Rabu, 2 November 2011

Makan di Kuantan : Nasi Daun Pisang, Restoran Aliff.

Assalamualaikum.....

Waahhh....dah dekat raya dah. Dah ada persediaan ke? Err...macam kami orang selatan nie, raya haji biasa2 jer. Tak lah semeriah Aidilfitri.

Tak per, sebelum raya, meh try makan nasi daun pisang. Ha...saper yang x pernah makan? La hai...

Sebenarnya nasi daun pisang nie bermaksud nasi dan rakan2nya dihidangkan di atas sehelai daun pisang segar. Bukan yang layu, bukan pinggan corak daun pisang yer. Tak taulah kenapa, tapi feel bila makan atas daun pisang nie macam lain sikitlah. Nak tau apa yang lain, kena cuba sendiri.

Hubby mula2 datang ke Kuantan di bawa oleh kawannya makan di sini. Kawannya adalah seorang muallaf Islam berbangsa India. Katanya, restoran nie, memang pure halal, tak ragu2 dan tanpa syak wasangka. Nama restoran ialah Restoran Alif. Lokasi betul2 di sebelah Hentian Teksi Kuantan, berdekatan dengan Kompleks Teruntum. Ala, kalau nak ke Masjid Negeri tu dari Kompleks Teruntum, pandang kanan yer, dan terusss parking kereta anda. Opss, lepas parking jangan lupa kad gores dan menang parking anda. Kalau tak, konpem kena saman.

 Ok..inilah nama restorannya.



Bila dia dah bentangkan daun pisang yang fresh dan bersih, 1st sekali ada waiter yang datang untuk sendukkan kawan2 nasi. Ada 3 jenis dan menu akan bertukar setiap hari. Antaranya ialah kobis goreng campur biji sawi, peria goreng kunyit, bayam goreng, kacang panjang goreng, sayur campuran carrot dan gobi (betul ke eja?) ubi kentang. Alahai, kentang yang potong dadu, lepas tu di masak dalam kari sampai kering dan lembut tu. Dia jadi macam lembut2 benyek. Hubby kita sukaaa sgt ubi kentang mcm nie. Kita kurenggg sket, so hubby kita gembira bila kita hadiahkan portion kita pada dia.




 Lepas 3 sekawan tu, barulah dia boh nasi. Nampak macam banyakk jer kan? Jangan terpengaruh, itu kamera trick. Itupun kita minta separuh, tapi portion macam sepinggan kalau makan di gerai atau warung Melayu dan Indon. Memang portion nasi set daun pisang nie banyak. Kalau nak minta tambah baper banyak pun boleh. Lepas nasi, dia akan datang bawa 3 balang serangkai portable kuah. Ada kuah kari ayam, kari ikan dan dalca. Pilihlah mana nak. Nanti dia curah sendukkan atas nasi tu. Ada yang suka tu, siap banjir lah daun pisang tu.
Ini pula adalah lauk sampingan yang kita pilih di kaunter disamping set asas yang tadi tu. Ambil beberapa jenis, tapi sikit2. Ini makan 2 orang jer nie. Masa nie baru sampai Kuantan dari PD, kebulur sangat dah rasanya. Ayam goreng seketul, ikan goreng seketul, kari ayam seketul dan kari kambing sepiring. Last2, tak habis juga. By rite, ikan seketul tu share 2 orang pun x per dah. Tamakkan. Tapi jangan rugi. Yang x sentuh tu kami minta dia bungkuskan. Nanti esok pagi boleh cicah dengan roti atau cekodok...yum!


 Oh iye...PAPADOM! Hidangan wajib. Kalau sambil suap nasi banjir kari dalam mulut, diselang selikan dengan kunyahan papadom nie, mak oiiii...nikmatnya. Kadang2 tak cukup, minta tambah lagi. Adamlah yang paling 'hantu' makan papadom nie. Kalau pegi kenduri, open house atau buffet, nampak papadom jer, mesti itu yang dia angkut dulu.


Selain daripada tu, kami suka juga dengan tosai kat sini. Crunchy di tepinya, lembut di tengahnya. Cicah pula dengan kuah putih dengan yang oren kat tengah tu....mak aiiii...Siap boleh berbunuh berebut lah. Memang kedai nie punya sambal dan kuah cicah tosai nie sedap betul.

Ada banyak lagi menu kat sini. Dan apa yang kita perhatikan, penduduk Malaysia berbilang bangsa dan rupa dan pangkat makan kat sini. Oh yer, kedai nie dalam air-cond yer. Bukan macam kedai mamak biasa tu. Jadi, harga pun ada sedikit uplah, tapi x la sampai makan cekik darah. Affordable juga.

Kalau ke Kuantan, boring makan lauk kampung, bolehlah try test cuba kat sini yer...



10 thoughts..:

..cik gugu.. berkata...

wahhh terliur pulak~

Cik Bambam berkata...

okeh..terliur sudahhh!! huhuhu

Kaki Wayang berkata...

Dah penah pegi dan makan..memang sedap..orang Kuantan ke? Saya dok Muadzam Shah ni..hehehehe..Salam perkenalan..

Aziela berkata...

cik gugu : uishh...akak yang menaip nie pun dah terliur...heheheh

Aziela berkata...

CB : Meh..meh...datang Kuantan..kita banjer

Aziela berkata...

Kaki Wayang : Memang best kan. Bukan orang Kuantan, tapi hubby kerja sana, kira dia dah jadi orang Kuantan la. Selalu jer lalu depan poly Muadzam tu..hehehhehe. Nanti bebila, boleh roger2 kalau singgah situ. Tak tau nak makan apa yg sedap di Muadzam tu.

CikMisi berkata...

tag akak di
http://contest-ga-ld-by-cikmisi.blogspot.com/2011/11/giveaway-2nd-anniversary-by-mamarayyan.html

jenguk2 la ye...

^_^

gadisBunga berkata...

kat sebelah hentian teksi ye.... mm....nyum....

agak2 kalau pegi next macambest je ni.

*reason: semata2 nak mkn nasi banana leaf. heheh~

Aziela berkata...

Cik Misi : Insyaallah...

Aziela berkata...

GB : Ooohh...kalau itu reasonnya, boleh sangattt...hehehehhe

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink