Kenangan Hari Raya di Masa Lampau

2 comments
Assalamualaikum.....

Adduuhh.....esok dah nak raya. Dan hari nie kita masih kerja. Tak apa lah...tahun depanlah kita pulun. Lagipun tahun depan turn raya dengan mak kita..yeyyy.

Teringat zaman kecik2 dulu. Bila lagi 2-3 hari nak raya, semua orang dah penuh berkumpul di rumah atuk. Kita yang palik seronok sebab kita memang duduk dengan atuk dan kita plak cucu sulong. So, bila nak raya, mak ayah ada, makcik2 dgn pakcik2 semua ada dan sepupu2 kita semua ada. Mak kita ada 7 adik beradik. Meriah betullah bila nak raya.

Zaman kecik2, family kita semua gotong royong masak dodol, bakar lemang, buat ketupat dan of course sambal goreng jawa disamping rendang dan kuah kacang.




(Tq Cik Gugle..)

Tapi bila dah besar nie, dah tak dapat lagi suasana macam tu. Semua orang dah ada rumah sendiri dan semuanya buat persiapan dirumah masing2 jer. Cuma pagi raya jer berkumpul.

Tradisi family kita, sebaik selesai solat subuh, dalam pukul 6.30 pagi, semua ahli keluarga dah berkumpul di rumah atuk. Semuanya memohon ampun dan maaf mengikut turutan. Atuk dan nenek duduk dan dimulakan dengan mak kita sebagai anak sulung. Sampailah kepada pakcik yang bongsu, dan kita pula mendahului di kalangan cucu sebagai cucu sulung. Hingga ke akhirnya.

Untuk pengetahuan semua, acara ini bukanlah acara bersukaria. Bermula daripada sentuhan pertama orang pertama bersalaman, maka akan berjurailah air mata sekalian yang ada. Sampai ke nenek kita, pasti akan ada tangisan hiba yang lebih mengundang sendu dan pilu. Sebabnya, mak kita ada 2 orang abang dan seorang kakak. Tapi abang2nya meninggal masa kecil. Dan kakak mak kita, (arwah Mak Long Misah) meninggal sewaktu umurnya 21 tahun. Kenangan adik beradik mak dan atuk nenek dengan arwah Mak Long sememangnya masih utuh. Jelas kerinduan yang ketara di pagi raya.

Selesai semua orang bersalaman, maka kami semua akan bergegas pula menziarahi kubur. Kubur moyang, arwah maklong dan sebagainya. Kadang2, sampai 6-7 bji kereta sekali pergi. Sementara tu, kepada wanita2 yang tak boleh ke kubur sebab 'bercuti', akan siapkan hidangan di pagi syawal dan mula memasak sambal goreng jawa.

Selesai di kubur, balik rumah nenek semula. Masa nielah semua orang makan beramai2 dan kebisingan dan kekecohan itulah kegembiraan di hari raya. Selepas makan, barulah bersiap untuk ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri.

Selesai solat, yang lelaki akan ikut kumpulan2 kawan mereka untuk ziarah di seluruh pelosok kampung, sementara kaum wanita tunggu di rumah dan melayan tetamu. Dulu2, satu hari kami akan terima sampai 8-9 kumpulan orang kampung yang besar. Satu kumpulan mungkin terdiri daripada 20-30 orang. Tapi sekarang nie, dah tak berapa ramai. Dan kita dan adik2lah yang sampai rasa menyampah duduk kat rumah sebab tak kering tangan asyik nak kena basuh pinggan jer. Kalau ada lagi sekarang, kita rasa pakai paper plate jer la kot...hehehhehehe.

Tahun nie, kita di rumah ibu mertua dan kita masih bekerja. Insyaallah, kita akan masak rendang ayam malam nie (kalau hubby berjaya membeli ayam) dan rebus ketupat. Ehm..ehem...inilah kali pertama kita nak buat ketupat sendiri. Semoga berjayalah hendaknya. Iyalah, saban tahun rebus nasi impit segera, tapi Sabtu lepas tengok ramai pulak yang jual ketupat. Terdetik pula nak cuba buat sendiri. Hubby kita memang x pandai anyam. So, kita anyam sorang jer la semalam. Dah selamat 50 biji selesai dalam masa 2 jam. Trial jer. Kalau ok, Insyaallah boleh buat lagi kan...

Macam mana dengan u all semua?

Berhati2 di jalan raya dan berhati2 dalam berkata.
SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 thoughts..

Unknown berkata...

Aka...best nya buat gotong royong raya hehehe.... balik mana tahun ni?

Aziela berkata...

Hubby dengan akak dekat2 jer... Me in N9 and hubby in Malacca... so pagi tempat lain, petang tempat lain...