Khamis, 3 Januari 2013

Cekodok Durian

Assalamualaikum.....


Projek suka-suka hati kita. Hubby bawa balik durian dari Gambang, Kuantan ke rumah kita di KL. Kami nie dahla berdua jer, dia beli sampai 6 biji. Makan 2 biji pun x habis. So, kami sedekahkan pada jiran yang baru berpindah di sebelah rumah. Bolehlah introducekan diri sekali. Suka anak2 jiran tu dapat durian malam2.

Yang 2 biji kami dah kopek tu, makannya 2-3 ulas jer sebab isinya sangat tebal. Hubby kata Durian Raja namanya. So, balance tu, kita asingkan dari bijinya dan masukkan dalam fridge. Dapat 2 tupperware 4 segi yang biasa tapau food tu.

Hubby suka makan nasi dengan sambal tempoyak. Maksudnya, tempoyak tu digaulkan dengan cili padi yang ditumbuk halus, campur garam sedikit. Tapi, since kita tak buat tempoyak, gaul jerlah isi durian tu dengan cili dan garam. Lagi sedap hubby makan.

Bila tinggal sorang, ada kala malas nak makan nasi malam2. So, terfikirlah nak buat cekodok durian. Untuk perut sendiri jer.

Kita gaul lah tepung, air, gula, isi durian dan sedikit garam. Goreng dan makan panas2 sambil tengok tv. Selesai dinner untuk hari tu. Walaupun rupanya memang huduh, tapi rasanya sedap tau...




.

16 thoughts..:

Mira Adzlia berkata...

xpnh mkn..mst sedap ni kn

Mrs Velentine berkata...

first time dengar..tak pena try

Miz Tia berkata...

isi durian??


humm rasanya kayak apa ya :D


oya kak done follow, follback ya :D .

Rozita abd rahman berkata...

tak pernah lagi try...

masih nak tau.. akak duduk kl? yg kat kuantan ni umah sape? kg mana kak? astaka village ke?

Intan Akma berkata...

tak dapat bayangkan rasa cekodok durian tu..hehe

Daddy Ziyyad berkata...

sedap kan cekodok durian..saya 1st time makan lepas saya kawin dgn wife saya...mak mertua buat kat rumah..mula2 pelik jugak..hahaha

Aziela berkata...

Mira Adzlia : Kalau suka durian..mesti suka.

Aziela berkata...

MV : Nnt boleh try. Macam buat cekodok pisang, cuma ganti pisang dgn durian jer.

Aziela berkata...

Miz Tia : Makasih mampir ya mbakyu. Sis memang sudah lama follow mbakyu.

Owh, rasa seperti kueh yang dicampur durian. Enak.

Aziela berkata...

Rozita : Org Johor pun akak rasa selalu buat nie, Ita.

Aziela berkata...

Intan Akma : Nanti boleh cuba yer...

Aziela berkata...

Daddy Ziyad : org N9 mmg selalu buat cekodok durian nie, Doc. hehehehe

Nadia Johari berkata...

boleh buat ni..gnti pisang kepada durian..

zaairul haq berkata...

blog yang cukup menarik...salam persahabatan ya teh...follow sukses, semoga berkenan untuk follow dan komentar baliknya ^_^
http://jagadkawula.blogspot.com/

ariana berkata...

Akak pun pernah buat dulu, dah lama x buat ni..
Tggu pasar mggu sabtu ni blh lh beli durian dan buat..hehe

Azham Vsvc berkata...

eh....nampak macam sedap ni akak! minta tapau ke UPM sikit hehehe :)

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink