Assalamualaikum and greetings for all..

The above picture is portraying my General Manager, Mr Karim in his white hair and our company's owner Mr Fauzi.

Our GM, being very fair and white hair, does looks like an Englishman. At first I thought woaaa...can I really speak in a neat polished English with him? And when we were introduced, oh..he speaks Malay! Orang Melayu la....hahaha

And later I found that his mother is an English lady, from England. So yes, he's half Malay.

He is the most understanding, caring and wise GM ever. He would blend himself with staffs of all levels and try to get to know them, their personal life, their work life and find ways to make sure that the company is moving on and increased the performance. In the way that is acceptable by the whole family.

And suddenly he decided to go for early retirement.

It was an emotional party. It was not a happy and fun environment. In facts it was filled with tears, sobbings and reminiscing the memories. He was not just a GM, but he was almost like a father in our organization family.

To Mr Karim Johari,

May all your through out life will be filled with happiness, decorated with beautiful smiles and hugged you with love.

We wish all the beautiful dreams and wishes and du's for you and family,

Good bye, sir.



.


Read More
Assalamualaikum..

Cuti sehari Deepavali tapi cuti sekolah seminggu. Bolehlah buat family gathering kejap. Yg mana dekat2 jer.

Menu lunch kami... Mommy yang masak. Meriah juga la kami.


Ada masak lemak telur itik. Hubby ada urusan di ladang ternakan ayam dan itik. So hubby beli telur itik ladang tu. Satu papan. Puas kami makan.

Kemudian ada sup ayam kampung untuk anak2 kenit. Suka la budak2 dapat makan sup ayam. Pula tu sup tu ada macam2 isi. Ada kentang, lobak merah, batang celery, ada daun sup..ditabur pula dengan bawang goreng. Hmmm memang sedap dan harum.

Ada juga asam pedas daging campur tetel. Allah...sedap sungguh. Kuahnya mommy masak pekat sijit. Daging pula bukan main lembut lagi. Ada pula bau wangi dan rasa masam2 sikit dr daun limau purut. Memang puas hati dapat makan...

Last but not least... pucuk keledek tumis bawang putih. Perghh...memang pelengkap hidangan pucuk keledek ni.

Hmmm..terasa2 lagi sedapnya semua masakan mommy ni.

And you all masak menu apa masa cuti?



.
Read More
Assalamualaikum...

Hai...kadang-kadang pening kepala kan bila nak.memasak untuk keluarga. Apa la yang boleh kita godekkan. Kalau barang mentah penuh dalam stok, kita dah rambang mental nak pilih menu. Kalau tak ada syok..lagi la pening sebab kena jadi super creative utk godekkan apa yang ada.

Ini kisahnya lanjutan daripada entry post saya sebelum-sebelum ni yang tentang anak teruna saya masak lemak labu tu. Labu yang tu ada setengah biji lagi. Saya pun cuba google resepi yg mudah. Dapat idea nak jadikan cekodok.

Keluarga kecil saya memang tak pernah makan cucur/cekodok labu ni. Tapi no harm. Kalau tak cuba, kita pun tak tau kan. Mujurlah kami jenis adventorous sikit bab makan ni.

Jadi, saya plan untuk buat cekodok ni untuk sarapan esoknya sebelum pergi kerja/sekolah. Jadi malamnya saya dah siap2 bancuh. Siap...simpan dulu dalam peti sejuk. Esok pagi tinggal goreng saja.

Masa simpan dlm peti sejuk, ternampak pula nasi sejuk semangkuk kecil. Hmm..sayang nasi kan. Saya godek.pula resepi cekodok nasi. Dah lama nampak resepinya, tapitak pernah cuba. Jadi apa kata saya cuba jugak...

Sama juga...bancuh siap2 untuk digoreng esok.

Cekodok Labu

Cekodok nasi

Alhamdulillah...diterima dengan selera yang terbuka. Memang sedap. Kedua-dua jenis cekodok ni memang lembut dan sedap walaupun dah sejuk. Adam dan hubby lebih suka cekodok labu dari cekodok nasi.

Oleh kerana saya bancuh banyak, maka saya bawa ke pejabat. Kongsi dengan rakan2 di pejabat. Senua orang tak pernah makan kedua2 jenis cekodok ni. Dan bila makan semuanya kata sedap. Sekejap jer dah habis. Sampai ke big boss kami pun ikut makan sekali. Alhamdulillah diterima ramai.

Saya ni, bab masakan kampung tu lulus lah lagi. Tapi kalau bab pastry kek kuih muih segala tu...boleh pitam saya sorang2 kat dapur.

Lepas ni nak masak apa pula ya....hmmm....


.

Read More
Assalamualaikum and salam sejahtera kepada semua....

Allahu...bila tengok dalam folder. Ada lagi beberapa entry yang belum dipublish. Sayang sebab dah ada dalam draft. Saya akan publishkan satu persatu...perlahan-lahan ya.
Harap semua pembaca sudilah melayan entry lama.

Ye...sebelum puasa pun ada mantai. Di NS, tradisinya.........


Tahun ni, mantai sebelum puasa di Melaka. Jadi tak adalah kecoh-kecoh bakar lemang segala. Tapi tak apa. Yang penting kita berkumpul bersama dan habiskan masa berkualiti sambil merapatkan ukhuwah.

Tapi walaupun tak ada sup tulang,lemang dan rendang, menu tetap memikat. Mommy masak betik mengkal. Masak lemak cili padi. Allahu...sedapnya... Nikmat sungguh. Kalau saya ni menantu hantu...saya dah hirup semangkuk sorang-sorang diri dah agaknya.
Dilawan pula dengan ikan goreng panas2 sambal tumis udang dan terung bercili.

Memang terdodok la kami semua.

Alhamdulillah.
Tapi buat entry ni...saya dah kecur pula nak makan lauk betik lagi. Kena ke pasar ni..nak cari betik.

.
Read More
Assalamualaikum...

Saya sejak kebelakangan ni rajin sikit dari biasa untuk menyediakan bekal makanan untuk hubby dan saya sendiri.  Paling penting...untuk hubby la. Adam biasanya sarapan di rumah. Dia tak nak bawa bekal langsung..

Antara idea yang rungkas ialah nasi goreng cina. Mudah, ringkas dan mengenyangkan. Hubby pula tak makan pedas. Jadi menu ni memang saya tak letak cili langsung.

Walaupun ringkas, tapi manalah tau kalau2 ada yang baru nak berjinak2 di dapur kan. Boleh la cuba resepi ringkas saya ni.

Meh tengok cara saya....


Nasi Goreng Cina.

Bahan-bahan:
2 cawan nasi sejuk
3 ulas bawang putih dicincang
2 ulas bawang kecil cincang
2 sudu daging/ayam yang dipotong kecil
1/2 cawan mix vegie
2 biji telur
2 st lada sulah
1 st minyak bijan
1 st kicap cair
Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara:
1. Panaskan kuali dengan 2 sudu minyak masak.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
3. Masukkan ayam/daging dan gaul hingga masak.
4. Masukkan nasi, mix vegie, lada sulah dan kicap cair. Gaul hingga sebati selama seminit.
5. Ketepikan nasi dan pecahkan dua biji telur. Gaul hingga telur masak dan gaul sebati dengan nasi.
6. Masukkan minyak bijan dan perasakan garam.
7. Sedia untuk dihidangkan.

Sesuai juga untuk anak-anak kecil. Tapi kurangkan lada sulahnya ya...

Selamat mencuba semua.



.


Read More
Assalamualaikum semua. 

Saya rasa dah ramai rakan blog yang mungkin sangka saya telah meninggalkan dunia blogging. Tetapi percayalah...blogging tetap berada di carta paling atas dalam hati saya.

Saya lebih selesa menulis dan merekodkan perjalanan saya sekadarnya di dalam blog ini. Walaupun saya dah hilang arah bila fungsi side bar saya semuanya lintang pukang. 

Terlalu banyak perkara yg berlaku dalam hidup saya sejak 3 tahun lepas yang menyebabkan saya timbul hanya beberapa kali saja dalam blog. Dan sejak setahun yang lepas saya diuji dengan pelbagai ujian duniawi yang sangat berat. Sehingga ada masanya saya hampir tergelincir dari landasan akidah. Na'udzubillah....

Tetapi setakat ini...saya masih lagi mampu berdiri dan mengharungi dugaan yg ada. Dek kerana berbagai tekanan, saya sering jatuh sakit kebelakangan ini. Ditambah dengan usia yang meningkat, tekanan fizikal dan mental yang melebihi kemampuan saya, tapi saya redahkan juga.

Dan lagi sekali, saya jatuh sakit minggu lepas. 3 hari di hospital. Pulang kerumah, keadaan saya masih belum pulih sepenuhnya. Jadi, untuk hujung minggu, Adam yang dah jadi anak teruna pun rajinlah masuk dapur bantu saya. Percaya atau tidak...dia berjaya menyediakan hidangan tengah hari.


Masak lemak labu kuning dengan pucuk manis

Apalah pandainya anak lelaki berumur 15 tahun kan. Tapi usahanya menyerah diri...bertanya apa yang boleh dia bantu sangat mengharukan saya. Sayur saya siang sambil duduk. Yang lain2 dia siapkan dengan panduan dari saya. 

Memang sedap lauk tu. Labu manis, kuahnya cukup lemak dengan harum serai, cukup perisa, cukup seimbang garamnya. Adam tumbuk bawang merah dan lada hitam sebagai rencahnya. 



Sotong goreng tepung
Resepi saya juga. Simple sangat. Celup telur,salut dgn tepung jagung yang ditambah serbuk kari. Syukur...sedap dia goreng. 

Adam yang sedang menggoreng sotong.
(Abaikan rumah saya yg sentiasa bersepah tu..)

Saya janji untuk masakkan sotong kegemaran dia sejak seminggu yg lalu. Tapi selepas beli sotong, saya jatuh sakit. Jadi Adamlah yang kena masak sendiri.

Lengkaplah menu kami tgh hari tu. Siap sambal belacan lagi Adam tumbuk halus. 

Alhamdulillah. 

Dia satu2nya anak saya. Walaupun sejak kebelakangan ini dia banyak terkucil dalam tindak tanduk serta banyak membuat keputusan yang salah, saya harus hadapinya dengan sabar. Itu adalah proses pembelajaran dia dalam hidup. Cuma mungkin rezeki dia, ujian dia lebih hebat sedikit dari rakan2 yang lain. Semoga dia akan menjadi seorang anak yang hebat dan berjasa nanti. Amiin...

Oh, Isnin akan datang ni, dia akan menghadapi peperiksaan PT3nya. Saya tidaklah mengharapkan keputusan cemerlang memandangkan dia sangat tertekan sejak kebelakangan ini. Saya hanya doakan dia sihat dan tenang. Amiin...

Saya akan cuba muncul dengan lebih kerap. Saya pun memang rindu untuk menulis panjang lebar lagi....

Jumpa lagi nanti...In sha Allah...

.

Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama