Isnin, 31 Disember 2012

Selamat Tinggal 2012. Welcome 2013!

Assalamualaikum.....


Hari nie adalah hari terakhir kita semua berada di dalam tahun 2012. Insya Allah kita semua akan melangkah ke tahun 2013 esok. Hari nie, kita nak kena uruskan pendaftaran sekolah Adam dan membeli beberapa lagi buku yang tiada stok minggu lepas. Kena beli vest juga sebab tahun pertama dia jadi pengawas. Tak taulah ada size ke tak. Maklumlah, ukur lilit pinggang Adam tu, setara dengan lelaki remaja dan dewasa.

Bagaimana penilaian anda untuk kehidupan anda di tahun ini? Secara lahiriah dan batiniah. Ada pencapaian apa2 tak tahun nie? Kadang2 penat berazam, tapi x tercapai. Yang tak disangka2 pula kita raih kan...?

Personally untuk kita, tahun nie adalah tahun yang sangat mencabar. Mencabar kesabaran, intelektual, kematangan dan cabaran penguasaan minda.

Ada yang pedih, ada yang gembira. Antaranya :

- Kita menghuni hospital sampai seminggu
- Hubby pula kena slip disc
- Kereta hubby destroyed (partly)
- Perkahwinan adik bongsu
- Jalan2..makan2
- Kejayaan Adam

dan tak lupa juga, ukhuwah dengan bloggers bertambah mantap. Kenalan dari kalangan blogger bertambah ramai. Syukur Alhamdulillah....



Bagaimana dengan anda?

5 thoughts..:

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

antara yang manis tahun ini dapat berkenalan dengan blogger ada2 Aziela My Rainbow.. terbaekkkk!!

Rai Ourkizuna berkata...

walau pun berakhir dgn berita kurang enak..keseluruhannya 2012 lebih baik dari 2011. semoga 2013 akan lebih baik lagi.. insya allah..

selamat tahun baru kak..

ummiross berkata...

Alhamdulillah, semuanya dapat dihadapi dengan penuh redha kan, Moga Allah menambahkan kurniaNya buat Aziela sekeluarga ditahun2 mendatang,doakan ummi n family juga ye.

محمد رازيق berkata...

selamat tahun barukak. moga kita semua penjadi lebih kuat :)

Hanif Idrus berkata...

Datang sini nak mengucapkan Selamat Tahun baru 2013....semoga persahabatan kita kekal berkekalan

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink