Assalamualaikum.....

Ada banyak kontroversi cerita nie kan.... Cerita pasal samseng, tapi as usual tentang kehebatan polis.

Filem arahan Farid Kamil dan diterajui oleh Farid Kamil juga di samping Kamal Adli.

Tengok di Astro First jer. Basically genre aksi komedi. Bab aksi, bab komedi, not bad. Bab jiwa2, macam biasa sampai di hati. Kamal Adli memang ada kualitinya yang tersendiri. Farid Kamil macam biasa, bab aksi memang best dan bab lawak dia pun memang boleh pecahkan ketawa. Pelakon2 yang lain pun semuanya ok2 belaka. Even David Teo pun sangat best dalam cerita nie.

Yang tak bestnya.....


Segala2 yang berkaitan dengan polis!

Sangat sakit hati tengok operasi polis dalam cerita nie. Nak serbu rumah penyangak, polis pun jadi penyangak. Main redahh jer.  Bab2 prosedur polis ni, Yusof Haslam lah yang expertnya. Maybe Farid Kamil kena fokus lebih dalam bab prosedur nie. Bukti ketidakpedulian Farid dalam prosedur nie pun kecoh baru2 nie yang dia memakai pakaian seragam tentera masa majlis resepsi perkahwinannya. Dahlah tu, ikut suka hati topi pakai unit lain punya, baju dan badge bahu indicator lain, badge di dada unit lain. Campur aduk. Pakaian tentera dan pakaian polis ada undang2nya sendiri. Nak detail, sila baca di blog wartawan profesional yang menulis dengan hati dan berlandaskan etika kewartawanan iaitu Hazrey. Etika wartawan dan cara jadi wartawan di Malaysia adalah lain, ok...



Hah, lagi satu. Simple things. Sangat2 simple. Kamal Adli adalah 'tuan besar' dalam pasukan polis kat sini, tapi sangatlahhh selekeh! Siapa make-up artis, siapa jaga wardrobe? Fine, buat kerja undercover, tapi tak yahlah selekeh macam tu sekali. Rambut panjang. Sangat tak menggambarkan watak komando polis ok.

Maaflah. Kita review jujur dari hati. Moral of the story? Nothing much. Biasa2 jer. Tapi kita value message Farid Kamil dalam menentang dadah. Dia punya gengster besar tu pun, dia tak mau bisnes dadah. Dapat rompak dadah pun dia buang dalam laut. Ok, fine, cerita saja. Kalau gengster betul, rasa2nya dia nak buat ke macam tu?


Read More
Assalamualaikum.....

Back to back. Lepas tengok Breaking Dawn itu hari, terus sambung tengok Ponti vs Omi pulak. Disamping menonton filem Hollywood, filem tempatan pun kita mesti sokong juga kan.

Kita pilih cerita nie sebab Afdlin Shauki. Afdlin selalu beri satu kelainan dalam filem2nya. Kita suka. Selain daripada tu, sebab Adam pun request nak tengok.

Sinopsis ialah pasal Nabil yg transform jadi Pontianak dan Johan yang transform jadi orang minyak. Bezanya, Johan memilih secara sukarela sebab hasutan syaitan iaitu boss besar org minyak (Harun Salim Bachik).
Nabil pula, terrbunuh diri sendiri sebab nak berkaraoke di warung kopi Farah Fauzana yang sedang sarat mengandung sulung. Patutnya Farah yang mati dan jadi Pontianak, tapi dah Nabil pulak ter mati. Salah sasaran. Jadilah Nabil pontianak kerana terpaksa.

So, mereka berdua sama2 belajar menjadi hantu dalam bidang masing2. Of course dalam belajar, ada test. Sebabkan dengki ngan diorang oleh rakan2 sepengajian, mereka ditest melaksanakan misi dan skill hantu mereka di Kg. Puaka.

Kg Puaka nie ketuanya ialah Afdlin, jadi Pak Rejab. Penuh dengan pawang2 dan bomoh2 handal. Semua hantu takut nak masuk kampung nie sebab 'dipagar' dengan jampi berkuasa. Heheehehhe. Pak Rejab nie pun sikit punya power. Bini dia ada 3. Nama bini2 dia, Satu, Dua dan Tiga sebab mereka ialah wanita cantik yang berasal dari pontianak. Pak Rejab dah paku tengkuk diorang. Heheheehe.

Disebabkan kaya rayanya Pak Rejab nie, adik iparnya iaitu bomoh handal sudah cemburu dan dengki. Nak take over. So, dia dan bininya iaitu adik Pak Rejab menjalankan misi take over. Mcm mana? Kena tengoklah endingnya kan.



Pak Rejab dan Assistant

Farah Fauzana yang sedang mengamuk di warungnya.

Ponti dan personal tutor, Senior Ponti. 

Adik ipar Pak Rejab dan adik Pak Rejab. 

Cerita nie memang cerita tahyul. Nama pun komedi. Seram pun memang tidak lah. Sangat2 bahan hiburan ringan berserta moral story yang biasa2. Tapi, berani lah Afdlin buat filem nie. Confirm bnyk yg kritik. Pada kita, nak kritik buat apa lagi. Dah nama pun hiburan ringan. Mmg dari awal cerita nie cerita tahyul. Bukan macam certain filem yang konon berkualiti dan bagus, tapi di bawah sedar sebenarnya membodohkan penonton. At least cerita nie jujur.

Afdlin, sama macam Mamat Khalid. Filem2nya jujur.

Yang menarik ialah semua pelakonnya hebat2 belaka. Tengok Farah Fauzana jer dah rasa teruja sangat2. Walaupun sedikit, tapi kualiti lakonannya much..much..much more better dari filemnya Jin Notti. Itu belum tengok lagi Adibah Noor dan anak2 daranya. Belum tengok lagi Sharifah Shaheira dan Sharifah Amani. Tapi kesian Nabil. Dahlah muka pontianak dia yang paling buruk antara pontianak lain, dia nak bercakap pun susah sangat sebab pakai gigi double dengan taring. Itu belum terperanjat lagi tengok wanita jelita Vanida Imran baca jampi tu.

Tapi kan, pelakon perempuan semuaaa gorgeous. Pelakon lelaki, tak ada yang boleh buat desert. Erkk..!!

Sesiapa yang nak tengok cerita nie, harus buka minda anda. Buang sifat pesimis. Maintain optimis. Kalau tak boleh, tak perlu tengoklah. Tunggulah lagi 2 tahun nanti keluarlah kat tv masa raya. Tengok pun, tak ada hasil, melainkan anda rasa nak berhibur dengan aspek baru industri filem Malaysia.




Read More
Assalamualaikum.....


Ha, kita tengok tau cerita nie last week. Giler best lah.... Hanis Zalikha jadi Mariam dalam cerita nie. Not bad at all bagi pendatang baru macam beliau. Lakonannya tak kaku.

Cerita dia simple jer. Bahan hiburan ringan di samping pengajaran moral yang lain2. Contohnya, kalau nak jadi gebu macam Gaga Gebu, kena makan ulam buah putat setiap hari. Hehehehehhe.

Ala-ala cerita Cinderella pun ada. Cuma bezanya, disesuaikan dengan kehidupan kita lah kan. Kalau Cinderella cicir kasut, Prince Charming cari seluruh kota. Cerita nie, Mariam di cari serata kampung oleh anak orang kaya kampung merangkap ketua kampung (Azhar Sulaiman) kerana kelazatan karinya yang tertumpah kat anak ketua kampung. So, Aiman selaku heronya (Danial) cari puteri idaman dia dengan cara menganjurkan pertandingan memasak kari tersedap di kampung.

Kehadiran Azad Jasmin selaku kontraktor kampung yang terkenal dan kononnya dari keluarga Cina amatlah memeriahkan. Dengan pelat Cina dan romantik geli gelemannya, memang sangat melucukan.

Apa-apa pun, tahniah Hanis. Dah melangkah setapak lagi ke hadapan.


Klik nama Hanis untuk ke blognya. Tapi, nampak gaya blog Hanis pun ada masalah malware juga. Banyak sungguh blog yg ada masalah nie. Nuffnang tak nak solvekan cepat2 ke?


Read More
Assalamualaikum.....





Read More
Assalamualaikum.....


Ada suatu masa nie, Mommy bagi kita kulit wantan yang kering. Katanya kawan yang bagi. Kawan Mommy nie ada kilang perusahaan industri kecil yang memproses macam2 makanan tempatan. Kita memang tak pernah makan, apa tah lagi memasaknya. Tapi Mommy kata masak macam mee sup biasa. So, selepas bertapa kulit wantan tu dalam peti ais, kita decided untuk cuba masak. Memang teringin nak cuba, tapi asyik tak ada masa jer.

Hubby dengan Adam pun tak pernah makan dan diorang agak skeptikal sikit. Sedap ker nanti...?

Hasilnya, Alhamdulillah. Masak untuk makan lunch. Bertambah2 kami makan.

Kita just tumiskan sedikit bawang putih sampai wangi, kemudian masukkan air dan kiub pati ayam. Bila dah mendidih, masukkan batang sawi. Dah lembut batang sawi, baru masukkan daun sawi, kepingan kulit wantan dan crabstick.


Bila dah masak, perasakan garam. Terus hidang.

Nak makan, taburkan bawang goreng dan cedokkan sambal kicap. Bawang goreng, kita buat sendiri. Sedap sangat kalau buat bawang goreng sendiri.

So, sampai ke petang hubby dok tanya ada lagi tak sup nie.

Lepas nie kalau jumpa kat mana2 kulit watan nie, boleh beli. Senang sangat nak masaknya. Nak tambah udang ke, ayam ke, daging ke, ikut suka kita lah.




Read More
After a year of waiting, finally I watched it with Adam and hubby.

The final part of Twilight Saga.

The satisfaction of watching the movie is so different from reading the books. I expect more in the movie but at the end I realized. How long could the movie be if the whole book is being transformed...

So all in all, it is a powerful ending. The crucial question left blank in the book was finally answered in the movie. So, that was it...? That was what Alice showed to Aro... It was amazing.....

The new powerful Bella

Bella learned hunting


You may shut your mouth, Emmet!

The cottage. 

Mother and daughter


Zafrina meets Renesmee

The handsome and cool Alec

Kate's electric power does nothing on Bella


The total books are undeniably attractive. I could read and read and read those books. The movies are quite amazing. But, I really feel that from the beginning, Stephanie Meyer could choose someone else other than Kristen Stewart to be Bella. And the most beautiful vampire which is Rosalie could be played by someone else which could suits the character best. 

Owh, in the book, Alec's power is a transparent mist, hardly seen even to the vampires' eyes, but in the movie his mist is more like dark spooky smoke. That is frustrating. 

Besides, the biggest frustrating ever is Bella's shield power doesn't projected as strong as it should be as in the book. 

Other than that, all are awesome. 

I just wish I could go and watch it once again alone and send myself into the screen. 




Read More
Assalamualaikum.....

Ok..macam pelik kan.

Ada novel baru di pasaran. Rasanya dah mula ada di market minggu nie.

Novel terbaru dari Eliza AB. Respect betul. Dalam masa setahun, Eliza dah producekan 2 novel yang mantap. Kita dah pernah review novel pertama beliau di SINI.

Memang dah plan nak beli, tapi tiba2 Novelis Yusnida Tajudin buat contest untuk novelnya Biar Cinta Bertaburan. Antara hadiah untuk 3 tempat pertama ialah novel Gurauan Berkasih. Teruja juga kita nak mencubanya. Manalah tahu ada rezeki kan. Tapi kalau tak ada hadiah tu pun, kita tetap akan join contest tu sebab novel Biar Cinta Bertaburan adalah antara novel kesayangan kita. Kita dah review kat SINI.

Keputusan untuk contest nie dah dikeluarkan Jumaat lepas. Tapi kita tak sempat jenguk. Tapi masa hari Sabtu, kita terima message dari novelis tu mengatakan kita mendapat hadiah saguhati. Seronok rasanya sebab masa kita join tu memang time busy. Buat karangan pun, ayat2 skema dan lurus bendul jer. Cumanya hadiah saguhati nie, tak dapatlah novel tu sepatutnya. Tapi Eliza AB telah bermurah hati untuk beri juga novelnya kepada kita, mengikut kata novelis Yusnida Tajudin. Syukur Alhamdulillah.

So, dalam pada kepala macam nak pecah pikirkan kereta nie, terubat juga hati bila dapat berita gembira macam nie.

Terima kasih Ya Allah.

Alhamdulillah kerana rahmatMu
Alhamdulillah di atas ujianMu
Alhamdulillah di atas kasih sayangMu



Read More
Assalamualaikum.....

A longggg week last week. A tiring and full of controversy week. The matters are still clogging up my mind up to this second and it will be here forever!

Ok...breath in...breath out... FUHH!

Think positive...negative will makes me older every second...

The car brokedown because of overheating. Hubby didn't notice and never expect that the temperature meter has sky rocketed to the highest reddish danger level. The thermostat at the main hose cracks and emptied the whole cooling liquid supply in the engine.

The outcome? Overheating!

Current status after CSI been done by the expert, total destruction at the engine head and intake manifold. Don't ask about gasket cover. Melted!

So, no choice. We need to utilize the ultimate power of problem solving skills that we have.

And the solution is yet to be found.



Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama