin mee bandungnya juga sedap. Cuma tak bernasib baik je hari tu.

Unknown berkata...

Zila! Tak roger kite pon dah sampai jb. Mmg terbaik ketam tg langsat!