Memaparkan catatan dengan label Kemalangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kemalangan. Papar semua catatan
Assalamualaikum.....
Kredit gambar di blog Cikgu Dahlia.

Kejadian nie berlaku pada hari Isnin lepas iaitu 7hb November 2011 iaitu sehari selepas sambutan Hari Raya Haji. Kami pula kebetulan baru tiba dari Melaka menuju ke Kuantan. Saja ikut jalan Pekan sebab kita yang drive sementara hubby tidur keletihan. Kita malas nak ikut Jalan Gambang tu sebab sure banyak kereta dan lori. Nak potong memotong, takut la pulak sebab kereta kita tu pick-upnya dah makin slow.

Anyway, hubby soh berhenti sebab tengok orang ramaiii sangat. Polis trafik pun ada. Cuma ambulan dah tak ada. Kita x keluar kereta pun, hubby jer yang keluar. Memang ramailah yang ambik gambar kat situ. Sama ada bloggers macam kita semua juga, atau nak share di fb. Hubby ada jugak snap sekeping dua, tapi x sempat transfer kat kita lagi sbb batt kita dah kong masa tu. Tapi tulah...bukan bloggers nie, gambarnya sikit jer la. Sekali lalu..hehehehe. Tapi syukurlah ada juga.  Nantilah, kita share kemudian hari yer.

Namun, news tentang kemalangan nie ada disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini. Kesian dengarnya. Kalau tak salah, ibu dan anak berusia 2 tahun meninggal ditempat kejadian. Dan dengarnya, baby tu tercampak keluar dari kereta. Patutlah masa tu tengok ramaii jer orang macam mencari2 di kawasan semak bawah tebing tepi jalan raya tu.

Semoga yang masih hidup tu dapat teruskan kehidupan mereka dengan tabah.

Al-Fatihah untuk mangsa2.
Read More
Assalamualaikum.....

Ingat tak lagi kejadian kemalangan yang menggemparkan negara pada tahun lepas di Lebuhraya PLUS arah Selatan berhampiran dengan tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka?

Masa tu hubby masih bekerja di Melaka. Dan kita pun ulang alik bekerja dari Melaka-KL-Melaka. Kejadian berlaku pada hari Ahad, di mana kita tak lalu kawasan tu. Cuma hari Isnin pagi esoknya tu, jalan raya dah bersih, tinggal sedikit serpihan kemalangan di tepi jalan raya.

Walaubagaimanapun, mungkin seminggu selepas kemalangan tu berlaku, kita macam biasa nak pulang ke Melaka lepas balik kerja di KL. Ketika kita menghampiri tempat kejadian, waktu dah berensot memasuki Maghrib (senja). Cahaya matahari dah hampir tenggelam masa tu. Dan juga, keadaan jalan raya agak basah kerana hujan renyai2 masa tu.

Tetapi, masa sampai di kawasan tu, tiba2 kita rasa lain macam seram. Dan terus dengan sekali pandang kita nampak seorang kanak2 lelaki (dalam lingkungan umur 6-8 tahun) sedang berdiri di luar tingkap kereta kita di sebelah kiri sambil memandang kita dengan tajam melalui cermin kereta itu. Kanak2 itu tidak berbaju dan hanya berseluar. Tak taulah seluar pendek atau panjang sebab nampak setakat bawah sedikit dari pinggang.

Dari ekor mata kita, kita nampak agak lama juga dia merenung kita. Tapi kita buat x nampak sambil teruskan pemanduan. Baca ayat kursi dan al-fatihah tanpa henti masa tu.

Kereta kita sedang bergerak laju, kira2 120km/j (yer...laju..sebab nak cepat sampai rumah) dan kita berada di lorong laju yang paling kanan. Maknanya 'kanak2' itu sedang TERAPUNG di luar tingkap kereta kita. Apabila kita mula menghampiri kawasan exit, barulah dia lenyap.

Subhanallah. Kita tak pasti sama ada dia salah seorang mangsa atau tidak, tapi sepanjang bertahun2 lamanya melalui kawasan itu tak kira siang malam ataupun tgh malam dan awal pagi, memang tak pernah lagi diganggu.

Namun, kehadiran dia masih lagi menjadi misteri...
Read More
Assalamualaikum.....


Baca dalam blog Lulu tadi berkenaan ini di sini.

Berita nie dikeluarkan pada hari Jumaat di blog Lulu. Tapi kejadian nie, berlaku pada hari Rabu malam.

Kebetulan kita balik ke PD malam tu sebab nak ambil Adam bawa ke KL. Masa kita lalu dah pukul 8.30 malam. Dah ramai yang ada. Petugas PLUS dan polis peronda pun dah ada untuk menjaga traffic. Dan masa kita lalu, mayat mangsa masih belum ditutup lagi. Kita pandang sekali imbas jer sebab gelap dan hujan renyai2 juga.

Kita nampak mangsa dan terlangkup di atas jalan raya. Motor tak nampak. Kenderaan yang terlibat pun x ada. Mengenai kaki dan tangannya yang hancur, kita tak pasti. Apa yang pasti, pakaian dia semua dah hancur di badan. Mangsa dah hampir berbogel. Mungkin dah 85% koyak rabak pakaiannya. Dan betul pun jangkaan kita yang mangsa ialah seorang lelaki berbangsa Cina. Kemalangan betul2 beberapa meter sebelum exit ke Lukut iaitu kawasan rumah mangsa.

Allah...asyik terserempak kemalangan jer kita nie. Nampaknya kena mandi bunga bawah jambatan nie...hehehehe....
Read More
Assalamualaikum.....

Yer...kejadian yang tidak disangka2 telah terjadi.

Khamis minggu lepas, kita bergerak balik ke Kuantan selepas kerja. Lebih kurang jam 11 malam, kita tiba di Jalan Gambang menghala ke Kuantan.

Betul2 sebelum u-turn dari hala bandar Kuantan, berdekatan dengan traffic light Sg. Lembing, kita memperlahankan kereta sebab approaching trafficlight. Masa tu kita berada di lane kanan sekali. Lane kiri masa tu tak ada kereta dan di lane kecemasan, ada 2 biji motor. Motor yang di belakang overtake motor di depan. Selesai saja motor tu overtake, kita nampak dengan jelas dia tiba2 jatuh tanpa di sondol atau apa2. Samada ada masalah dengan tayar dia, atau ada lubang, atau jalan licin kerana hujan renyai2.

Kita nampak dengan jelas penunggangnya berguling jatuh dan melantun2 sambil terus melekap dengan motor tunggangannya.

Masa tu, kita hanya mohon dengan Allah agar motor tu tak bertembung dengan kereta kita. Adam sedang nyenyak tidur di kerusi hadapan. Kita cuba kawal kereta kita sambil brek sedikit demi sedikit. Kita tak boleh brek mengejut sebab kereta kita tak ada ABS. Ditakuti tayar belakang kereta akan berpusing dan tergelincir. Kita cuba bajet di manakah lantunan penunggang tu akan berhenti untuk mengelak dari tertembung dengannya.

Semakin kita ke kanan dan menjauhi dia, semakin dia melantun dekat dengan kita. Semakin kita ke kanan dan hingga akhirnya dah rapat ke divider jalan di kanan (pembahagi jalanraya), dan motor itu berhenti lantunan juga sama dengan kereta kita sedangkan kereta kita masih berjalan.

Kita sempat lagi segera membelok ke kiri dan cuba mengelakkan dari terlanggar dia. Kita tak tahu apa yang jadi, tapi rasa MACAM tayar kita bergolek perlahan di atas 'sesuatu' yang kecil!

ALLAHUAKBAR. Takut yang amat masa tu. Keadaan gelap dengan hujan renyai tambah mencemaskan. Kita berhentikan kereta dan pasang hazard light. Kita masih berfikir sama ada untuk turun dari kereta atau tidak. Memandangkan pemandu lain tiada yang berhenti, kita masih was2 untuk turun. Maklumlah, dah malam dan kita seorang perempuan saja dengan seorang kanak2 kecil. Apa2 saja boleh berlaku. Keselamatan diri kita dan anak kita harus diutamakan.

Apabila kita nampak penunggang motor yang di overtake oleh mangsa berhenti di tepi jalan dan berlari mendapatkan mangsa, maka kita bersyukur kerana ada insan lain yang sudi membantu. Kita teruskan perjalanan dengan tangan menggeletar dan rasa bersalah yang amat sangat kerana membiarkan mangsa itu tanpa memberi pertolongan.

Kita cuba hubungi hubby, tapi gagal. Sampai di rumah, kita cuba call hubby lagi. Selepas beberapa kali, baru berjaya dan kita ceritakan apa yang terjadi. Hubby kita cepat2 balik dengan rakannya yang agak berpengalaman dalam insiden seperti ini. Kereta kita tak ada apa2 kesan pun, maknanya kita tak berlanggar dengan mangsa. Syukur Alhamdulillah....

Kami kemudian segera ke tempat kejadian semula untuk memberikan apa2 pertolongan sekiranya masih diperlukan dan juga untuk membantu memberi keterangan. Jarak masa dalam 30-40 minit dari waktu kejadian semasa kami tiba di tempat itu.

Tapi yang peliknya, tak ada apa2 langsung kesan kemalangan di situ. Tiada orang ramai, tiada mangsa, tiada bangkai motor, tiada polis, malah tiada langsung serpihan motor.

Maka kawan hubby kata, biasanya kalau clear macam nie, mangsa hanya jatuh dan bangun kembali saja. Sekiranya patah atau maut atau apa2 yang melibatkan kecederaan, bangkai motor akan berada di tempat kejadian dalam jangka waktu yang agak panjang untuk siasatan polis dan sebagainya.

Teori yang ke-2, mungkinkah kita bermimpi saja? Ishh..tak mungkin kan?

Maka, kita call FIL kita di Melaka. Beliau merupakan seorang bekas polis trafik yang sangat berpengalaman dan kita tanya pendapat beliau. Katanya tak perlu buat laporan pun ok. Nak buat pun ok. Sebab kita hanya melintasi tempat kejadian. Tambahan lagi, mangsa jatuh sendiri. Tindakan kita untuk tidak keluar dari kereta adalah tepat kerana ianya mungkin akan lebih merbahaya kalau kita keluar dari kereta.

Syukur Alhamdulillah. Dimana saja kamu semua berada, berhati2lah. Kadang2 kita semua dah cukup berhati2, tapi external factor seringkali menduga kita dari pelbagai aspek.

Pengalaman ini akan menjadi koleksi kenangan kemalangan yang tidak mungkin kita lupakan.

Oh yer, sesuatu yang kita gelek itu, mungkin hujung tayar motornya, atau sekadar batu di atas jalan yang terserpih masa mangsa melantun.

Semoga mangsa itu lebih berhati2 di masa akan datang.
Read More
Previous PostCatatan Lama Laman utama