Isnin, 8 Ogos 2011

Happy Birthday Hubby..!!!

Assalamualaikum.....

Yer, Sabtu yang lepas ialah birthday hubby kita. Tapi tahun nie jatuh dalam bulan puasa. So, kita masak sikit lebih kurang dan panggil parents in law datang buka puasa bersama kat rumah. Actually sangat berharga la..sebab kita memang sangat jarang memasak kat rumah. Kalau nak masak yang macam untuk dinner nie, memang boleh dibilang la kot. Tapi, sorry dear hubby. Tak ada kek. Nanti susah pulak nak makan habiskan sebab time bulan puasa. Family members yang lain bukannya makan kek sangat. Sekadar rasa secubit dua jer. Nak bagi neighbour, tak surela diorang ada kat rumah atau tak.

Kita masak tak banyak pun. Ala kadar jer. Sabtu tu, pukul 3 petang baru sampai rumah dari membeli barang2 basah. Maklumlah, jarang masak. Maka bawang dan segala barang basah memang tak ada. Macam tak jejak ke lantai kita berlari2 dalam rumah nak sediakan semua benda. Mana nak kupas bawang, siang ayam, siang ikan, basuh sayur dan segalanya. Alhamdulillah...ngam2 waktu buka, semuanya selesai.

Tengok gambar jerlah dulu yer. Inipun si Adam yang tolong snap. Mama dia dah tak sempat nak layan. Tak complete pulak tu... air pun langsung dia tak snap. Nanti kita masukkan gambar air kemudianlah yer.


Ikan Bawal Masam Manis dengan Sirap Bandung Laici


Sup ubi kentang dan lobak bersama meat ball


Special request from hubby : Ayam Masak Kicap Bercendawan


Selera anak bujang : Macaroni Goreng


Kudapan Iftar : Makaroni Bakar
Itu antara juadah yang kita sediakan. Lepas tu mother in law datang, bawak lagi kari kambing, rojak tahu, sambal tempoyak dan cucur udang. Memang penuh sungguh meja.

Ikan tu memang favourite Adam dan hubby. Father in law puji kata sedap...yeyyy... Father in law kita memang cerewet sungguh bab makan nie. Mother in law kita pulak asyik mengulang sup tu. Tapi dia paling suka air bandung kita. Terima kasih Cik Mat Gebu. Kita follow resipi Cik Mat tu.

Macaroni goreng, resipi sendiri. Macaroni bakar, main ingat2 sendiri jer. Konon nak buat macam Cik Mat gak, tapi x tau laa sama ker tidak. Tapi Adam memang suka betul. Lepas tu mother in law kita pun suka. Dia ingat kita beli..hehehhe. Bila kita cakap kita buat sendiri, memang terperanjat betul semua orang. Hehehe. Yer la, tak pernah buat. Baking tray pun, tengahari tu baru beli..hehehehe.

Yang penting, plan kita untuk hubby berjaya. Alhamdulillah. Hubby suka dengan semua. Tapi...tak ada thank u pun. Hemm..orang lelaki memang mcm tu la.  Nak kena bersuruh kan..hahaha.

Oh yer...resipi nanti kita bagi satu2 yer...



4 thoughts..:

Rahmah Ram Ram berkata...

Hehehe... Wah makaroni bakar.. Sedap tu.. Nanti boleh share resepi ye awak. Lepas ni bolehlah saya try blajar buat. Seronok betul masak Pn Aziela masak. Specially sambal ikan bilis dia... Phew!! Nangis..

Aziela berkata...

Rahmah : Ayooo..main campak2 jer wak. Dah x sempat.

BeloG MTT berkata...

Wahhhhh,happy besday to sis hubby ! :)

Aziela berkata...

MTT, tengkiu..tengkiu..hehehe

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink