Jumaat yang lepas, Mommy masuk pertandingan memasak yang dianjurkan oleh Perkim, Melaka. Ianya adalah untuk saudara2 baru. Walaupun Mommy bukanlah baru memeluk Islam, tapi beliau tetap tergolong dalam golongan itu.
Sejak kembali ke Melaka 12 tahun yang lepas, Mommy agak aktif dengan aktiviti yang dianjurkan oleh Perkim, Melaka selain daripada aktiviti di Balai Islam.
Sempena sambutan Maulidur Rasul, bagi mengimarahkan masjid dan umat Islam, maka antara aktiviti yang dianjurkan ialah pertandingan memasak kuih tradisional. Mommy masak kuih cara berlauk dan kuih cara manis. Namun, tak ada rezeki untuk menang. Tapi Mommy ok jer. Katanya, saja seronok2, memeriahkan majlis.
Oleh kerana kita bekerja dan hubby pun ada urusan, maka Ba lah yang jadi partner Mommy dalam pertandingan tu. Sporting kan, father-in-law kita.
Set hidangan Mommy.
Persiapan untuk acara. Kena ada resipi dan nama kuih.
Bagi mereka2 yang tak pernah masuk pertandingan memasak, kita share sikit panduannya yer.
1. Mesti ada resipi masakan yang dipertandingkan.
2. Hias hidangan anda dengan lengkap. Kalau pertandingan ialah lauk, harus sediakan set lengkap beserta nasi dan lauk sampingan serta air minuman.
3. Siapkan sudu grafu dan piring untuk pengadil.
4. Bawa hiasan seperti bunga dan kain saprah dari rumah.
5. Sentiasa bersedia untuk menjawab soalan pengadil dengan senyuman dan yakin.
.
36 thoughts..
kalah menang adat pertandingan.. mak saya pun rajin jugak masuk pertandingan masak2 ni kat kampung.. yg bagusnya pertandingan memasak ni kita boleh share tips dan resepi dengan orang lain..saya suka bab2 makanan ni..hahaha..
Rajinnya join pertandingan memasak. Tapi macam best je tengok diorang masak beramai-ramai.
Menang Kalah tu adat lah. Tapi usaha untuk berjaya tu yang penting kan..
rasanya Ya Ampunnnn, tak berani sungguh akak nak masuk pertandingan masak memasak ni! tabik spring toing3! ngan ur mommy...!!
mommy menang tak? uhhuu
tak kisahler kan.. takkan nak menangjer... yang penting ilmu yang dikutip....
Kakak tak pernahnya masuk pertandingan memasak Ziela. Tapi anak kakak pernah tau masa dia tahun 6 Tunas Puteri daerah JB ada buat pertandingan masak cekodok dia Johan tau kelakar kan. Ada lagi simpan piala dia sampai sekarang.
kak zila ngelat ek...
Aktiviti yang menyeronokkan juga ni kalau minat memasak kan, boleh menjalin ukwah juga.
Takat join prtandingan kucing jer skrg. Klu prtanding masak alamat hangus kesemua bahan2
Apa pun satu usha yg baik skali
seronok tue yg penting menang kalah adat bertanding
Rai : Ha, betul tu....
Qashmere : Pengalaman yang dikutip pun berharga kan.
Seri Kandi : Aduihh...Kak Sari yang terror masak pun x berani, apatah lagi saya. Gigilll.
Wak gelas : Kalah wak. Dapat saguhati jer, hehehehehe
Cho Zila : Tu la kan kak. pengalaman tu penting.
Kakzakie : Maknanya kalau maknya bertanding, confirm champion tu kak.
Intan Akma : Syukurlah hikmat jurus mengelat akak berjaya. Hahahahahha
ummiross : betul tu ummi.
aby : Kami pula, kalau masuk pertandingan kucing... ish..kesianlah kat kucing2 tu nanti. Sabar sungguh kang aby mengolek kucing.
MV : Kan....sekali sekala kena kalah, sekali sekala kena menang.
Mommy ni, mommy Aziela atau ibu mertua?
Bagus aktiviti ni..eratkan ukhwah sesama saudara baru...Yg baru boleh kenal dan ambil pengalaman yg lama....
Daddy Ziyad : Mommy ialah mother in law. Mak saya, Jawa Doc. Hehehehehe
seronok jugak masak ramai ramai dalam pertandingan. tak menang takpe, dapat makan orang lain punye makanan. heheh~
Aslmkum Aziela
masuk pertandingan masak....satu pengalaman menarik ni. ingatkan mommy tu..Aziela yg masuk bertanding rupanya MIL Aziela..
haaaa...sebenarnya, keyakinan nak masuk pertandingan tu dah buat akak menang secara keseluruhannya..jadi, tahniah!
Tabik! Kagum bagi mereka yang suka masuk pertandingan sebegini. Kadang tu bukan nak menang sangat, tapi xtvt segini buat mereka lebih yakin, bercampur dengan masyarakat dan menceriakan mereka dapat kawan baru.
salam mak aziela, wak ada ole2 bandung tuk anda.., sila bg nama dan alamat kiriman pd emel wak ni: wakgelas@yahoo.com
adoi kalau ta join alamak tak siap la..hehe
Tak pe, yang pentingnya semangat "kesukanan" tu hehe...tak sesuai plak nak guna term kesukanan ni hehe...semangat tu yang penting, dan memasak dengan ikhlas hehe :)
GB : Bila dah penat, nak makan org lain punya pun macam tak bersemangat. Hehehehe
Mamasya : Saya seraammmm kak...hahahahaha
afeb Pilah : Errr..bukan akak ler dik.
azie azah : Tu la saya kagum dengan Mommy saya tu kak. Confident level tinggi.
Wak gelas : terharunya saya Wak...sob..sob.
@TiranaAduka
mesti siap.... Belum cuba, belum tahu.
@Azham Vsvc Bersukan memasak. hehehehe..ok gak tu.
Catat Ulasan