Dah lama pendam gambar2 nie sebab tak sempat transfer ke PC lagi.
Kita dah pernah bercerita tentang menghadiri majlis perkahwinan rakan sepejabat dan adik kita datang ke Kuantan sekeluarga di entry tentang banjir di Kuantan.
Entry ini, mungkin tidak akan memberi manfaat kepada pembaca, tetapi kita nak lahirkan penghargaan kepada mereka2 yang di dalam entry ini.
Perjalanan dari Melaka ke Kuantan pada hari Sabtu tu adalah dengan melalui jalan2 kampung dan percubaan untuk eksplorasi Malaysia. Yerlah, selalunya kan ikut highway, ikut jalan besar, ikut bandar besar sehingga kita semakin lupa yang Malaysia lebih daripada itu. Sementelah kami tidak berapa mengejar masa, maka kami bersetuju untuk masuk ke dalam kawasan desa dan pekan2 kecil.
Tahu tak, bila kita lalu pekan2 kecil, kampung2, kawasan felda dan sebagainya... kita akan rasa kagum dan seronok. Seolah2 kembali ke waktu dulu dengan mesin masa. Nampak gerai2 yang menjual pelbagai hasil, anak2 muda yang santai ke kedai menaiki motorsikal tanpa helmet, rumah2 kayu yang penuh bawah rumahnya dengan guni2 baja dan sebagainya memang betul2 merentap pemikiran yang inilah sebahagian lain Malaysia.
Malaysia bukan sekadar Bersih 3.0, bukan sekadar BR1M, bukan sekadar krisis air bersama tenaga sukarela dari Syabas yg kononnya melaksanakan CSR, dan bukan sekadar Silent, Silent.
True enough, perjalanan kami mungkin mengambil masa 2 kali lebih panjang daripada menggunakan kemudahan lebuhraya. Kami berhenti di tepi jalan untuk membeli buah2an segar potong yang dijual dalam van di Simpang Durian. Ada buah ciku manis, ada mangga lemak dan rangup, ada buah betik yang tidak benyek dan ada macam2 lagi. Semuanya produk dari kebun2 kecil yang kami tempuh sepanjang perjalanan.
Kami juga berhenti di beberapa batang jalan raya yang sempit kerana menunggu lori dan bulldozer mengangkut tanah dan membaiki jalan raya yang rosak dan berlubang2 di beberapa tempat seperti di Bukit Miku dan Telemong. Betapa double standardnya Malaysia. Di bandar besar, jalan raya dibaiki, dibesarkan dan diturap rata dan licin. Di kampung2 dan kawasan penempatan rakyat dhaif, lubang2 itu betul2 ditampal setakat yang berlubang sahaja. Tak kiralah besar atau kecik, rata atau berbenjol, janji bertampal. Mentang2lah jalan tu tak ada menteri lalu, tak ada anak raja nak guna.....
Kami juga berhenti di Lanchang untuk membeli buah langsat dan manggis yang bergantungan di gerai2 tepi jalan. Manggis 2kg RM5.00. Dengan saiz yang besar, isi yang manis dan putih melepak serta kualiti yang baik. Dalam satu ikat, mungkin ada 2-3 biji sahaja yang direject. Anda boleh dapat kualiti ini dengan harga begini di bandar besar? Patutlah ramai orang kaya di bandar besar kan. Itu baru aspek buah manggis, belum tengok aspek projek membina stadium lagi. Tak relevan? Manggis dan stadium jauh beza? Betul ker? Terpulang pada mind set anda.
Anyway, kami tiba di Temerloh pada jam 3.15 petang. Kad jemputan tertulis jamuannya hingga jam 3.00 petang sahaja. Kita pesan dengan hubby dan Adam, kalau orang dah kemas khemah, salam pengantin dan kita balik terus. Nanti makan ikan patin di tebing Sg Temerloh jer.
Namun, syukur Alhamdulillah ada lagi rezeki kami. Walaupun meja telah dikemas, tetamu semua sudah pulang, tapi kami dapat hidangan yang lazat juga. Nasi minyak yang sangat sedap dan lembut bersama opor daging Pekan dikawankan pula dengan umbut kelapa masak lemak putih. Syukur Alhamdulillah. Sempat juga kami bertemu dengan pengantin.
Sila salahkan flash camera yang terlalu terang sampai pengantin nampak 'jernih' dan kita seolah2...
Kami teruskan perjalanan ke Kuantan sambil sibuk menelefon dan berhubungan dengan adik kita. Oleh kerana ini ialah kali pertama adik kita dan keluarganya nak melawat kami di Kuantan, maka kami secara rasminya menjadi host dan tourist guide. Sayangnya dia hanya beberapa jam saja di Kuantan kerana mengejar jadual kerjanya di Seremban.
Malam itu, beliau tiba selepas Isya'. Kuantan hujan walaupun tak lebat. Tak juga renyai2. Selepas dinner, terus balik rumah sebab dia perlu berehat.
Esok paginya, hanya sarapan di rumah. Kita buat sandwich tuna yang simple sebagai hidangan. Kemudian kami ke bandar, dan kami jalan2 di gerai2 jualan di padang MPK berdekatan dengan masjid Kuantan.
Oleh kerana malam sebelumnya beliau tak dapat bawa keluarganya jalan2 di tepi Sg Kuantan (keletihan dan hujan), maka kami bawa juga mereka ke situ pagi tu.
Hujan masih turun renyai2. Sebab tu la ada yang pakai cap dan hat (topi).
Abang Ngah sekeluarga
Adam dan Adlina
Mak Long dan Adlina.
Dapat juga bergambar di Sungai Kuantan. Makan tengah hari di Kampung Selamat dan seterusnya membeli satar di Tanjung Lumpur sebagai buah tangan. Beliau terus pecut pulang ke Seremban.
See, ada beza tak kisah di atas dan kisah di bawah? Kisah masyarakat di kampung dan pekan2 kecil serta kisah masyarakat di bandar besar.
Di bandar biasanya makan2, jalan2, bergambar dengan gembira dan melapangkan fikiran.
Di desa2 yang tiada lebuhraya, makan juga, jalan2 juga, bergambar gembira juga, lapang juga fikiran. Tapi kondisinya? Makan nasi dengan sayur seadanya. Ayam 3 ketul, kongsi 8 orang serumah. Ikan selar 3 ekor, dicubit sama rata untuk anak 5 orang. Jalan2 dalam kebun sambil petik pucuk ubi. Lapangkan fikiran atas pangkin tepi rumah sambil memerhatikan lori balak yang lalu lalang tanpa henti, tanpa bertutup balak2 itu dengan kanvas sehinggakan ngilu hati membayangkan kalau salah satu balak itu terluncur dari ikatan rantai besi halus itu dan menghempap manusia lain. Owh, jangan lupa debu2 yang berhamburan setiap kali lori itu lalu. Mana selesanya? Samakah dengan selesanya di bandar di atas?
Bukan kita kata mesti sama bandar dan desa... tapi pembangunan negara seharusnya berjalan serentak. Bukan tertumpu dengan bandar2 sahaja. Jangan dibiarkan jurang yang ada semakin jauh terpisah. After all, apakah laungan 1 Malaysia tidak menyeluruh?
Owh, panjang sungguh bebelan kita hari ini kan. Entah kenapa, rasa macam nak berkongsi sedikit luah bicara. Oh yer, penghargaan dalam entry ini adalah untuk semua yang terlibat, termasuk pemandu lori balak dan peniaga2 jalanan.
.
26 thoughts..
best kan ikut jln dalam...suka!
Salam, Aziela...
Husband akak paling suka ikut jalan kampung, walaupun jauh & lambat sampai tapi suka nak tengok kehidupan orang2 kampung. Kadang2 terlintas juga alangkah bertuahnya kita duduk di bandar besar. Bab buah tu, betul... buah kampung agaknya masih fresh lagi & tiada orang tengah, kualiti baik dgn harga yg murah.
Bagus cerita ini.
Bagus bebelan ini.
Cuma golongan politik bangsawan takkan berubah.
Mereka lebih suka membiarkan yang miskin terus miskin.
Jadi bila dekat2 dengan pilihanraya,
mereka boleh datang menghulur apa2 yang patut.
Itulah sahaja modal mereka.
Ni namanya explore tanahair sendiri..Saya teringin nak buat begini lagi...lalu laluan kampung...Dulu pernah buat, ikut jalan lama dari KL ke Penang...
salam sis aziela
Thanks sudi kongsikan.
sama dgn akk ..suka lalu jalan2 kg..rasa tenang sangat..tp suami akk lbh suka ikut highway..eerrmm jiwa masing2 kan..
Apa lagi bila dah nak PRU ini Aziela akan barulah jalan di kg-kg ditampal sikit-sikit kalau tak jgn haraplah. Kalau accident pun bukan masuk paper tapi kalau dibandar accident kerana lubang memang masuk paper itu yg diambil perhatian.
Sedih... tapi pemimpin tak adil akan ditanya kelak. Jawablah masa tu dak tak boleh balik dunia ini dah..
Eh... kakak pun ikut Ziela bebel juga hihi...
ampun kak.. fokus saya kat entry akak ni banyak terarah pada part makanan tu.. hahaha..
teringat umbut masak gulai masa kenduri sambut menantu (saya la menantu tu) nak makan banyak segann.. tapi sedap kemain.. hahaha..
Mrs Eady : Best..best...hehehehe
Seri Kandi : Banyak kepentingan untuk pemimpin menyusuri jalan dalam nie kan.
hehehe..naseb baik akak pakai tudung merah striking klu tidak akak pon jadi cam ina tak nampak kepala..ekeke..smart la adam hehe...
zouldahan : Makanya dengan modal yang sedikit, mereka terus dapat untung berlipat ganda kan Doc?
Doc, saya rasa sangat terharu sebab Doc rasa bebelan saya ber'isi'. Terima kasih.
Daddy Ziyad : Doc, laluan kampung ke Penang memang menarik kan... Nanti cuba lalu hutan area pulak yer.. Tapi kena tunggu Mommy ZZ sihat dan baby baru besar sikitlah kot.
Tirana Aduka : Aduhai TA. Ngobrol kosong jer nie.
zila norazila : Orang lelaki nak cepat sampai, kak.
Kak Zakie : Itu yang buat kita geram tu kak. Nyawa diorang lagi mahal dari nyawa orang kampung ek? Sebab 'pahala' diorang lagi banyak kot kan... Saya seronok sebab Kak Zakie join saya bebel. Terima kasih kak.
Rai : Allah Rai...lupa pulak akak awak nie tengah preggy. Manalah akak nak cari umbut nie. Shujin boleh carikan tak?
slalunye hubby sy kalau ikut jln2 kg nih mls nk lalui jammed ngan jimat tol...hahaha
eh lupe lak...
ice room deret2 bangunan maybank kak....sebelah domino's....sy duk bdr sri sendayan tp la nih duk smntara umah nenek kat bt 8 sbb hubby takde kat rumah
suka cerita ni...myelami maksud tsurat dan tersirat....suka suka suka
Terasa sebak dan nostalgia baca entry akak ni...yea la saya pun asalnya dari kampung....segala description yang akak bagi pasal kehidupan di kampung tu amat menyentuh hati saya....teringat pada suasana di rumah arwah tok dan tok wan saya....rindu sangat suasana di kampung, bermanja-manja dengan mereka sebab saya lebih rapat dengan tok saya berbanding dgn ibu bapa sendiri.....teringat zaman mandi sungai, panjat pokok buah-buahan....hurm....sebak rasa di dada....kehidupan kampung yang sangat menenangkan....rindu sangat zaman-zaman tu huhu....
Salam Aziela;
Betul tu Aziela, suasana kampung yang tidaklah gah, tapi sangat menenangkan jiwa, teringat duduk2 atas pangkin bawah pokok, sambil makan nasi ramai2, lauk biasa2 je, tapi sangat berselera.
Mimie : Jimat tol tu, yer, tapi jimat minyak tak lah kot. Hahahahaha
Zurina : Kita pun suka sebab akak dapat menyelam, eh menyelami... suka..suka..suka...
Azham : Kenangan itulah harta yg kita ada.
Kak Zakie : Iyer lah kak...makan nasi atas pangkin. Sedappp jer kan.
Catat Ulasan