Ada banyak kontroversi cerita nie kan.... Cerita pasal samseng, tapi as usual tentang kehebatan polis.
Filem arahan Farid Kamil dan diterajui oleh Farid Kamil juga di samping Kamal Adli.
Tengok di Astro First jer. Basically genre aksi komedi. Bab aksi, bab komedi, not bad. Bab jiwa2, macam biasa sampai di hati. Kamal Adli memang ada kualitinya yang tersendiri. Farid Kamil macam biasa, bab aksi memang best dan bab lawak dia pun memang boleh pecahkan ketawa. Pelakon2 yang lain pun semuanya ok2 belaka. Even David Teo pun sangat best dalam cerita nie.
Yang tak bestnya.....
Segala2 yang berkaitan dengan polis!
Sangat sakit hati tengok operasi polis dalam cerita nie. Nak serbu rumah penyangak, polis pun jadi penyangak. Main redahh jer. Bab2 prosedur polis ni, Yusof Haslam lah yang expertnya. Maybe Farid Kamil kena fokus lebih dalam bab prosedur nie. Bukti ketidakpedulian Farid dalam prosedur nie pun kecoh baru2 nie yang dia memakai pakaian seragam tentera masa majlis resepsi perkahwinannya. Dahlah tu, ikut suka hati topi pakai unit lain punya, baju dan badge bahu indicator lain, badge di dada unit lain. Campur aduk. Pakaian tentera dan pakaian polis ada undang2nya sendiri. Nak detail, sila baca di blog wartawan profesional yang menulis dengan hati dan berlandaskan etika kewartawanan iaitu Hazrey. Etika wartawan dan cara jadi wartawan di Malaysia adalah lain, ok...
Hah, lagi satu. Simple things. Sangat2 simple. Kamal Adli adalah 'tuan besar' dalam pasukan polis kat sini, tapi sangatlahhh selekeh! Siapa make-up artis, siapa jaga wardrobe? Fine, buat kerja undercover, tapi tak yahlah selekeh macam tu sekali. Rambut panjang. Sangat tak menggambarkan watak komando polis ok.
Maaflah. Kita review jujur dari hati. Moral of the story? Nothing much. Biasa2 jer. Tapi kita value message Farid Kamil dalam menentang dadah. Dia punya gengster besar tu pun, dia tak mau bisnes dadah. Dapat rompak dadah pun dia buang dalam laut. Ok, fine, cerita saja. Kalau gengster betul, rasa2nya dia nak buat ke macam tu?
10 thoughts..
tak brp suke cite nie..rasa mcm boring
Satu komen yang bagus dan jujur.
Lepas ni saya baca komen2 awak dulu sebelum bayar 15 ringgit kat Astrofirst.
Salam hari Jumaat.
Wina : True.
zouldahan : Tapi x semua yang saya langgan, Doc.
kalau setakat tengok pelakon dan trailer, saya tak cukup yakin untuk tengok. huhu~
Nak buat citer samseng kene interbiu samseng la nampaknya kan?
dah sangat lama tak masuk wayang. download lagi lah -_-
GB : Akak konon nak support industry...
azieazah : Ataupun join membership..hahahahahaha
nazra : Kami pun x lah selalu sangat.
Catat Ulasan