Kenangan Zaman Sekolah : Tersagat Muka di Tembok Tentera

25 comments
Assalamualaikum.....

Tiba2 teringat masa tingkatan 4. Pada tahun tu, kebetulan Nadwah SBP peringkat kebangsaan di adakan di sekolah kita. Entah macam mana, kita terpilih untuk menjadi salah seorang AJK. Wah, seronok bangettt dapat jadik committee. Jadi committee pula dengan rakan2 underground kita. First time tu...

So, masa hari pendaftaran, kami bersama2 uruskan pendaftaran peserta2. Setiap sekolah menghantar antara 20-30 orang peserta. Ada 33 buah sekolah yang terlibat dari seluruh Malaysia masa tu. Seronok sangat2. Dapat kenal kawan2 baru, dapat bertukar pendapat dan memanjangkan ukhuwah hingga ke akhirnya. Tapiii, paling kita dengan kawan2 rapat tak boleh tahan ialah dengan sebuah sekolah lelaki nie. Maaflah yer, kalau ada sesiapa yang terlibat... Kita maksudkan dengan MTD. Hehehehehhe

MTD punya peserta didatangkan dengan trak tentera. Sangat macho ohkay... Gagah perkasa jer nampaknya. Tapiii..sebaik saja mendaftar, ada a few antara mereka yang bercakap dan bertanya soalan dengan sombong dan sinis. Beberapa kerat jer yang macam nie, teruslah kami mark kan semuanya. Nila setitik punya pasal kan. Menyampah terus kami dengan mereka. Nasib baiklah lelaki... so committee lelaki jer yang layan.

Dalam seminggu nadwah tu, ada banyak program dan macam2 persiapan yang kena buat kan. Kami nie sampai tak cukup tidur jadinya sebab uruskan segala macam tu. Tapi, ada sehari, kami ada training Biro TataNegara di Kem Pasir Panjang, Port Dickson.

Di situ, semua peserta kena ikut segala macam aktiviti. Termasuklah aktiviti melepasi halangan yang macam tentera tu. Sepatutnya AJK tak perlu join, tapi dah alang2 ada kat situ dengan segala komando dan trainer ada kan...mestilah tak boleh lepaskan peluang.

Semua halangan kita lepas, termasuk merangkak/meniarap bawah kawad duri tu kan. Takder sangkut langsungg pun. Maklumlah, masa tu kurus dan slim melim lagi. Seronokkk jer join latihan nie.



Tapi entah macam mana, masa nak naik tembok bertingkat, kita boleh jadi gerun pulak. Kawan2 tak naik pun, sebab tak confident. Tapi, kita terpengaruh dengan panggilan motivasi pakcik komando, so trylah juga.
Macam mana nak describe yer...sebab kita google gambar benda tu tak jumpa pula.

Tembok tu, didirikan sekeping sekeping...dengan jarak lebih kurang 2 kaki setiap satu. Dari yang rendah, ke yang paling tinggi. Macam tangga, tapi kena lompat untuk ke tembok yang berikutnya. Setiap tingkat tembok nie, di kiri dan kanan ada komando yang jaga dan di bantu oleh pelajar MTD. Maklumlah, diorang memang expert kan. Bantuan tu macam tolong sambut peserta ke, tarik tangan peserta ke untuk loncat. Tapi kita langsung tak pedulikan huluran tangan mereka. Kita kata kita boleh buat sendiri. Punyalah nak jaga aurat, x nak sentuh lelaki kan. Tak ada lapik..susah la kan.

Tapi, masa nak sampai ke tembok yang paling tinggi, kita terus rasa gerun. Sangat takut sebab tinggi. Pandang bawah, gerun gila sebab jauh betul tanah tu rasanya. So, berdiri teragak2 kat situ sambil panik dan berfikir, nak loncat macam mana. Budak MTD yang jaga bahagian kita, beria2 hulurkan tangan, nak tarik. Macam2 motivasi dia beri, pujuk lah, tekniklah, itu inilah... Tapi disebabkan menyampah kat nila setitik masa pendaftaran tu, kita terus buat sombong, tak pedulikan offer dia.

Pindah ke sebelah pula, ada pakcik komando jaga. Pun macam tu juga. Macam2 ayat dia bagi...tetap teragak2 juga. Last2 dia dah mula kuatkan suara, kita yang dah sedia panik nie, terus hilang akal. Terus sambut tangan dia dan nak loncat. Masa tu dah lupa dah berlapik ke tidak ke... Takuuttt!

Tapiii...disebabkan panik, kita tak dapat balancekan body. Tak sampai ke tembok tu. Jatuh di tengah antara 2 tembok tu. Nasib baik pakcik tu kuat dan kita sambut tangan dia. Kita dapat pegang dia sebelah tangan jer, dan dalam usaha dia nak tarik kita, kita dah terhayun di celah tembok. Tangan semua dah tersagat dengan sisi tembok yang kasar sangat tu.  Dah calar balar. Sebelum pelajar MTD tu tiba untuk tolong tarik kita ke atas, tiba2 pakcik komando tu pun hilang balance.

Maka kami berdua terus menjunam ke bawah....ke tanah. Tapi pakcik tu sempat cover muka kita sikit. Terharuu sangat. Gentleman ohkay...

Bila dah mendarat terpontang panting atas tanah di celah tembok tu, semua MTD students datang pada kami dan terus kelam kabut bantu kami. Diorang berkerumun juga kat kita... tapi kita terus lari terdengkot2 sebab kaki dah terseliuh. Panik, lelaki penuh kat keliling. Mana pernah berdepan dengan lelaki ramai2 sorang2 kita...tambah lagi kena kerumun mcm tu. Tapi, sempatlah minta maaf mohon ampun kat pakcik komando tu. Kesiaaan dia. Jam dia pecah. Maybe sebab nak cover muka kita. Nama dia pun kita tak tahu.

Bila kawan2 datang dengan First Aid Kit, baru kita tahu, tudung kita dah penuh darah. Hidung, pipi semua calar balar. Besi spek kita dah calarkan batang hidung yang sampai sekarang masih berparut sebab memang dalam lukanya.

Tapi, lepas tu barulah kita insaf. Budak2 MTD nie, bukan setakat macho jer, diorang semua memang baik sangat rupanya. Mungkin skill communication tu agak kasar sikit jer sebab sekolah dia lelaki semua.

Kalaulahh kita tahu siapa yang membantu tu, kita teringinnn sangat nak mohon maaf dan nak ucapkan terima kasih kepada mereka.


.

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

25 thoughts..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

alahai.. nasib baik tak cedera parah..

Unknown berkata...

aduh kak..tak dapat saya bayangkan sakit+pedihnya tersagat tembok..

biasa kan zaman sekolah..kalau ada budak sekolah lain yg perangai huduh tu habis satu sekolah pun kita cop huduh..

Kamsiah yusoff berkata...

hehe..kelakar ada,sedih pun ada..
salam kenal & follow sini

Dr K berkata...

kenangan betul tu..siap ada parut..:)

makchaq berkata...

Tak boleh bayang.. mesti sakit, tapi selalunya bila control ayu punya pasal sanggup tahan...

Kakzakie Purvit berkata...

Agak-agak Azielah ada tak diantara mereka yg berbaca N3 ini. Cepatlah pada yg terlihat boleh jalin ukhuwah balik kan...

Seronok bila kenang masa sekolah. Tapi kakak tak pernah mengikuti kem seperti ini.

Rozita Ceritaita berkata...

nasib takde yang ngurat..hahaha...

ita bukan duduk sg derhaka tp bandar putra.

~Liya Sufiah~ berkata...

teringat saya masa kt politeknik dulu... ada jgk peristiwa myayat hati mcm tu... tp sy ms tu naik menara... x blh turun. ms tu la baru tau rupanya fobia gayat sy ni thp sgt truk... huhuhu. tq p.cik jurulatih yg mmbantu.

NzA berkata...

eksen ek depa tu.....
program ni mcm Kem Membina Semangat yg wajib dilalui oleh Guru Pelatih sblm brgelar guru brtauliah....mmg lasak.

gadisBunga™ berkata...

erk....ada tinggal parut tak??

gadisBunga™ berkata...

silap soalan.

calar berparut tu lama tak nak baik? hidung tak patah kan??

Mrs Velentine berkata...

jadi kenangan smpi kini kan..

Afasz berkata...

singgah n follow sini \

dr afasz.blogspot.com

Aziela berkata...

Seri Kandi : Syukur tak patah riuk, kak.

Aziela berkata...

Rai : Betul kan...suka suki jer kutuk sekolah orang lain. Siap ada nama gelaran lagi kan..

Aziela berkata...

Kamsiah : Semua tu kenangan manis. Tq follow sini yer

Aziela berkata...

Daddy Ziyad : Sebab tu lah tak pakai contact lense, Doc. Nampak parut. Kalau pakai spec, boleh cover...hahahahaha

Aziela berkata...

Makchaq : Makchaq mcm ada experience jer kan... Betul tu. Bila malam, menyeringai tahan sakit.

Aziela berkata...

Kakzakie : Since mereka lelaki...rasanya kemungkinan mereka membaca entry nie, nipis kot.

Aziela berkata...

Rozita : Uishh... program Nadwah tu...mana boleh ngorat2 kan.

Aziela berkata...

Puteri Saidatul : Itulah untungnya join program. Kita mengenali diri kita sendiri.

Aziela berkata...

NzA : Hahahha..tu lah tanggapan kami kak. Guru2 memang banyak aktiviti lasak kan. Mesti letih...aduhh

Aziela berkata...

GB : Hahahahah..lawaklah GB nie. Parut ada sampai sekarang. Batang hidung kira macam bengkok sikit la.. Tapi, patah tu tak la kot...kottt. Tak pernah x-ray pun..hihihi

Aziela berkata...

MV : Sangat2 precious kenangan tu.

Unknown berkata...

hehehe...satu pengajaran yang menarik....last last sekarang ni akak kerja kt Technology Park Malaysia, tinggal kat Sg Besi kan? Dekat tak dgn MTD tu? hehehehhe