Jumaat, 12 Ogos 2011

Ayam Kicap dengan Cendawan

Assalamualaikum.....

Aiyyoo..ini kan lagii senang. Rasanya sesiapa jer boleh masak. Sonang yo...cayo lahh...

Maaf lah..gambar memang tak semonggah. Len kali usaha snap sendiri lah. Adam pun sebenarnya dah tak sabar nak buka..tu yg main tangkap muat jer tu..hehehe.

Nak tulis resipi ke? Tak yah la kot. Kita citer sikit2 kat sini jer lah yer.

Ayam yang ada tu, goreng dulu dengan sedikit garam dan kunyit. Kalau boleh, potong comel2 sikit.

Kendian, tumiskan kulit kayu manis dengan bunga lawang sekuntum, pas tuh masukkan bawang merah dan bawang putih yang dihiris sampai wangi baunya.

Kemudian, masukkan ubi kentang yang dipotong kiub dan gaulkan sebentar dalam kuali.
Agak sedikit masak kentang tu, masukkanlah kicap manis dan sedikit air. Biarkan kentang empuk. Lepas tu masukkan ayam goreng tadi, cendawan butang yang dihiris, sedikit hirisan capsicum dan bawang besar yang dihiris bulat. Kalau suka, boleh taburkan lada hitam dan gaul sebati.

Ha..siap.
Senang jer kan. Err..itu cara kitalah. Mungkin ada yang lebih mudah dan ada yang lebih complete dan sedap. So far, hubby kita puas hati dengan yang ini.

Ok...hidangan nie kalau makan dengan nasi panas waktu sahur, confirm berselera.

3 thoughts..:

b a m b a m ' s berkata...

uishhh...sedap gak nie!! hehehe

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

sedapnye ayam masak kicap..lama tak makan..heheh

Aziela berkata...

bambam & hawa : kadang2 yang simple tu yang sedap kan..

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink