Ha...amekaw...berdas2 kena tembak arie nieh. Ok..semua dah tau tentang fakta yang hangat diperkatakan hari ini. Paling tinggi di Asia dan ke-6 di Asia Pasifik!
Yer...kitalah penyumbang kepada statistik itu...HUAAAAA...!!
Kalau tanyalah kepada semua orang yg obes nie, diorang pun x minta nak jadi obes. (Ayat stenderrdd...tettttt). Masalahnya, tanpa sedar tetibaaa jer dah jadi obes. Habis tu camno? Okeh..meh tengok alasan2 jujur dan ikhlas daripada penyumbang statistik negara ini...
1. Zaman sekarang, duit menjadi keutamaan kebahagiaan. Maka masyarakat Malaysia menilai status darjat seseorang especially untuk buat menantu berdasarkan kedudukan kewangan. Untuk cari duit yang banyak, harus bekerja dengan teruk. Korbankan masa rehat, korbankan masa dengan keluarga dan paling teruk, korbankan masa riadah. Semakin tinggi ganjaran pekerjaan, semakin banyak yang perlu dikorbankan dalam kehidupan. Maka, bilakah masanya nak bersenam tu? (Nak cari calon menantu perempuan pun, mak mertua tanya kerja apa taw..)
2. Oleh kerana nak kejar masa, maka ramai yang lebih selesa dengan membeli makanan di luar. Fast food dah jangan cakaplah berapa punya teruk sumbangan kepada obesiti. Even nasi campur pun bukanlah secara sihat di warung2 dan di kedai2. Memanglah ada makanan yang sihat, tapi sikit sangat. Kalau lambat sikit, habissss! Contoh paling nyata dan jelas, food court kat opis kita nie. Sayur ada lah 3-4 macam, tapi nak serve untuk beribu2 orang! Yang banyak..ikan, daging, kambing, AYAMMMM dan benda2 bergoreng. So, kalau dah lapar, boleh amik ke ikut piramid makanan?
3. Kerja sekarang semua dihujung jari. Tak perlu bangun dari tempat duduk dan berjalan jauh2. Pejabat2 pula semakin kecil, maka semakin kurang langkah untuk berjalan dan exercise tetiap hari. Itupun nak bangun kena berhati2 supaya tak langgar bucu meja, tak tersangkut wayar di lantai dan sebagainya.
4. Bila dah kerja lewat, normal waktu balik pun pukul 6.00 petang. Kalau rumah dekat, 6.30 bolehlah sampai. Kalau rumah jauh tu, dengan nak lencong amik spouse, amik anak kat nurseri, Maghrib pun kat tengah jalan jer. Anyway, kalau 6.30 sampai rumah, siap2 untuk bersilat kat dapur utk masak makan malam, mandi dan kemas rumah, lepas solat nak siapkan hidangan (take note, makan pukul 8.00pm), kemas meja, basuh baju, tidurkan anak, kita sekali hanyut. Itu adalah sebab kita semua dah penat di pejabat, dan penat bersilat atas jalan raya dan di dapur. So, bila nak exercise? Esok pagi? Nak bangun pukul 4.00 pagi ke? Yerlah, kalau hari biasa pun, nak bangun pukul 5.00 pagi baru sempat nak siapkan sarapan, sidai kain baju, siapkan anak ke nurseri, dan siapkan diri sendiri ke tempat kerja. Kalau 4.00 pagi nak exercise, memang hilang akal lah. Patut 4 pagi tu buat qiamullail kan...
5. Weekendlah exercise ekk. Weekdays x sempat. Oh yer x yerrr.... Weekend nie nak kena pergi rewang kat sana..oh anak ada hari sukan, alahai, family day opis husband, aik..ada dinner la dengan persatuan, waa..berkelah dan BBQ di tepi pantai. Ok... jadual penuh. Penuhkan jadual sepadat2nya untuk menggembirakan anak2, gembirakan suami (supaya suami tak beri alasan cari 'betina' lain sebab isteri sibuk exercise dan uruskan rumahtangga), gembirakan ibu bapa sanak saudara, gembirakan ibu bapa mertua dan ipar duai. Ok..now tell me, bila nak exercise?
Those are typical reasons from typical Malaysian family. My situation which is slightly abnormal is roughly about this....
- Weekends start dari Friday dah travel. KL-PD-Melaka-Kuantan-KL. Ini adalah rutin WAJIB! During weekends, sentiasa ada dengan husband, anak daan family in-law. Takkan nak loncat2 kat rumah orang pula kan. Sampai rumah, dah waktu tidur malam jer.
- Weekdays, balik kerja lepas Maghrib. Nak loncat2 dalam rumah, x sesuai sebab nanti bangunan bergegar. Maklumlah..dok tingkat 12. Nak buat yang ringan2 pun, kurang sesuai sebab rumah sangat kecikkk. Ada x der, buat stretching lebih kurang. Stretch pun, kalau nak angkat tangan, dah boleh capai bumbung rumah. Itupunnn kalau ada tenaga lagi. Biasanya dah layu dah.... Basuh baju manually, sapu, mop rumah, masak dan layan panggilan
Makan? Percayalah, kita tak makan sebanyak orang gemuk yang dipaparkan dalam filem2 tu. Tipu jer tu. Jarang lah orang gemuk makan gile pelahap mcm tu. Cuma mungkin pilihan makanan tidak berapa berkhasiat. Tak ada choice. Kita jarang pergi pasar sebab tak ada masa. Sayur2 tak boleh simpan lama. Nak makan buah kena berhati2 juga sebab most fruits ada kandungan sugar yg tinggi. Nak makan oats? Tried it, failed it!
Apa2 pun, kalau nak seribu daya kan...! BAIK! Saya cuba. Untuk langkah pertama :
Minum Tea4Life yang didapati dari Kak Jee. Kena buang segala toksin dalam badan akibat kimia dari ayam, kimia dari racun serangga sayuran dan buah di pasar, racun dari ubat pengawet supaya ikan sentiasa nampak segar di pasar dan supermarket, kimia dari air karbonat, kimia dari bahan2 sampingan fast food dan sebagainya. Mak oii, kita hidup dalam bahan kimia rupanya.
sumber dari Google |
Mujurlah ada Kak Jee. Sayanggggggg Kak Jee.
And, beruntunglah anda2 yang menjadi Home Manager tu. Anda punya banyak masa untuk diri, untuk anak dan untuk suami. Wanita mana yang tak nak kan? Tapiii, tak semua individu sama. Ada interest yang berbeza, ada pandangan aspek yang berlainan dan ada perancangan yang perlu dilaksanakan.
Mari hidup dengan sihat..!
P/S : CB... kok dokek, buleh joging kek PD potang2 kan...
8 thoughts..
mmg x terkejut baca sebab budaya malas nak senaman mmg ada kat setiap umat kat mesia tue....suka makan benda manis khen...ayu kat japan baru belajar ubah cara hidup kasi lebih cihat sket....ganbare kiter sesama kasi cihat blk...kurang kan manis dalam minuman lebihan manis dlm senyuman gituew....auwwwww
saya pun dah makin membesar dan membesarrr..
smlm gi timbang sungguh mengerikan bile tengok jarum tu...
kalau tak caya tengok la n3 saya smlm...
hahahahhaha.. terasa ai taw kak!! kah3.. moh poie joging kek pd yok.. kekekeke..
hihihik...bukan malas aje...kalau susah hati jer , coklat 3 papan dah tala (sayalah tue). Niat nak berbasikal hujung minggu dah lama mata since bulan posa..nak setat balik (mak aiii ...SEKSANYA).
Insyaallah disebabkan statement dalam surat khabar hari ni ..saya berazam nk mengurangkan berat badan. hikhikhik (macam boleh...perempuan memang susah) baru nak pergi angkat dumbel ke pegang beskal ke anak kecik dan bingit nangis...akibatnya KENSEL exercise....mana taknya badan naik heheheheh..........
Lady ayu : Itulah. Masa hubby kat Japan pun dia kuruuusss jer. Pergi mana2 naik basikal jer. Basikal letak merata pun x kena curi sebab ada lesen kan. Kat sini kalau berkunci pun kena rembat. Sekarang..? Bila dah balik Malaysia? Haa..betul teddy bear BESARR punya, tak yah susah2 angkut kat kedai..hehehhe
ainnoraini : Itulah ain...kita pun baca entry ain, tapi x leh lawan kita lagilah...hehehehe
CB : Tp kok dah sampai PD tu...lain plak jadi eh kang...kok2 sibuk main jet ski yo...joging eh ntah kemano..hahahaha
Rahmah : At least ada gak usaha murni tu wak..and ada moral support dr husband. Husband saya soh makann jer..hehehehe
Catat Ulasan