Assalamualaikum.....

Ha....kena story pasal buffet nie. Actually dah lama. Kita dengan hubby buka puasa di luar masa first day puasa. Ingat tak entry kita pasal opis kita yang udara nya beracun tu? Kalau tak ingat, boleh refresh kat sini yer. Ha, lepas kejadian tu, dan kami semua dihalau balik, maka kita pulang semula ke Kuantan. Hari pertama puasa, tambahan lagi first time hubby puasa seorang diri di tempat baru, di Kuantan. Kesian kita. Tak ada wife, anak, parents... Mesti hubby kita sedih. Kita tak hiraukan penat kita. Yang penting kita cuba untuk gembirakan hubby kita.

Bila hubby balik kerja petang tu, punya la happy dia nampak kita ada kat rumah. So, terus siap untuk keluar cari food untuk buka. Kami dah penat 2-2 orang, maka jalan2, pusing2 Kuantan, maka tertariklah dengan offer buffet Ramadhan di Hotel Continental. Nampak macam menarik. Harga cuma RM49.90 nett seorang jer. Boleh tahan gak. Biasanya kan lebih dari RM60.00 kalau bulan puasa nie.

Maka kami pun call, buat reservation dan teruskan pusing2 Kuantan sementara tunggu waktu berbuka.

Menariknya, ada kambing panggang. Tapi disebabkan tak berapa ramai masa first day, diorang hanya panggang dalam setengah ekor kambing saja. Tak nak membazir katanya. Bagus kan..

Kita tak ambik gambar kambing dan gulai kawah pun...sibuk pulak dengan menu lain. Banyak dan sedap2 belaka. Tapi, sup dagingnya tawar gila2. Bila dapat borak dengan chef, baru tau, ada sorang chef muda yang masak dan terlupa nak letak garam. Patutt laaa...

Ok, meh layan gambar yer.

Kerabu, ulam dan pelbagai sambal

Set pecal

Rojak buah

Sup daging yang tidak bergaram

Pengat pisang yang sangat sedap

Bubur Lambuk

Bee Hoon Singapore yang sedap

Ayam panggang dengan sos cili

Ayam Pandan ( Not so nice. Keras and kering)

Sambal sotong dengan petai

Udang kari kering

Masak lemak labu dengan ikan masin. Pergh...heaven.

Berbagai jenis desert

Desert lagi


Selain daripada tu, di bahagian koridor luar, rupa2nya ada lagi pasta bermacam style, roti canai, mee kari, ais kacang, cendol dan paling spesel ialah patin masak tempoyak.

Selain dari 2-3 hidangan yang tak berapa merangsang tu, yang lain2 semuanya memang memuaskan sangat. Tempat solat yang selesa juga disediakan.

Hmm...dah plan nak bawa Adam next week.
Read More
Assalamualaikum.....

Apa khabar semua? Apa juadah buka puasa tadi? Mesti menyelerakan yer tak? Opss..pada yang terawih di masjid, tapi nak buat witir sendiri tu...jangan pula sampai terlajak ke sahur nanti yer? Yer la kan, ada yang rancang nak sambung solat sunat di rumah. Nak buat tahajjud, nak buat solat sunat tasbih, cuma takut2 bila perut dah kenyang, semuanya dikerjakan dalam mimpi jer. Ha, sedar2 jer dah cukup time bangun sahur nanti. Kalau nak tragis lagi, sedar2 jer dah subuh..hihihi...

Ok..ok... sajer jer buat entry makanan nie di malam hari. Tak nak la tumpang 'reward' pada yang nak terrrr buka puasa bila tengok gambar. Tapi kan nasib baik la kita nie amik gambar pakai enpon cap ayam jer. Takderlaa nampak menggamit selera sangat ekk.

Aduhh...panjangnya bebel. Saper yang x larat nak baca tu, pepandaila skip yer.

Ok, majlis nie berlangsung pada hari Khamis, minggu sebelum kita memulakan puasa di Restoran Makan Kitchen, Double Tree Hotel, Ampang. Majlis adalah sempena persaraan salah seorang daripada petugas jabatan kami iaitu En Rashid. Beliau bersara pada umur 58 tahun.

First time datang ke sini sebab hotel nie rasanya baru juga. Dalam setahun la baru dibuka. Dulunya adalah Crown Princess hotel, tapi di ambil alih oleh Hilton dan diberikan nafas baru. Nice.

Antara yang hadir.
Tema makanan ialah Satu Malaysia..agaknya la hehehhe. Sebab semua jenis food ada. Makanan Melayu, lepas tu ada counter untuk makanan India jer, ada section bakar membakar, desert macam biasa la, kuih Melayu, Cina dan India.

Meh layan gambar jer lah yer...


Bahagian Makanan India


Ada bermacam2 jenis mee dan sebelahnya ialah bahagian bakar membakar


Berbagai jenis dim sum...

Taste wise, memang recommended. Cuma bahagian India tu, bila kitorang makan nais beriyani tu, rasa masinn sangat. Tapi bila tengok orang Arab berduyun2 bakan nasi tu sampai membumbung pinggan, mungkin taste orang Melayu nie kurang garam sikit kot. Harga lebih kurang 60++ seorang. Untuk hotel bertaraf 5 star di tengah2 banadaraya KL dan dengan suasana, pemandangan, pilihan makanan dan kualiti makanan, memang sangat berbaloi...

Oh..untuk Ramadhan, mungkin ada tawaran yang lebih memikat kot... 
Read More
Assalamualaikum.....

Ha, kita nak cerita pasal malam2 kita yang tidak terurus dalam entry ini.
Tidak terurus sebab nenek kita masuk sepital..sob..sob....

Inilah nenek kesayangan kita. Kita memang tak ada nenek lain. Ini, masa kita bawak dia datang Kuantan dan merayap sampai ke Terengganu kira-kira 2 minggu lepas. Saja nak bagi dia happy2 sikit. Gambar nie, masa we all makan di Ana Ikan Bakar Petai, Kuantan.

Kita adalah cucu sulung. So, sejak kita lahir lagi, memang kita dijaga dan dibela oleh nenek dan arwah atuk. Sekolah pun dengan nenek. Di Port Dickson. Mak dengan ayah kita keje. Memula di Bahau, then di Kuala Pilah, and di Seremban. Bila mak dan ayah menetap di PD masa umur kita 9 tahun, baru kita dengan adik2 duduk sekali dengan parents. Tapi tetaplaaa senantiasa ke rumah nenek.

Nenek kita ni dah berumur 88 tahun. Tengoklah dia. Kurusss jer. Kecikkk jer. Apsal ntah kita tak ikut mcm dia...hehehe. Oh yer..kita ikut mcm atok kita lah...hehehe. Nenek kita kenkadang dia duduk rumah dia sendiri..bila dia boring dia lepaklah memana rumah anak dia. Anak2 dia semua duduk di sekeliling rumah dia jer..hehehehhe. Walking distance jer.

So, last week, nenek kita lepak rumah Achik kita. Entah mcm mana satu malam nie, dia bolehkan terjatuh. Yer la..kaki dia kan tak berapa kuat. Tapi dia nie kontrol ayu..takmo pakai tongkat atau orang pimpin. Kan ker dah jatuh. Tapi kepala dia terhentak kat lantai. Risau juga..nak bawa ke hospital..dia tak mo. Dia kata sikit jer. So, Achik dengan mak kita semua sapu2 minyak jer la dgn bagi makan panadol. Tapi still closely monitor dia.

Rabu tu kan kita balik PD sbb tak berapa sihat lagi. Tp pukul 11 malam tu mak kita kejut, soh tolong hantar gi umah Achik. Menmalam nak jalan kaki, bahaya sket di kampung. Banyak binatang berbisa. Ayah kita soh kita bawak selimut..sbb kita x berapa sihat lagi..nnt sejuk ayah cakap. (Sayanggg ayah...). Rupa2nya nenek muntah2. Mak dgn Achik dgn Paksu nak bawa ke hospital segera sbb takut ada pendarahan dalam organ memana.

Kita pula, pergi tunggu sepupu2 kita yg kecik2 lagi kat umah Paksu. Kol 3 pagi, Paksu balik..dia kata nenek ok. Tak ada apa2 dalam brain. Dah buat CT scan. Alhamdullillah. Tapi masih di tahan di wad la sebab doctor nak buat pemeriksaaan keseluruhan.

Jadi, hari Khamis, lepas habis kerja, kita ganti mak kita di hospital. Kita teman nenek kita malam tu di hospital. Nanti dia nak ke toilet ke, nak minum ke...kita kena la jaga betul2. Lagipun nenek memang ada demam sikit. Agaknya terperanjat masa jatuh tu.

Ha, nampak tak kerusi malas kaler biru putih tu? Kita tidur kat situla malam tu. Punyala sakit pinggang. Dah la kita pun tak berapa sihat, tapi demi nenek tersayang, pedulikanlah semua tu. Nenek jaga kita dari kita baby dulu pun belum dapat lagi kita balas.

Tapi sepupu2 kita yang lain memang jeles dengan kita sebab nenek asyik puji kita dengan adik kita si Abg Ngah jer. Sikit2 puji kitorang. Tak ada apa pun, cuma kami ambil berat lebih sikit pada nenek. Selalu jenguk dia, bawak dia jalan, layan dia borak, tidur dengan dia... Lagipun drpd kecik mmg dh biasa tidur dgn nenek.

Last weekend jenguk dia kat rumah...nampak mcm dah kembali ceria. Alhamdulillah. Kesihatan nenek jadi merosot banyak nie pun sejak dari kekasih awal dan akhirnya pergi. Yer..sejak arwah atuk meninggal, dia memang selalu termenung.

Yang penting, dia dah ok. Ajal dan maut bukan dalam pengetahuan kita. Sementara nyawanya masih ada, apalah salahnya mencurah bakti kan...
Read More
Assalamualaikum.....

Inilah dia rupanya anak Melayu yang tak pandai Bahasa Melayu. Siap kesat2 air mata tu malam tadi. Eii..geram betul. Nasib baiklah bulan puasa.
Alkisahnya, semalam Adam dapat markah2 ujian mid-term exam nya. Ok lah..Alhamdulillah. Setakat nie, subjek lain semuanya 90 dan ke atas markahnya. TAPIIIII.... bila sampai ke kertas BM...dia dapat 68% jer.... B tau..B!!

Eii..geramnya dengan dia nie. Inilah bahananya bila malas membaca. Bukanlah nak kata dia pandai English...tapi BM dia lebih teruk dari English, sedangkan hari2 cakap Bahasa Melayu. Tengok kartun kat ASTRO, semuanya dialihkan ke Bahasa Melayu. Baca paper, buku cerita, majalah semua yang BM jer. Memang kita mengucap panjang la malam tadi. Cuma tangan jer tak memanjat carik daging dia utk dicubit. Sekadar warning dengan keras jer.

Yang tambah geram tu... soalan di halaman belakang sekali, dia tak buat langsung. Dia kata dia tak perasan ada soalan lagi. Eiii..lalai kannn!!!.

Yang nak tergelak tu kan. Ada jawapan yang mengarut2. Kita bagi 3 contoh yer.

1. Ibu sedang ............ ikan di dapur. a)Mencincang   b)Memotong    c) Menyiang   d) Membelah
Adam jawap : MENYIANG
Adoiii...mana ada menyiang dalam BM. Kenala memotong. (Tp kalau bahasa pasar memang kita sebut siang ikan kan...)

2. Abang ........... melihat kasut2 yang dipamerkan di kedai kasut.
a) putih mata  b) rabun ayam   c) rambang mata    Jawapan Adam : PUTIH MATA
Bila kita marah dia, dia cepat2 jawab: Adam tau..mesti rabun ayam kan? Adoii..boleh naik gila dibuatnya...

Yang nie paling lawak sekali...

3. Kakak membeli .......... gunting di kedai.
a) Sebilah   b) Sepucuk    c) Sepasang     Jawapan Adam : SEPUCUK

SEPUCUK GUNTING...????? Pecah perut satu family gelakkan dia malam tadi....

Dah denda. Semua channel kartun telah kita block. Kita bagi dateline untuk dia habiskan baca sebuah novel pendek dalam masa 2 hari. Kalau tak habis, SIAP..!!!

Jangan salah sangka. Bukannya kita memberi tekanan kepada dia, cuma cuba bertegas sebab jelas dia lalai dan ambil mudah. Lepas kena gelak reramai...dia selamba lagi nak 'tawar-menawar' denda. Katanya...bagi tempoh sampai next Friday la untuk habiskan baca buku. Haipp.. no way!!!

Tapi bila malam, dia tetap cari kita untuk tidur berhimpit-himpitan... Kelemahan ibu nie ialah kasih sayang pada anak. Takutnya kalau dia jadi spoilt. Kita dah lah ada anak sorang jer...

Haii..anakk..anak...
Read More
Assalamualaikum.....

Ada seorang blogger telah kehilangan suaminya. Saya harap, beliau dapaty ditemui dengan segera. Sempena hari baik dan bulan baik nie....

Sumber dan keterangan lebih lanjut dari sini.
Read More
Assalamualaikum.....

I received this news from a friend through email. Some of you might have known about this, but let's just spread the news for cautions. Please take time to read !


Very important !

Tell your sons/daughters about it.

A well known family in Mequon lost their 25 year old son (Arun Gopal Ratnam) in a fire at home June 4th.

This is what happened.

He graduated with MBA from University of Wisconsin-Madison two weeks earlier and came home. Had a lunch with his dad at home and decided to go back to clean up his room at school.
Father told him to wait and see his mother before he goes back for a few days. He decided to take a nap while waiting for his mom to come home from work.

Neighbors called 911 when they saw black smoke coming out of the house. Their 25 year old son Arun died in the three year old house.

It took several days of investigation to find out the cause of the fire. It was determined that the fire was caused by lap top in the bed.


When the lap top is on the bed cooling fan does not get air to cool the computer and that is what caused the fire. Uneven surface of the bedsheets has blocked the air intake vent below the CPU fan. When the laptop is placed on a flat surface i.e. on desk/table, there is a gap between the desk surface and the base of the casing to allow air to flow/suck in through the air intake vent by the CPU fan to cool the CPU.

He did not even wake up to get out of the bed he died of carbon monoxide (CO).

The reason I'm writing this to all of you is that I have seen all of us using our lap top in bed.

Let us all decide and make it a practice not to do that.

Risk is real.

Let us make it a rule not to use lap top in bed or put computer on bed with blankets and pillows around.
Read More
Assalamualaikum.....

Yey....Alhamdulillah sebab kita dapat masuk final dalam kontest blog Apo2 Yo lah. Err...itupun sebab limited edition punya participant. Namun, kita tetap seronok. Boleh review entry kita kat sini.

Tapi, pemenang muktamad ialah sesiapa yang dapat undian tertinggi. Jadi, kepada anda semua, silalah sokong kita dengan mengundi kita di sini.

Insyaallah, keikhlasan anda itu berlipat ganda pahalanya di bulan yang mulia ini.
Read More
Assalamualaikum.....

Waah..lama betul kita tak update blog. Erk...Baru beberapa hari kita tak update blog, tapi rasa macam dah bersawang dah kat sini. Dalam masa tu, ada beberapa story yang kita nak share dengan u all semua kat sini. Tapi nak kena ikut priority dulu la kot. Err...tak semua orang berminat membaca kisah peribadi setiap orang kan, tapi walaupun tak ada yang baca, mungkin juga kita perlu rekodkan untuk tatapan di hari2 pencen kendian hari (ada pencen ke..?).

Ha...berkenaan entry ini, dah baca ke suratkhabar hari nie? Ada kat dalam Utusan Malaysia, m.s. 22.

Yer.... kita dan rakan kita, Cik Puan Bable-Bla-Bla-Blup-Blup adalah antara yang terlibat. Beliau pun ada paparkan kisah ini beserta gambar2 lain.

Anyway, kronologi cerita adalah seperti berikut:
9.00 pagi : Kita tiba di bangunan yang tersebut untuk masuk kerja. Lewat setengah jam sebab lupa bulan Ramadhan waktu kerja di awalkan setengah jam. Tapi kelihatan sangat ramai orang berkumpul di lobi utama. Tak tau kenapa. Jadi, kita tanyakan pada pegawai Tech Park Malaysia, merangkap seorang kenalan juga lah. Katanya : Keluar dari bangunan kak. Suruh semua orang keluar...ada paip gas bocor!

Kita bergegas nak masuk pejabat untuk wartakan pada petugas-petugas lain. Tapi malangnya, baru nak masuk, dah ditutup laluannya oleh polis. Kita call boss kita dan beliau kata tak ada apa-apa pemberitahuan dan mereka semuanya tak tahu apa-apa. Dalam hati kita dah panik. Habislah nanti kawan2 kita terperangkap. Kita mohon pada polis yang berkawal agar lepaskan kita sebab pejabat kita tak dapat apa2 berita. Polis tu pun terperanjat, lalu segera suruh kita keluarkan semua petugas dari bangunan.

Kita bergegas ke pejabat dan segera buat pengumuman agar semuanya meninggalkan pejabat. Kami berkumpul di kawasan luar bangunan sementara menunggu arahan selanjutnya.

Untuk pengetahuan : Pihak pentadbiran Technology Park Malaysia tidak memaklumkan kepada kami. Jelas sekali mereka tiada prosedur untuk mengawal insiden2 kecemasan yang berbahaya seperti ini. Mana mungkin syarikat2 yang menyewa lot pejabat di sini dibiarkan menghidu udara beracun tersebut? Dahlah kami TERPAKSA menyewa lot pejabat di sini atas requirement MSC Malaysia sebagai MSC status company, membayar harga sewa yang tinggi tetapi dibiarkan 'mati' sendiri. Sangat kecewa dengan tindakan pihak pengurusan TPM. Jelas tiada keikhlasan untuk mereka bekerja. Hanya beberapa pegawai TPM saja yang bertungkus lumus ke sana ke mari. Sedangkan yang lain2 tu bersenang lenang duduk di bawah pokok menikmati pemandangan kereta bomba.


Petugas TPM itu bersantai dibawah pokok sebelah kiri kereta yang terbuka bonet ini.
 Apalah salahnya mereka turut membantu pergi ke setiap pejabat dan beritahu secara rasmi. Kalaupun tak nak gunakan interkom atas apa alasanpun jua, mestilah ikhtiarkan cara lain untuk menangani masalahkan? Ini adalah insiden yang melibatkan nyawa. Harap2nya Kementerian Sains, Teknologi dan Maklumat akan mengambil berat tentang perkara ini.

10.00 pagi : Kami semua diarahkan berkumpul di bangunan letak kereta bertingkat iaitu seberang jalan dari bangunan pejabat kami. Ianya untuk mengelakkan dari apa-apa kejadian yang tidak di ingini berlaku. Maka berdedai-dedailah manusia2 yang terlibat mengikut arahan seperti gambar di bawah ini.

Kita dan rakan2 lain, semuanya berkumpul di tepi jalan nie saja sebab nak tunggu CEO kita datang untuk arahan selanjutnya. Arahan selanjutnya tu ialah harapan agar kami diberikan cuti saja...hehehe.

Tapi kita dan boss kita telah cuba mencungkil maklumat dari mereka-mereka yang dipercayai mengenai insiden ini. Ceritanya :
- Pada hari Sabtu, Pest Control dipanggil untuk menjalankan kerja2 penyemburan racun untuk memusnahkan serangga dan kulat seperti contoh anai2. Ini adalah prosedur biasa untuk penyelenggaraan bangunan.
- Namun, mungkin kerana jumlah yang digunakan agak lebih dari biasa oleh kerana tuntutan keadaan, maka racun yang digunapakai telah meninggalkan kesan yang besar lalu perlahan-lahan merebak dan diserap oleh saluran penghawa dingin yang berangkai untuk seluruh bangunan.
- Pada hari Isnin, apabila pejabat2 mula beroperasi seperti biasa, penghawa dingin di pasang lalu membantu aliran racun itu merebak dengan lebih meluas.
- Mengikut kata ahli bomba yang hadir, sekiranya ada manusia yang duduk di dalam udara tersebut selama 2 jam, dia pasti MATI!
- Setelah sedikit hilang rasa panik dan gemuruh, barulah ada pegawai2 TPM yang bertanggungjawab mengedarkan kertas pengumuman pada kami semua di bawah pokok, di lereng bukit, di tepi longkang dan seratanya.
- Ada juga yang mengedarkan face mask untuk menutup hidung dan membantu mengurangkan terhidunya gas tersebut.
- Kereta bomba yang datang sebanyak 3 biji menunjukkan betapa seriusnya keadaan tersebut.
- Ambulan juga turut bersedia sekiranya ada kejadian yang tidak di ingini.



11.00 pagi : Kelihatan anggota BOMBA dan syarikat Pest Control tersebut bergegas memasuki bangunan dengan menggunakan baju dan topeng khas untuk menangkis serangan kimia.
Boss kita cuba mendapatkan maklumat, bilakah dijangka keadaan akan pulih agar kami boleh masuk semula ke pejabat. Maklumat ini adalah untuk laporan kepada pihak pengurusan syarikat. Namun pihak BOMBA tidak dapat memberikan jaminan berapa lama masa yang akan di ambil. Mungkin 2-3 jam, dan mungkin sampai esok hari.

12.00 tgh hari : CEO syarikat tiba dan stay bersama kami untuk setengah jam yang berikutnya. Beliau lantas memberikan kenyataan agar petugas harus menunggu hingga jam 3 petang. Sekiranya pada pukul 3 petang masih belum selesai, maka petugas dibenarkan pulang ke rumah. Namun, ada yang mohon diberikan pelepasan terus, tapi CEO berikan arahan, sekiranya jam 3 petang keadaan kembali pulih, HR akan mengarahkan semua petugas masuk bekerja semula seperti biasa. Jadi, daripada balik ke rumah dan datang semula, baiklah kami semua menunggu di situ. (Hampa...).  CEO kami kemudiannya beredar untuk menghadiri beberapa lagi mesyuarat syarikat di luar.

1.00 tgh hari : Kita cuba menghampiri pegawai2 yang ada di bangunan pejabat. Sebaik saja kita berada dalam jarak 10 meter dari bangunan, terus bau yang sangat pedih menusuk ke rongga hidung menyerbu kita. Dengan segera, kita tanyakan perkembangan terbaru. Bukan apa. Kasihan dengan petugas lain yang terpaksa duduk di atas tanah di tepi jalan kerana telah penat berdiri. Dahlah cuaca sangat panas dan ada petugas yang mengandung telah mula pitam. Tambahan lagi, inikan hari pertama puasa. Keadaan pula hingar bingar dan sesak dengan lebih 1000 orang mangsa. Dalam pada itu, pihak polis kemudiannya membuat pengumuman bahawa semua orang boleh balik kerana keadaan merbahaya dan pihak BOMBA akan mengambil masa yang lama untuk memulihkan keadaan. Hooreyyy!!!!

1.30 tgh hari : Kita dan bos kita telah mula membuat pengumuman rasmi kepada petugas2 syarikat mengenai keadaan tersebut. Setelah mendapatkan kebenaran dari CEO, maka kami semua bergegas pulang kerana dimaklumkan bahawa pihak BOMBA akan 'melepas'kan keluar udara beracun dalam masa terdekat.

Hari ini...keadaan telah kembali pulih. Alhamdulillah kerana tiada nyawa yang melayang. Kami masih diizinkan oleh Allah swt untuk menghirup udara yang memberi nafas..bukan udara yang menghentikan pernafasan. Khabarnya ada seorang petugas syarikat lain yang datang bertugas pada hari Sabtu telah terhidu gas tersebut dan mula menampakkan simptom yang serius. Semoga dia selamat.

Walaubagaimanapun, itulah pengalaman hari pertama puasa pada tahun ini yang penuh dengan cubaan dan dugaan.
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama