Makan Sempoi di Damansara : Humble Chef

24 comments
Assalamualaikum.....

Se bulan yang lalu, masa kami sedang makan tengah hari di sebuah warung di Pengkalan Balak, Melaka TV3 ada menyiarkan rancangan JJCM yang femes tu. Host ialah Iqram Dinzly.

Dalam beberapa tempat yang dipaparkan, salah satunya ialah sebuah van bergerak yang parking tepi jalan atas jambatan di Pusat Bandar Damansara. Van ini menjual makanan western yang simple iaitu spaghetti. Ada spaghetti bolognese, carbonara dan olio yang di masak dengan seafood, ayam atau daging mengikut pilihan pelanggan.

Maka kita pun terujalah nak ajak hubby mencuba makanan di sini.
Pertama kali datang, tak ada meja kosong. So, kami tapaw jer. Meja semua adalah meja lipat yang disusun di tepi divider jalan bersama bangku2 plastik saja. Makanan pun hanya dihidang dalam tupperware plastik biasa jer. Anyway, taste wise, memang sedap. Macam tak puas jer rasanya makan malam tu sebab beli sikit. Takut tak sedap.

Bila rasanya boleh diterima dengan senang hati, mulalah otak kami terfikirkan Adam. Adam yang paling suka dengan spaghetti nie. So, berazamlah next time nak datang lagi bawa dia.

Akhirnya, tercapai juga impian kami bila suatu hari tu Adam berada di KL dengan kami. Maka kami teruslah bawa Adam ke situ.

Satu peringatan, van ni tak ada jual air yer. Kalau ada kadang2, dia jual air2 mineral dan air tin. So, anda bebas bawa air sendiri. Sempoi kan.



Seafood Olio Spaghetti

Chicken Bolognese Spaghetti

Anak lanang gaya konon macho. 

LP : Lamb Pita ;  CP : Chicken Pita

LO : Lamb Omelette

Lamb Pita


Suasananya. Ada 2 orang lelaki yang memasak dalam van putih tu.

Ada table number.


Kalau order tapaw, kita kena tulis nama. Nanti dah siap, dia announce nama untuk kita ambik kat kaunter, iaitu sebuah meja disandarkan pada van. Kalau dine-in pula, masa order di kaunter, dia bagi nombor. Nanti dia hantar ikut nombor. Oh, biasanya, order terus bayar tau. Menariknya, semua kakitangan Humble Chef ni ialah lelaki. Anak2 muda yang santai berniaga, tapi ada style.

Pelanggan terdiri dari bermacam2 bangsa, umur, jantina dan background. Ada yang datang dengan family seanteronya, ada yang datang dengan rakan2 sambil bergurau senda, ada yang bergerombolan masih dengan uniform kerja lagi...

Pada kita, lamb omelette dia sangat menarik. So far, kita belum pernah jumpa lagi lamb omelette. Atau mungkin kita pun x habis explore lagi. Adam tak suka lamb, so dia borong chicken spaghetti dan chicken omelette dan chicken pita. Pita tu macam kebab, tapi intinya sedap sangat. Macam tak cukup makan satu.

Small portion semua makanan nie. Tak adalah small sangat, tapi tak lah sebanyak di restoran2. Oleh kerana itu, memang Humble Chef ni sesuai untuk dijadikan port santai.

Biasanya kita makan olio seafood. Cuma seafood dia rasa pelik sikit, tapi the spaghetti memang marvelous. Sangat tidak oily, tapi still basah2 sikit. Secukup rasa, tak masin, tak pedas sangat tapi semua rasa garlic, olive oil, dan black peppernya seimbang. Tu tak tengok carbonara lagi tu. Not so creamy and yet flavourful. Adamlah yang suka carbonara.

Semua jenis spaghetti nie, harganya RM5.00 setiap satu.

Omelette dia pula memang kita tak pernah skip lagi. Nampak pelik kan, omelette tu jual macam tu jer. Siap bungkus kertas minyak cekelat lagi. Tapi, kalau nak sedap dan mengenyangkan dan menikmatkan, makan spaghetti dengan omelette. Mesti terangkat punya Bhai..! Omelette dia, sama ada chicken atau lamb, dimasak perfect dengan bahan2 lain. Tak kering and tak mentah. Rasanya macam ada melted cheese sikit bila anda makan. Tambah pula dengan sayuran dan dagingnya. Harganya RM2.50 satu.

Lagi satu, pita nie. Tak ingat harga dia, tapi rasanya RM2.50 atau RM5.00 setiap satu. Tapi, memang puas hati makannya. Tak macam segolongan peniaga yang sumbat isi melayang2 jer. Pita di sini, memang padat dan sedap. Padat untuk hidangan light dinner atau supper yer. Bukan untuk portion macam lunch.

Kita tak tahu siapa cook yang masak sebab kita pasti mereka nie sediakan bahan2nya di rumah atau di tempat lain. Dalam van ini, mereka hanya panaskan dan combine seperti mana yang dikehendaki pelanggan. kecuali omelette la...

Definitely akan repeat dan repeat lagi. Cuma sayangnya, kalau hujan, tak bolehlah lepak sini. Kena tapaw juga.



.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

24 thoughts..

Salwa berkata...

Sodapnyor. Tapi jauh plak kat Melaka.hihu.

Cho Zila berkata...

oh baguihnyer makanan murah rasa ssedap.. itulah yang kita carikan... tak banyak tempat ginikan..

Kakcik Seroja berkata...

Rasa teringin pula nak cuba pergi makan di sana. :)

Unknown berkata...

tengok jugak episod tu..tapi kalau nak pegi kena tunggu anak2 besar sikit kot..dia bukak malam je kan.. hehehe..

Izwa Kamaruddin berkata...

wahhh...kene kejar la nmpk nyer nie..

Izwa Kamaruddin berkata...

wahhh...kene kejar la nmpk nyer nie..

Sha Mohamed berkata...

wow.. bestnye.. teringin nak gi tempat nie sejak tgk JJCM tuh tapi xberkesempatan lagi.. hehehe....

Tanpa Nama berkata...

murahnya spaghetti tu..roti pita tu pun nampak sedap :)

boleh cuba nanti kot2 lalu kat Damansara...

^^

Dr K berkata...

Saya pefer konsep jualan sebegini, dari van bergerak...berbanding jenis yg pacak kedai ala ala warung tepi jalan...bukan apa, warung2 ni mostly tak jaga kebersihan, habis kotor kawasan...pemandangan pun nampak cacat warung kat sana sini...Van ni tak statik di situ..ia bergerak..

Harganya reasonable..

Nadia Johari berkata...

damansara katne..mcm sedp je

azieazah berkata...

Menarik kan? Kak Azie ada tengok kat JJCM tu. Cara berniaga yang ada gaya berbeza.

Ramai orang kita suka mencari makan yang santai dan takda prokotol.

Nak cuba juga la suatu hari nanti.!

Aziela berkata...

Salwa : Kat Damansara, sayang. Bukan melaka. Hihihihi

Aziela berkata...

Cho Zila : Memang sempoi dan sedap kak.

Aziela berkata...

Kakcik Nur : Kalau nak lepak2, boleh jer kak. Tapau makan tepi tasik pun layan juga nie kak.

Aziela berkata...

Rai : Tepat sekali. Buka malam jer Rai...

Aziela berkata...

Mrs Eady : Tak yah kejar, izwa. Ada jer van dia parking situ.

Aziela berkata...

+kasih+ : Nanti try yer.

Aziela berkata...

Wan Ahmad Izzudean : Kalau tak lalu pun, boleh plan lepak ngan member kat situ, dik.

Aziela berkata...

Daddy Ziyad : Saya setuju. Kebersihannya lebih terjaga daripada di warung.

Aziela berkata...

Nadia Johari : Kat sebelah McD Pusat bandar Damansara. Confirm jumpa punya.

Aziela berkata...

azieazah : Malam2 nak lepak2, bolehlah cuba nanti kak.

TiranaAduka berkata...

cps dan l1 tu apa bakyu?

Unknown berkata...

Menarik ni akak! Insyaallah saya akan cuba selepas ini heheh :)

Sharinginfoz berkata...

kena cuba ni