Ikan Kerapu Masak Lemak Cili Padi

5 comments
Assalamualaikum semua...

Wah, lama sungguh saya tak buat entry. Saya semakin sibuk dan semakin banyak halangan. Nak menulis blog, saya suka menghabiskan banyak masa sebab saya enjoy membebel disini. Tapi kekangan masa, saya hanya update di instagram dan kadang kala di facebook saja. Oh, kalau sudi, followlah saya. Senang jer...Id saya aziela.adam seperti nama saya disini.

Hari ni nak cerita tentang resepi.
Saya masak ikan kerapu hari ni. Masak yang mudah2 jer. Slip disc saya semakin kerap mengganggu kebelakangan ni. Saya memandu terlalu banyak beberapa tahun kebelakangan ni..disamping kerja2 berat lain.
Anyway, resepi saya mudah..cara saya pun mudah.

Ikan kerapu seekor, potong 4.
Timun sebiji
Santan sekotak kecil
Asam keping, 2
Serai 2 batang

Bahan kisar halus:
Cili padi setengah genggam
Kunyit hidup 2 inci
Bawang merah besar 1biji
Santan cair satu cawan

Cara2:
Masukkan ikan dengan bahan kisar, serai dlm periuk atau kuali. Didihkan sebentar dengan api kecil
Masukkan pula santan pekat, timun, garam dan asam keping. Didihkan hingga masak.
Seimbangkan rasa masin dan asam.
Hidangkan.

Mudah kan...
Oh..cara saya masak lemak ialah masukkab bawang merah. Tak perlu bawang putih. Bawang merah tu untuk rasa manis dan lemak semulajadi. Petua dari nenek saya..

Mudah kan...
Hingga kita bertemu lagi...

.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman Utama

5 thoughts..

Seri Kandi Di Tanah Jauhar berkata...

Akk tak bleh dgr msk lemak cili padi, mesti kecur punya

mrhanafi berkata...

menu yang kelihatan sedap

Azian Elias berkata...

akak suka masakan lemak2 cam ni. tambah ada ikan kering.. laju je.

Awanama berkata...

salam

pergi chiropractor dan get treatment. Also pergi la urut siam.. elok.. untuk muscular yg keras melantun.
lepas tu rajin rajin gi berenang. Finally kena jaga pemakanan.


Wasalam

Sha Mohamed berkata...

Sedapnya.. Sha suka resepi yang senang-senang nie..