Waah..lama betul kita tak update blog. Erk...Baru beberapa hari kita tak update blog, tapi rasa macam dah bersawang dah kat sini. Dalam masa tu, ada beberapa story yang kita nak share dengan u all semua kat sini. Tapi nak kena ikut priority dulu la kot. Err...tak semua orang berminat membaca kisah peribadi setiap orang kan, tapi walaupun tak ada yang baca, mungkin juga kita perlu rekodkan untuk tatapan di hari2 pencen kendian hari (ada pencen ke..?).
Ha...berkenaan entry ini, dah baca ke suratkhabar hari nie? Ada kat dalam Utusan Malaysia, m.s. 22.
Yer.... kita dan rakan kita, Cik Puan Bable-Bla-Bla-Blup-Blup adalah antara yang terlibat. Beliau pun ada paparkan kisah ini beserta gambar2 lain.
Anyway, kronologi cerita adalah seperti berikut:
9.00 pagi : Kita tiba di bangunan yang tersebut untuk masuk kerja. Lewat setengah jam sebab lupa bulan Ramadhan waktu kerja di awalkan setengah jam. Tapi kelihatan sangat ramai orang berkumpul di lobi utama. Tak tau kenapa. Jadi, kita tanyakan pada pegawai Tech Park Malaysia, merangkap seorang kenalan juga lah. Katanya : Keluar dari bangunan kak. Suruh semua orang keluar...ada paip gas bocor!
Kita bergegas nak masuk pejabat untuk wartakan pada petugas-petugas lain. Tapi malangnya, baru nak masuk, dah ditutup laluannya oleh polis. Kita call boss kita dan beliau kata tak ada apa-apa pemberitahuan dan mereka semuanya tak tahu apa-apa. Dalam hati kita dah panik. Habislah nanti kawan2 kita terperangkap. Kita mohon pada polis yang berkawal agar lepaskan kita sebab pejabat kita tak dapat apa2 berita. Polis tu pun terperanjat, lalu segera suruh kita keluarkan semua petugas dari bangunan.
Kita bergegas ke pejabat dan segera buat pengumuman agar semuanya meninggalkan pejabat. Kami berkumpul di kawasan luar bangunan sementara menunggu arahan selanjutnya.
Untuk pengetahuan : Pihak pentadbiran Technology Park Malaysia tidak memaklumkan kepada kami. Jelas sekali mereka tiada prosedur untuk mengawal insiden2 kecemasan yang berbahaya seperti ini. Mana mungkin syarikat2 yang menyewa lot pejabat di sini dibiarkan menghidu udara beracun tersebut? Dahlah kami TERPAKSA menyewa lot pejabat di sini atas requirement MSC Malaysia sebagai MSC status company, membayar harga sewa yang tinggi tetapi dibiarkan 'mati' sendiri. Sangat kecewa dengan tindakan pihak pengurusan TPM. Jelas tiada keikhlasan untuk mereka bekerja. Hanya beberapa pegawai TPM saja yang bertungkus lumus ke sana ke mari. Sedangkan yang lain2 tu bersenang lenang duduk di bawah pokok menikmati pemandangan kereta bomba.
Petugas TPM itu bersantai dibawah pokok sebelah kiri kereta yang terbuka bonet ini. |
10.00 pagi : Kami semua diarahkan berkumpul di bangunan letak kereta bertingkat iaitu seberang jalan dari bangunan pejabat kami. Ianya untuk mengelakkan dari apa-apa kejadian yang tidak di ingini berlaku. Maka berdedai-dedailah manusia2 yang terlibat mengikut arahan seperti gambar di bawah ini.
Kita dan rakan2 lain, semuanya berkumpul di tepi jalan nie saja sebab nak tunggu CEO kita datang untuk arahan selanjutnya. Arahan selanjutnya tu ialah harapan agar kami diberikan cuti saja...hehehe.
Tapi kita dan boss kita telah cuba mencungkil maklumat dari mereka-mereka yang dipercayai mengenai insiden ini. Ceritanya :
- Pada hari Sabtu, Pest Control dipanggil untuk menjalankan kerja2 penyemburan racun untuk memusnahkan serangga dan kulat seperti contoh anai2. Ini adalah prosedur biasa untuk penyelenggaraan bangunan.
- Namun, mungkin kerana jumlah yang digunakan agak lebih dari biasa oleh kerana tuntutan keadaan, maka racun yang digunapakai telah meninggalkan kesan yang besar lalu perlahan-lahan merebak dan diserap oleh saluran penghawa dingin yang berangkai untuk seluruh bangunan.
- Pada hari Isnin, apabila pejabat2 mula beroperasi seperti biasa, penghawa dingin di pasang lalu membantu aliran racun itu merebak dengan lebih meluas.
- Mengikut kata ahli bomba yang hadir, sekiranya ada manusia yang duduk di dalam udara tersebut selama 2 jam, dia pasti MATI!
- Setelah sedikit hilang rasa panik dan gemuruh, barulah ada pegawai2 TPM yang bertanggungjawab mengedarkan kertas pengumuman pada kami semua di bawah pokok, di lereng bukit, di tepi longkang dan seratanya.
- Ada juga yang mengedarkan face mask untuk menutup hidung dan membantu mengurangkan terhidunya gas tersebut.
- Kereta bomba yang datang sebanyak 3 biji menunjukkan betapa seriusnya keadaan tersebut.
- Ambulan juga turut bersedia sekiranya ada kejadian yang tidak di ingini.
11.00 pagi : Kelihatan anggota BOMBA dan syarikat Pest Control tersebut bergegas memasuki bangunan dengan menggunakan baju dan topeng khas untuk menangkis serangan kimia.
Boss kita cuba mendapatkan maklumat, bilakah dijangka keadaan akan pulih agar kami boleh masuk semula ke pejabat. Maklumat ini adalah untuk laporan kepada pihak pengurusan syarikat. Namun pihak BOMBA tidak dapat memberikan jaminan berapa lama masa yang akan di ambil. Mungkin 2-3 jam, dan mungkin sampai esok hari.
12.00 tgh hari : CEO syarikat tiba dan stay bersama kami untuk setengah jam yang berikutnya. Beliau lantas memberikan kenyataan agar petugas harus menunggu hingga jam 3 petang. Sekiranya pada pukul 3 petang masih belum selesai, maka petugas dibenarkan pulang ke rumah. Namun, ada yang mohon diberikan pelepasan terus, tapi CEO berikan arahan, sekiranya jam 3 petang keadaan kembali pulih, HR akan mengarahkan semua petugas masuk bekerja semula seperti biasa. Jadi, daripada balik ke rumah dan datang semula, baiklah kami semua menunggu di situ. (Hampa...). CEO kami kemudiannya beredar untuk menghadiri beberapa lagi mesyuarat syarikat di luar.
1.00 tgh hari : Kita cuba menghampiri pegawai2 yang ada di bangunan pejabat. Sebaik saja kita berada dalam jarak 10 meter dari bangunan, terus bau yang sangat pedih menusuk ke rongga hidung menyerbu kita. Dengan segera, kita tanyakan perkembangan terbaru. Bukan apa. Kasihan dengan petugas lain yang terpaksa duduk di atas tanah di tepi jalan kerana telah penat berdiri. Dahlah cuaca sangat panas dan ada petugas yang mengandung telah mula pitam. Tambahan lagi, inikan hari pertama puasa. Keadaan pula hingar bingar dan sesak dengan lebih 1000 orang mangsa. Dalam pada itu, pihak polis kemudiannya membuat pengumuman bahawa semua orang boleh balik kerana keadaan merbahaya dan pihak BOMBA akan mengambil masa yang lama untuk memulihkan keadaan. Hooreyyy!!!!
1.30 tgh hari : Kita dan bos kita telah mula membuat pengumuman rasmi kepada petugas2 syarikat mengenai keadaan tersebut. Setelah mendapatkan kebenaran dari CEO, maka kami semua bergegas pulang kerana dimaklumkan bahawa pihak BOMBA akan 'melepas'kan keluar udara beracun dalam masa terdekat.
Hari ini...keadaan telah kembali pulih. Alhamdulillah kerana tiada nyawa yang melayang. Kami masih diizinkan oleh Allah swt untuk menghirup udara yang memberi nafas..bukan udara yang menghentikan pernafasan. Khabarnya ada seorang petugas syarikat lain yang datang bertugas pada hari Sabtu telah terhidu gas tersebut dan mula menampakkan simptom yang serius. Semoga dia selamat.
Walaubagaimanapun, itulah pengalaman hari pertama puasa pada tahun ini yang penuh dengan cubaan dan dugaan.
4 thoughts..
nasib baik semua selamat..alhamdulillah kak...bahaya betul benda beracun tu..boleh bawak kepada maut tu.
macam-macam kan...tapi saya suka balik awal...dapat memasak juadah berbuka...hehehehe anak-anak siap cakap "mama kalau ada gas bocor lagi balik cepat-cepat tau" hehehehe.....
Widad: Uishh..panik juga kitorang semalam.
Rahmah : Hari nie, kena beli la jawabnya..hahaha
Catat Ulasan