Khamis, 10 Januari 2013

Sarapan di Kuantan Sebelum Banjir

Assalamualaikum.....

Glemer Kuantan baru2 nie sebab banjir kan...?

Kita pun pernah cerita tentang banjir tu di SINI kan.

Well, pagi tu, memang hujan lebat sangat. Kiranya tak berhenti2 dari malam sebelumnya. Sebabkan hubby kena masuk kerja juga, kami semua kena keluar rumah juga. Sebelum ke kilang, kami singgah sarapan di Aliff Restaurant. Itu jer kedai yang bertutup dan selesa untuk makan dalam hujan meletus tu. Lagipun kalau nak pekena menu mamak, memang di Aliff tu terbaiklah.

Disebabkan malam semalamnya kami semua tak dinner, maka pagi tu kami memang kelaparan tahap maksimalah kiranya. Gambar2 ini, adalah sebahagian daripada dishes kami. Walaupun semua orang order apa yang nak dimakan, tapi biasanya kami 3 beranak nie akan share food kami sama2.


Hubby makan roti canai sardin. Memang tebal isinya dan rotinya pun sedap. Seblum tu, hubby ada ambil 3 ketul wadei yang macam donut tu, cicah dengan kuah tosei.



Ini, kita order nasi lemak. Dah tahu nasi lemak kedai mamak memang tak sesedap Melayu, tapi order juga sebab perlu makan heavy sikit. Nak kena makan antibiotik masa tu, so takut gastrik. (Macam2 alasan untuk makan kan..). Tapi, sebelum tu, kita order toseiii. Share 3 orang juga.



Ini pula, pilihan Adam. Roti canai kosong, 2 keping. Cicah kari, dhal dan kuah tosei. Adam memang sejak dia boleh berjalan masa umur setahun, dah ikut atoknya lepak kedai mamak, makan roti canai. Masa dia umur 1-3 tahun, selaluu sangat orang tegur dia, kecik2 lagi dah makan roti canai siap cicah kuah sendiri. Kat PD tak der kot budak kecik lepak kedai mamak makan roti canai. Sebab kalau kat KL, tak pernah pulak orang menegurnya.



Yang nie, additional dishes. Kari ayam sepiring kecil. Boleh makan dengan nasi lemak, atau roti canai, atau wadei and even dengan tosei. Multi tasking.


Keluar dari Aliff Restoran, dengan perut sendat. Namun, syukurlah kami makan kenyang2 sebab lepas tu Kuantan banjir. Our lunch pukul petang bila hujan dah reda sikit dengan banjir di kilang hubby surut airnya.


19 thoughts..:

Mira Adzlia berkata...

sedapnya....yummy

:: Mrs.Eady :: berkata...

la la la la parr.... :D

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

haaaa.. akak ingat kisah banjir kat kilang hubby Ziela tu. Alif ni mesti sedap sangatkan..

gadisBunga™ berkata...

dulu saya dok kuantan, memang selalu kitorang sefamily makan roti canai. pindah kedah...kuah roti canai dah tak sama macam kuantan. pastu terbaca pulak yg kuantan ni memang femes dengan roti canai. ye kot kan?

ainnoraini berkata...

lapar nii...
sekarang tunggu kwn opis bwk makanan kirim kat dia...

ummiross berkata...

Kami sekeluarga pun kadang2 suka juga lepak kedai mamak ni, selalu roti sadinlah pilihan ummi.

Kakzakie berkata...

Kakak tak pernah merasai banjir Ziela. Kalau boleh tak naklah.. tapi tengok bebudak main air masa banjir macam main pantailah pulak...

Nasib perut dah isi kalau tak tak terkatalah Adam kan..

azieazah berkata...

Hahaha macam-macam alasan untuk makan, kan?
Apapun semua tu sangat sedap nampaknya.

MulutPayau berkata...

Aduh....lapar pulak tengok semua makanan tu...roti sardin tu Peberet akak ...

Aziela berkata...

Mira : Sedappp...hehehehehe

Aziela berkata...

Mrs Eady : La haii..siannya. Gi makan gie.. Tak yah diet2.

Aziela berkata...

Seri Kandi : So far di Kuantan, kalau mamak food, inilah yang paling diterima ramai, kak. Heheheehe

Aziela berkata...

GB : Ye ker...? Yang mana satu yg femes tu dik?

Aziela berkata...

ainnoraini : Begitulah adat mengirim..kena sabar yer..

Aziela berkata...

ummiross : Tambah cili2 sikit, umph jadinya kan kak.

Aziela berkata...

Kakzakie : Seram sebenarnya tengok banjir kak. Adam memang merengut kalau lapar, kak. Hihihihi

Aziela berkata...

azieazah : yesss....alasan mesti mantap kan kak...hihihihi

Aziela berkata...

MP : Suka roti sardin juga yer kak..

Azham Vsvc berkata...

hehehe....nampak menyelerakan je breakfast akak pada pagi tu....agaknya mesti comel waktu Adam kecik2 dulu makan roti cicah kuah sendiri hehehe....

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink