Rabu, 17 Ogos 2011

Movie Review : Senario Ops Pocot

Assalamualaikum.....


Gugle
 Dah lama tak review filem kan. Sebab dah lama tak pergi cinema. Baru2 nie, purchase Astro First untuk cerita nie. Sajer nak kasi meriah sebab ada in-laws datang buka puasa kat rumah kan.

Cerita nie sangat santai. Senario has back on track. Ada a few Senario movies previously yang kita rasa tak berapa menghiburkan. Tapi yang nie, memang lawak jer kerjanya. Berulang kali kami satu family tengok sampai gelak2 besar. Siap family in law pun tergelak2 tengok. Santai la. Sangat simple, but creative.

Sinopsis macam biasa, kita tak nak buang masa u all untuk baca. Ada banyak sinopsis feed di alam maya nie.

Cuma keikhlasan Metrowealth nie mengetengahkan RELA dalam filem nie, memang kita tabik la. Memang tak pernah langsung dalam sejarah RELA nie dipromosikan. Secara tak langsung, ini memberikan penghargaan kepada RELA dan juga sebagai satu education kepada masyarakat tentang wujudnya RELA dan fungsi RELA dalam membantu keutuhan sosial dalam masyarakat Malaysia.

Lakonan Mr. Os sangat menarik. Welcome back Mr. Os!! Mantap laaa....
Idea jalan cerita dan skrip memang sesuatu yang baru dan fresh. Suka sangat tengok babak Mazlan (Lan Pet Pet) di hantar ke kem latihan menaiki motor seorang India. Walaupun berlainan bangsa, tapi hubungan mereka nampak sangat rapat. Babak hanyalah seminit jer rasanya, tapi sangat memberi kesan.

Ada kisah cinta dalam cerita nie..... Bestt..!!

Ok, kita sarankan semua, sokonglah industri filem tempatan.

6 thoughts..:

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

belum sempat nak tgk...kadang2 awe tgk kat u-tube pakai hp jerk...layan sebelum tido...hehe

Suhami Ahmad berkata...

kadang2 cita macam ni yang timbulkan kelainan n ada nilai seninya kan =)

Rahmah Ram Ram berkata...

hahahah..awak HARUS wiken ni anak-anak saya suruh langgan Astro First.

Aziela berkata...

Hawa : boleh gak...jgn tersedak2 atas katil dah ler yer...hehehe

Aziela berkata...

Suhami : Tepat sekali... kena intai dalam terang...

Aziela berkata...

Rahmah : Berbaloi gak kenkadang tu saya rasa. Wiken la yang kita boleh utilizekan pun..hehehe

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink