Jumaat, 4 Januari 2013

Dilema Pencari Jodoh

Assalamualaikum.....

Aduhh...bila masa pula kita tukar profesion nie kan...

Hubby lah nie...

Dalam perjalanan dia ke Kuantan minggu lepas, hubby telah di sapa oleh seorang lelaki dan di ajak berbual. Sambil2 berehat menghilangkan lenguh, mereka berbual tentang kerja masing2. Lelaki ini, umurnya 55 tahun dan tinggal di Semenyih, Kajang.

Setelah berbual2, maka mereka meneruskan perjalanan masing2. Sempatlah juga bertukar nombor telefon.

Setelah beberapa hari berlalu, lelaki ini menelefon hubby, ajak datang rumahnya di Semenyih. Memandangkan kami memang sangat sibuk waktu hujung minggu, maka hubby menolak dengan baik.

Tup..tup, beberapa hari lepas, dia telefon lagi. Katanya nak minta tolong. Hubby pun tertanya2...nak tolong apa?

Katanya, lebih baik dia berterus terang. Dia adalah seorang duda. So, kalaulah kami suami isteri ada kenal sesiapa yang masih single untuk dipadankan dengan dia, bolehlah tolong dia. Dia nak cari isteri rupanya. La....

Kita pun tak kenal dia...hubby jer yang kenal. Menurutnya, dia adalah seorang Ship Navigator. Anak ada 2 orang dan dah besar. Seorang di univ. dan seorang lagi sekolah menengah. Itu saja yang kami tahu pasal dia.

Kalau ikutkan income, boleh dikatakan selesalah kedudukan ekonomi dia tu. Since dia kerja di lautan, so katanya chance untuk dia bertemu jodoh tu susah sikit sebab di sekelilingnya hanyalah laut dan isi kandungan laut jer. Tapi, tak lah lama sangat di laut. Sekadar beberapa bulan jer.

Masalahnya, kami sendiri pun tak kenal sesiapa yang padan... Kalau ada pun, takut2 juga kalau tidak berjalan dengan baik, kami pula yang disalahkan sebab tak kenal dia. Hati budi dia, sikap dia dan segala2nya memang langsung kami tak tahu.

Tapi, dia minta tolong. Tak tahulah kenapa sampai ke tahap ini dia minta tolong. Mungkin sekadar meluaskan network (tapi internet kan ada..).

Haihh..kesian dia. Serba salah jadinya.


.

31 thoughts..:

Kakcik Nur berkata...

Susah sebenaranya nak 'memadan2kan' orang ni... Kalau semuanya berakhir dengan baik, syukurlah. Tapi kalau sebaliknya, tak pasal2 kita terbabit sama...

:: Mrs.Eady :: berkata...

alamak susah ni!

Cho Zila berkata...

sampai macamtu sekali dia yerk... mesti dia rasa suami aziela insan yang boleh dipercayai... mungkin lepaihni leh buat agensi cari jodoh gitu..

pB berkata...

hmmm ....

55 tahun ...

kalau muda sikit leh kenalkan pada kawan pB

Kakzakie berkata...

Macam desperate sangat pulak kan. Mesti hubby Ziela ni jenis yg boleh dipercayai sebab itu dia berani minta tolong walau baru jumpa.

Daddy Ziyyad berkata...

Kalau ikut kerjayanya tu, mmg sukar utk dia cari jodoh...Cuba bagi tips kat dia...rajin ber FB ke...hihihih

TiranaAduka berkata...

salam sis aziela
Bukan tak nak guna kemudahan internet...lebih afdal hubby sis carikan .coz takkan nak cri yg tak elok.atau yg main2 je.
Tak bunyi desperate tu.dia dah sampai seru tu..ikhlas menceritakan perkara sbnar..jikalau ada jodoh x kemana..kesepian dia.tiada tempat nak mengadu,manja,
Pendapat nyong iki la..
Bantu sekadar manpu.berikan yg terbaik.yg lain doakan kebhagiaanya.dan serahkan pd allah.amin

gadisBunga™ berkata...

niat dia dah ada. insyaAllah akan dipermudahkan lah tuh.

hensem tak? :p

azieazah berkata...

Kesian jugak dia. niat murninya tu belum tercapai lagi. Kata orang belum ada jodoh. InsyaAllah suatu hari nanti, akan ada jodoh yang didatangkan oleh NYA.

TiranaAduka berkata...

jalan2 di pg sabtu
Rasanya ada komen semalam disini

Hanif Idrus berkata...

hehehehehhe....
Minta gambar tepek kat blog ...lelaki mencari jodoh....hahahah

Cikgu Ma berkata...

moga saya bertemu jodoh 2013 ni..hehe

TiranaAduka berkata...

salam sis
Ambik resepi di tempat sis.
Nembog iki.mau isuk tak jikok nang blog bakyu.

TiranaAduka berkata...

melawat sis aziela di awal pg yg indah.

Miz Tia berkata...

judulnya galau amat mbak :D

sabarlah, ALLAH selalu melindungi kita aamiin.

sailaaf berkata...

kak. 1 st blog comel sgt!
serius gayanya dia nak cari teman tu.
kira baru kenal pon dia da berani nyatakan hasrat dia. jujur benar. hehe.smoga dia mendapat jodoh kan kan.

Aziela berkata...

Kakcik Nur : Itulah sebab saya nie serba salah Kakcik.

Aziela berkata...

Mrs. Eady : pening juga jadinya.

Aziela berkata...

Cho Zila : Wah...jauh plan tu kak..haahhahaha

Aziela berkata...

pB : Kenalkan jer, yer tak..tapi tu lah, veteran.

Aziela berkata...

Kakzakie : Dia tengok muka suci jer kot..hehehehehe

Aziela berkata...

Daddy Ziyad : Ha, tulah kita terfikir tu, Doc. Masalahnya, tengah laut, ada internet line ekk? Hehehehehe

Aziela berkata...

Tirana Aduka : Mungkin juga, tapi tetap rasa was2.

Aziela berkata...

GB : Ha, kalau hensem, GB nak ke? Hahahahahhaha.

Aziela berkata...

azie azah : kesian, ada juga. Tapi bila a few times call, rasa pelik pulak kak.

Aziela berkata...

Hanif Idrus : Ala2 promot gitew kan..? Hehehehehe

Aziela berkata...

Cikgu Ma : Amiiin.

Aziela berkata...

Miz Tia : Iya lah Miz Tia. Lagi runsing sedikit ni.

Aziela berkata...

saailaf : First, tengkiuuuuu. Hehehehehe. Second, Amiin.

Aziela berkata...

Tirana Aduka : Silakan TA.

Azham Vsvc berkata...

hehehe...... susah gak tu nak jodohkan dgn orang laut ni...bukan apa, kalau dia dapat bakal isteri yang kena asyik bertempek dgn dia je, susah gak hehehehe

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink